25 Mac 2011

POPCORN KARAMEL GULA MERAH


Salam pagi Jumaat....Semalam Liza cubalah wat popcorn sendiri nie sebab saje nak try test membuatnya sebab ramai yg kata paling mudah dan simple nak buatnya.So,apa lagi,beli satu peket jagung kering tu dan eksperimen kat kuali je.Pastu saje guna gula merah nak tengok camne rupenya popcorn nie kalo guna gula merah.....Nampak betul karamelnya yg warna coklat pekat tu.....hehehe

Bahan-bahannya 
(sumber : ALUDRA MYRESIPI )


1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya 
garam secukup rasa



Bahan Karamel 
1 sudu mentega/margerin
2  sudu besar gula pasir + 3 sudu besar gula merah(ikut suka/byk mana pop corn yg ada)


Cara-caranya

  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Mula2 guna api kuat untuk panaskan minyak & butter.Dalam 2 minit lepas tu turun kan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk.
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam). 


Untuk Karamel

Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. .









4 ulasan:

  1. menarik tertarik Liza memang cun,pandai mencipta resepi..tq follow sy...muahhh

    BalasPadam
  2. gitu ye membuatnya
    makan sambil tengok tv ni sodap banget ni...

    BalasPadam
  3. tak penah buat, tapi penah makan. akak sebelah umah bagi. anak dara dia rajin buat.

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails