START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

4 Julai 2014

CRISPY CROUTON & MUSHROOM SOUP WITH OLIVE OIL & PASTA RONGGENG


Assalammualaikum dan salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini...Apa khabar kawan alam maya semua?Liza doakan agar semuanya berada dalam keadaan yang baik dan dipermudahkanNya....insya Allah.

Pagi2 nie baru sempat nak buat tayangan menu berbuka semalam.Dan sehingga semalam,Liza and Hb belum lagi menjejakkan kaki ke bazar ramadhan..memang tak akan jejak .Lebih2 lagi sekarang nie,dah 2 kes berlaku tentang keracunan di bazar ramadhan .Tobat Liza nak beli kat bazar bila mana tahun lepas,beli hanya sekali jer..tup2 malang tak berbau diri sendiri kena food poisoning...2 hari cirit birit...sib baik tak masuk spital..tu pun sebab minum air soya punya pasal dan makan rojak asma...

So...untuk keselamatan diri sendiri dan family tersayang..marilah masak menu sendiri walaupun simple ya amat....hatta masak telur kicap sekalipun,still berbaloi perut kita yang nak makannya......hehehe

Oklah,takmo bebel2 di bulan rahmat nie....meh layan menu western yg Liza buat tuk buka semalam....


Masa tengok rancangan Giada at Home kat foodchannel astro tu, nampaklah mek Giada tuk masak soup cauliflower dengan crouton nie...terliur beb walaupun puasa...so dengan ngada-ngadanya, Liza pun buat gak Crispy Crouton nie...tapi lawankan dengan mushroom soup with olive oil...memang marbeles Hb cakap...kekeke

Resepi Crispy Crouton tu punyalah sonang....lebihan roti yang hampir nak tamat tarikh luputnya tu,Liza potong kiub kecik2,tabur garam sikit,tabur lada hitam ,gaul2 kan atas dulang pembakar,dan bakar dalam oven lebih kurang 10-15 minit pada suhu 100 darjah celcius..atau ikut keranggupan yang anada nak....hasilnya memang walllah....


Resepi : Mushroom Soup Olive Oil 
(sumber resepi :SINI)

BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :

250 g cendawan butang jenis segar -tapi saya beli yg kaler kelabu 
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 olive oil 
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA 


Cendawan dibasuh dan toskan. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.


Panaskan minyak zaitu dlm kuali , masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.


Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.(tapi Liza tak kisar sebab nak makan hirisan cendawan tersebut dengan bawang2 yang ada)

 Masak hingga pekat. Tambah sedikit garam sekiranya perlu.Hidang dan tabur sedikit cincangan daun parsley dan  serbuk lada hitam .



Menu western yang lain untuk menu semalam cam bawah nie 



Pasta ronggeng ???????????? Nantikan resepinya nanti...hehehe



PASTA RONGGENG



Hahahaha...nama tak bleh tahan...saje bikin gempak...saje menterbalikkan perkatang GORENG jadi sedap sikit kepada RONGGENG.....baru ada commercial value...hehehe


Resepi sempoi jugak.....main campak2 dan siap..


Resepi Pasta Ronggeng 

1/2 peket pasta ( rebus dan didihkan dengan air panas bagi lembut)
1 biji bawang merah -kisar dengan cili kering
2 ulas bawang putih - kisar dengan cili kering
1/2 cawan daging kisar
2 sudu minyak zaitun untuk menumis
4 sudu besar cili kering yang dikisar
6 sudu puri tomato
1 cawan mix veggie
garam gula secukup rasa
1 sudu kicap manis
Daun bawang dan daun sup -sbg hiasan
2 btg cili nerah-hiris halus sbg hiasan
Bawang goreng di tabur sbg hiasan


Cara-cara:

Tumiskan cili kering yg dikisar bersama2 bawang merah dan putih dengan minyak zaiun dalam kuali.Masukkan daging kicar,kacau hingga daging masak sedikit.Masukkan mix veggie serta taburkan garam gula dan kicap manis.Akhir sekali,masukkan pasta dan gaul rata.Siap hidang dengan hiaskan dgn daun bawang,daun sup dan cili merah yang dihiris halus.Tabur juga bawang goreng.








Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails