TERIMA KASIH KEPADA KENGKAWAN YANG SUDI FOLLOW.LUV's U ALLZ...

29 Julai 2010

AGAR2 SANTAN

Yang nie plak agar2 yang dibuat tuk menyejukkan tekak...............Simple dan mudah.Malas nak letak resepi,kengkawan semua dah pakar.Kite just layan gambo jelah yer.Lagi satu Liza wat gak curry puff daging tuk menu minum petang merangkap makan malam.Saje je wat sebab nak perabiskan kulit puff yg lama tersimpan dalam esbok dan inti lebihan dari cara kentang tadi...huhuhu....Okaylah,jomz kite layan gambo yer.....

                                Agar2 santan 'pink color'........hehehee

Pastu makan gak dengan CURRY PUFF LEMBU....hahaha.Guna daging lembu kisar......saje wat gempak..

Menunggu masa tuk membakar diri dalam oven..................hehehe.Liza kelim tepi tu besar2...malas sebenarnya.

Dah siap tuk masuk ke tekak.......hahaha

CARA KENTANG BERLAUK

Salam hari khamis......
Sebenarnya menu yang nak di tepek nie adalah menu tuk minum petang semalam yang merangkap diner sekali...hahaha.2 in 1...senang dan jimat...Memandangkan Liza nie memang suke makan kentang (almaklumlah,masa mak mengandungkan Liza dulu,dia mengidam makan kentang hari2....that why lah my feveret sekarang mesti ada kentang dlm masakan...hahahahaha).So,kuihcara Liza gunakan kentang yg dilenyek dan dibakar....mesti tak penah cuba kan..saje Liza olah tuk tekak sendiri....hehehe
Jom,kite layan gambo dan resipinya yg mudah......

Cara kentang berlauk...........

Kuih cara kentang liza ni terlembik sikit sebab kentang lebih banyak dari tepung...huhuhu.Tu yg tak rupa bentuk cara.....


BAHAN-BAHAN
1 biji telur

1/2 cwn tepung gandum
300gm ubi kentang(8 biji sederhana besar), direbus dan dilecek
sedikit garam dan gula
1 biji bawang merah dihiris halus
1 biji lada merah dihiris halus


Cara-cara


  1. Masukkan tepung bersama ubi kentang yg telah dilenyek, gula dan garam. Bawang dan lada yg dihiris dimasukkan sekali.Gaul sebati .
  2. Panaskan acuan kuih cara yang dileser dengan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan bakar hingga masak.
  4. Letak inti diatasnya ikut suka anda.(Liza letak inti daging yg lebihnya wat inti PUFF)

                                      Menunggu masa untuk dibakar dalam oven


Yang nie plak dah siap dibakar


Shoot dekat....fokus satu biji jerk....hehehe

28 Julai 2010

LEMAK REBUNG BERSAMA UDANG

Salam....

Hari nie baru berkesempatan nak tepek resepi nie dalam n3 kali nie....masak pada hari minggu hari tu tuk mkn tengahari...huhuhu.Baru sempat nak tepek kat sini.......



                          
Lemak rebung bersama udang

LEMAK REBUNG DENGAN UDANG

Bahan-bahan
300 g rebung

10 tangkai cili kering -dikisar
10 biji cili padi - dikisar
1 sm kunyit hidup-dikisar
250 g udang
2 batang serai
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 cawan santan pekat  -Liza guna 1 kotak santan

Cara:


Rebung dibersihkan dan direbus sekejap. Toskan. Masukkan bahan yang dikisar, santan dan serai ke dalam periuk. Kemudian masukkan rebung,udang, garam serta gula dan masak lagi hingga keluar minyak.

#Pastu lauk nie dimakan bersama..........



Ikan kembung goreng kerutup
IKAN GORENG KERUTUP


Bahan-bahan



3 ekor ikan kembong sederhana besar ( dilumur dengan garam kunyit dan digoreng ikut citarasa)
2 senduk cili kering dikisar
3 biji cili merah *
5 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
2-3 biji buah keras *
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
2 batang serai dititik
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara


  1.  Kisar bersama bahan bertanda * dengan air asam jawa.

  2. Tumis cili kering kisar hingga terbit minyak, masukkan bahan-bahan kisar dan gaul sebati. Tumis lagi hingga garing.

  3. Masukkan serai yang dititik dan hirisan daun limau purut. Gaul sebati hingga berbau wangi.

  4. Masukkan garam dan gula secukupnya.

  5. Bila bahan tumisan sudah mesra, masukkan pula ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan di atas api seketika.

  6. Alhamdulillah, siap dan boleh dihidangkan dengan nasi panas.




23 Julai 2010

JELLY KELAPA

Haaa.....hari tu masa gi umah adik kat Melaka,dia bawaklah gi makan kat kedai ikan bakar.Pastu kat kedai tu adalah jual jelly kelapa malam2,masa Liza pekena satu jelly kelapa tu time makan2 dengan ikan bakar,pergggh memang sodap lagi2 time cuaca yg takde angin dan panas jer......So,bila balik sini semula dengan makayah sekali,semalam pi cari 3 biji kelapa muda untuk buat JELLY KELAPA tu....Liza main taram hentam je buat jelly kelapa nie...anggap cam buat agar2 biasa cuma masukkan air kelapa tu dan isi2 nya....Dan alhamdulillah,jadik gak.Bile dah masukkan dlm esbok dan makan masa sejuk2,pergggggggggghhhh maunya 3 cawan sekali makan...hahahaha.So,meh layan resepi yg Liza hentam buatnya.....kira tibai je,jadik tak jadik,lain kira...dan tapi memang jadik......hahahaha

Nilah rupanya jelly kelapa yang dah siap nak masukkan dlm esbok.


Shoot dekat....hehehe..nampak jelas isi kelapa tu......


Masa untuk makan bila dah sejuk....nyaman tekak...hahahaha(gelak jahat)


Bahan-bahan

1 paket agar2 serbuk (20gm)
3 liter  air  ~ Liza guna air dr 3 biji kelapa muda + air biasa(kalo air kelapa tak cukup)
isi kelapa muda ~ korek isi kelapa tu guna sudu
6 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
1 helai daun pandan


Cara-cara
  1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
  3. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
  4. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

BUBUR PULUT HITAM

Salam...........
Semalam sempat buat bubur pulut hitam.Rasanya dah lama tak pekena bubur pulut hitam nie.Lagipun makayah ada kat sini,apalagi main bantai buat jelah....Makayah kata pun,depa dah dekat 2 tahun tak pekena bubur pulut hitam nie...............hehehehe.Bole pecaya ka......





Bubur Pulut Hitam



Bahan-bahan ( 3-4 org makan )



250gm beras pulut hitam (kalau rajin rendam dulu)
1 kotak santan
3 sudu besar gula merah
2 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan (belah dua dan simpul jgn ketat sangat)
secubit garam
air


Cara-cara
  1. Rebus beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga setengah empuk.Untuk cepat empuk jangan gunakan api yang terlalu kuat.
  2. Kemudian masukkan santan diikuti dengan garam,gula merah dan gula pasir.
  3. Kacau sekali sekala dan tunggu hingga mendidih.Rasakan manisnya.Kalau nak manis boleh tambah gula lagi.terpulang pd citarasa masing-masing.Jangan biarkan lama sangat atas api,nanti bila bubur dah sejuk beras pulut hitam akan mengembang dengan sendiri.

15 Julai 2010

ROTI GULUNG SOSEJ

Salam ...........


Hari nie,juadah tuk berbuka puasa merangkap menu mkn malam untukorang diet cam Liza nie adalah Roti Gulung Sosej...hehehe. 
Sebenarnya ada sebungkus roti yang dah beli dekat 4 hari lepas dan tak terusik2 lagi,dan yg nak terkejut tu tarikh luputnya hari nie...hahaha.Masa nielah terdetik kat hati, buatlah apa yg patut.....Sib baik ada idea nak wat camne kat roti tu, dulu masa penah jadi cikgu sementara ngajar budak ERT,resipi nie lah yg paling simple diajar tuk diorang...So,harap2 tak apa2lah kat perut Liza nie makan roti yg abis tempoh hari nie gak...huhuhu.Sayang nak buang roti tu,...rezeki tak baik dibuang....huahuahua..



Roti Gulung Sosej




BAHAN-BAHAN


10 keping roti digelek nipis (guna roti gardenia jer)
10 batang sosej RAMLI( liza suka jenama ni....hehehe)
sedikit serbuk lada hitam
1 biji telur dipukul
8 sudu besar quaker oat(memandangkan kat umah Liza takde serbuk roti,guna je apa yg ada...oat pun aotlah...hahaha)



CARA-CARA





  1. Di atas roti yang digelek nipis di taburkan serbuk lada hitam. 
  2. Letakkan sosej dan gulung kejap. 
  3. Celupkan ke dalam telur dan golek dengan oat(sape2 yg ada serbuk roti,bole je guna yer)...goreng dalam minyak banyak. 
  4. Bila masak,toskan dan potong menyerong...hidangkan...mmm sedap...tak payah dok tambah garam sebab  sosej tu dah berasa garam.




Roti yang dah digelek nipis, diletak sosej dan gulung.....siap nampak sosej tu terjulur kuar.Kalo sape yg nak nampak cun kat roti tu,kepala sosej tu sepatutnya dipotong...baru nampak rata jer......Tapi,tau2 jelah,saya nie malas...main hentam jer,janji boleh masuk perut.........hahahaha


                         

                Time berenang dalam minyak panans kat kuali.........huhuhu


                                    Toskan atas kitchen towel...pastu ....


Siappppppppppppp...bole makan....

SIHIR DAN PERDUKUNAN

Assalamualaikum wr wb,
Hari nie Liza sempat tepek bacaan yang Liza baca yang diambil dari blog KRPD...Lagipun benda nie ada terkena gak sipi2nya dalam kehidupan Liza.Yang penting,kite berusaha dan beramal dengan cara yang betul dan yang DISUNNAHKAN,carilah pengamal perubatan ISLAM yg SEBENAR YANG MENGAMALKAN AJARAN2 ISLAM SEBENAR ......Dan yang penting,segala penyakit itu datangnya dari ALLAH.DIA yang mengetahui segala-galanya.



SIHIR DAN PERDUKUNAN

Sumber: Zaafarani Zahirul Haq
Segala puji hanya kepunyaan Allah, shalawat dan salam semuga dilimpahkan kepada junjungan umat, Nabi besar Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, yang tiada lagi Nabi sesudahnya.
Dengan memohon pertolongan Allah Taala saya katakan bahawa berubat dibolehkan menurut kesepakatan para ulama. Seorang muslim jika sakit hendaklah berusaha mendatangi doktor yang ahli, baik penyakit dalam, pembedahan, saraf, mahupun penyakit luar untuk diperiksa apa penyakit yang dideritanya. Kemudian diubati sesuai dengan ubat yang dibolehkan oleh syara', sebagaimana yang dikenal dalam ilmu kedoktoran. Dilihat dari segi sebab dan akibat yang biasa berlaku, perkara ini tidak bertentangan dengan ajaran tawakkal kepada Allah dalam Islam. Kerana Allah Taala telah menurunkan penyakit dan menurunkan pula ubatnya. Ada di antaranya yang sudah diketahui oleh manusia dan ada yang belum diketahui. Akan tetapi Allah Taala tidak menjadikan penyembuhannya dari sesuatu yang telah diharamkan kepada mereka.


Oleh kerana itu tidak dibenarkan bagi orang yang sakit, mendatangi dukun-dukun yang mendakwakan dirinya mengetahui perkara ghaib, untuk mengetahui penyakit yang dideritanya. Tidak diperbolehkan pula mempercayai atau membenarkan apa yang mereka katakan, kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai perkara yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin untuk meminta pertolongan kepada jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan. Dengan cara demikian dukun tersebut telah melakukan perbuatan kufur dan sesat.


Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan dalam berbagai hadithnya sebagai berikut :
Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab 'Sahih Muslim', bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda
"Barangsiapa mendatangi tukang ramal (arraaf) kepadanya, tidak akan diterima sholatnya selama empat puluh hari."


Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda :

"Barangsiapa yang mendatangi dukun (kahin) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam."


HR Abu Daud
Dikeluarkan oleh empat Ahlus Sunan dan dishahihkan oleh Al-Hakim dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dengan lafaz :


"Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam."


Dari Imran bin Hushain radhiallahu anhu, ia berkata,
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 'Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda, burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam."


HR Al-Bazzaar, dengan sanad jayyid


Hadith-hadith yang mulia di atas menunjukkan larangan mendatangi peramal, dukun dan sebangsanya, larangan bertanya kepada mereka tentang perkara yang ghaib, larangan mempercayai atau membenarkan apa yang mereka katakan, dan ancaman bagi mereka yang melakukannya.


Oleh kerana itu, kepada para penguasa dan mereka yang mempunyai pengaruh di negerinya masing-masing, wajib mencegah segala bentuk amalan tukang ramal, dukun dan sebangsanya, dan melarang orang-orang mendatangi mereka.


Kepada yang mempunyai kuasa, agar melarang mereka melakukan amalan di pasar atau di tempat-tempat lainnya, dan secara tegas menolak segala yang mereka lakukan. Dan hendaknya tidak tertipu oleh pengakuan segelintir orang tentang kebenaran apa yang mereka lakukan. Kerana orang-orang tersebut tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh dukun-dukun tersebut, bahkan kebanyakan mereka adalah orang-orang awam yang tidak mengerti hukum, dan larangan terhadap perbuatan yang mereka lakukan.


Rasulullah 'Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang umatnya mendatangi para peramal, dukun dan tukang tenung. Melarang bertanya serta membenarkan apa yang mereka katakan. Kerana perkara tersebut mengandung kemungkaran dan bahaya besar, juga berakibat negatif yang sangat besar pula. Sebab mereka itu adalah orang-orang yang melakukan dusta dan dosa.


Hadith-hadith Rasulullah yang tersebut di atas membuktikan tentang kekufuran para dukun dan peramal. Kerana mereka mengaku mengetahui perkara yang ghaib, dan mereka tidak akan sampai pada maksud yang diinginkan melainkan dengan cara berbakti, tunduk, taat, dan menyembah jin. Padahal ini merupakan perbuatan kufur dan syirik kepada Allah subhanahu wa Taala. Orang yang membenarkan mereka atas pengakuannya mengetahui perkara yang ghaib dan mereka meyakininya, maka hukumnya sama seperti mereka. Dan setiap orang yang menerima perkara ini dari orang yang melakukannya, sesungguhnya Rasulullah 'Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berlepas diri dari mereka.


Seorang muslim tidak boleh tunduk dan percaya terhadap dugaan dan sangkaan bahawa cara seperti yang dilakukan itu sebagai suatu cara pengubatan, seperti tulisan-tulisan azimat yang mereka buat, atau menuangkan cairan timah, dan lain-lain cerita bohong yang mereka lakukan.


Semua ini adalah amalan perdukunan dan penipuan terhadap manusia, maka barangsiapa yang rela menerima amalan tersebut tanpa menunjukkan sikap penolakannya, sesungguhnya ia telah menolong dalam perbuatan bathil dan kufur.


Oleh kerana itu tidak dibenarkan seorang muslim pergi kepada para dukun, tukang tenung, tukang sihir dan seumpamanya, lalu menanyakan kepada mereka perkara yang berhubungan dengan jodoh, pernikahan anak atau saudaranya, atau yang menyangkut hubungan suami isteri dan keluarga, tentang cinta, kesetiaan, perselisihan atau perpecahan yang terjadi dan sebagainya. Sebab semua itu berhubungan dengan perkara ghaib yang tidak diketahui hakikatnya oleh sesiapa pun kecuali oleh Allah Subhanahhu wa Taala.


Sihir sebagai salah satu perbuatan kufur yang diharamkan oleh Allah, dijelaskan di dalam surah Al-Baqarah ayat 102 tentang kisah dua Malaikat:
"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua:


Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberimudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."


Q.S Al-Baqarah 102


Ayat yang mulia ini juga menunjukkan bahawa orang yang mempelajari ilmu sihir, sesungguhnya mereka mempelajari perkara yang hanya mendatangkan mudharat bagi diri mereka sendiri, dan tidak pula mendatangkan sesuatu kebaikan di sisi Allah Subhanahu wa Taala. Ini merupakan ancaman berat yang menunjukkan betapa besar kerugian yang diderita oleh mereka di dunia ini dan di Akhirat nanti. Mereka sesungguhnya telah memperjualbelikan diri mereka dengan harga yang sangat murah, itulah sebabnya Allah berfirman :


"Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir itu, seandainya mereka mengetahui."


Kita memohon kepada Allah kesejahteraan dan keselamatan dari kejahatan sihir dan semua jenis amalan perdukunan serta tukang sihir dan tukang ramal. Kita memohon pula kepadaNya agar kaum muslimin terpelihara dari kejahatan mereka. Semoga Allah Subhanahu wa Taala memberikan pertolongan kepada kaum muslimin agar senantiasa berhati-hati terhadap mereka, dan melaksanakan hukum Allah dengan segala sangsi-sangsinya kepada mereka, sehingga manusia menjadi aman dari kejahatan dan segala amalan keji yang mereka lakukan.


Sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Mulia!

Kalau anda betul2 mencari alternatif berubat cara ISLAM,sila KLIK pautan di bawah:
 http://www.rawatanislam.com
http://www.darussyifa.org/

banyak lagi yang anda bole cari dlm laman web yang ada.....KITA HANYA MAMPU BERUSAHA DAN YANG TENTUKAN SEGALANYA HANYA ALLAH SWT.

Dan dibawah nie buku yang boleh dibaca sebagai ikhtiar:











14 Julai 2010

ROJAK BUAH

Salam pagi Rabu.......hehehe.
Semalam,Liza sempat wat rojak buah...saje2 buat untuk menu diet di waktu petang...hahaha.Kadang2,dah boring gak mkn  dengan menu yg berat.....so,sesekali wat menu yg ringan2 pun apa salahnya kan.....hahaha.Lagipun sekarang nie Liza on diet...hehehe,sebab tu dah tak rajin masak memasak....kalo teringin jer masak,yang lain2 tu...byk memasak kat kedai orang lain................hahahaha.






Gambar2 rojak buah yg diambil dari pelbagai sudut...hahahaha


BAHAN-BAHAN:
1 biji jambu batu, dibuang biji

½ biji nanas
1 biji epal hijau
1 biji epal merah1 biji timun
1/2 biji sengkuang sederhana besar
1 biji buah lai
1 biji mangga muda

Bahan Kuah:-
1 cawan petis udang
3 camca besar kicap pekat
10 biji cili padi, ditumbuk
3 camca sedang gula
2 camca teh bijan
1 cawan kacang tanah, digoreng dan dikisar


Cara:


Hiris kasar semua buah-buahan. Masukkan ke dalam mangkuk. Gaul rata semua bahan kuah. Tuang kuah ke dalam mangkuk tadi dan kacau rata. Hias  dengan bijan dan kacang tanah kisar .Hidangkan dan makanlah dengan penuh kenikmatan....hahaha.

11 Julai 2010

AGAR-AGAR ROTI

Semalam masa blogwalking kat blog kengkawan, Liza sempatlah singgah kat blog E-na Zarina ,terpandanglah resipi agar-agar roti nie.Teringin la plak nak buat.Memandangkan ada 5 keping roti sandwich yg akn tamat tarikh luputnya pada 12 Julai, so apalagi....pulun membuatnya petang tadi...hehehe
Thanks E-na,Liza cnp resipinya cuma Liza terpaksa ubahsuai sikit sebab takde fresh milk....Liza guna susu pekat manis dan ditambah air........

 Agar-agar yg dituang dalam bekas...senang,ada tutup.Terus masuk esbok.Dah sejuk bole di makan......



 Memandangkan pewarna yg ada kat umah Liza cuma warna merah,so agar2 nie tak secantik agar2 E-na.....hehehehe




Walaupun warnanya tak menarik...tapi rasanya pasti memuaskan tekak...hahaha


AGAR-AGAR ROTI
Bahan :
  • 20 gram agar-agar ( 1 bungkus)
  • 1000 ml air
  • 200 gram gula
  • 200 ml fresh milk( saya guna susu pekat manis  yg telah dicairkn)
  • 150 gram roti sandwish
  • 1 biji telur
  • 2 jenis pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Di dalam mangkuk masukkan telur dan susu , kacau rata.
  2. Masukkan roti yang di koyak-koyakkan, gaul rata.
  3. Apabila roti kembang, blender hingga halus.
  4. Masak agar-agar dengan air sehingga hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  5. Masukkan gula, apabila gula telah hancur masukkan bahan - bahan yang diblender tadi dan esen vanila. Kacau sekejap dengan api perlahan.
  6. Bahagikan kpd 2 bhgn(sape2 yg nak nampak cantik agar2 tu,bhg kpd 3) dan masukkan warna setiap bahagian. Kacau rata.
  7. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
  8. Sejukkan di dalam peti sebelum dipotong.

10 Julai 2010

NASI BERIANI AYAM

Menu tengahari Sabtu nie,Liza tengah rajin nak memasak.So,bila tengok kat esbok adalah 4 ketul ayam bahagian dada,timbul idea nak masak NASI BERIANI AYAM yang memang tak pernah lagi Liza buat.Kiranya nie first time wat.Carilah resipi kt dalam Myresepi,tu pun ada yang diubasuai sikit ikut bahan2 yang ada kat dapur....hehehe.Kiranya menderhaka sikitlah sebab tak ikut resepi yang sebenar.Dan alhamdulillah,walaupun first time wat,menjadi gak menu tengahari nie.Dan yg bangga tu,dapat pujian SEDAP dan boleh lawan beriani mamak kat Penang nie.....hahahaha.Meh kite layan gambo dan resepi yang Liza ubahsuai sikit dari Myresipi dan dibuat ikut style Johor......huhuhu.


Menu tengahari Sabtu...............

Ni plak diletak dalam pinggan ala2 daun pisang.......konon2nya nak nampak cantik dan meriahlah..hehehe

NASI BERIANI

Bahan-bahannya(3 org makan)
1 kg beras basmati(2 cawan), dicuci bersih dan direndam 30 minit dan toskan
900 ml air
2 sudu besar rempah beriani
1/2 tin susu cair
3 biji bawang besar, dihiris
6 biji bawang putih, dihiris halus
2 inci halia, dikisar
1 batang kayu manis
4 kelopak bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
6 sudu besar minyak sapi
secekak daun ketumbar, dibersihkan
secekak daun pudina, dibersihkan
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan kismis
garam secukup rasa
pewarna kuning (serbuk inci kuning dicampur air sedikit)
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi diatas api, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dikisar.
  2. Tumis sehingga rempah naik bau dan . Tuang air dan juga susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmati.
  3. Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Angkat periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan cook. Cucuk nasi buat lubang dan tuangkan pewarna kuning. Taburkan atas nasi dengan daun ketumbar, daun pudina dan juga bawang goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi tanak. Bila sudah tanak gunakan senduk dan ratakan warna kuning bersama nasi yang lain, angkat, tabur bawang goreng dan hidangkan.
Nasi Beriani style Johor

AYAM MASAK BERIANI

Bahan-bahannya
4 ketul ayam bahagian dada dibersihkan
6 ulas bawang putih dikisar,
1 inci halia, dikisar
2 biji bawang besar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1/2 cawan susu cair
3/4 cawan rempah beriani
5 cawan air
2 biji kentang, dibelah 4
1 batang karot, dipotong ikut suka
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis dan menggoreng ayam
Cara-caranya


  1. Panaskan minyak. Ayam yang telah dibasuh, digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam dan digoreng. Jangan terlalu garing cukup goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan
  2. Lebihan minyak goreng ayam jangan dibuang, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan pula bawang yang telah didadu. Tumis sehingga naik bau, masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dikisar dan juga tomato yang telah didadu. Masak sehingga rempah tanak, kecilkan api.
  3. Masukkan rempah beriani, kacau rata. Masukkan pula air dan juga susu cair, kacau sehingga sebati. Masukkan garam, kentang dan karot. Masak sehingga kentang dan karot empuk, jika airnya kurang boleh tambah lagi 1-2 cawan.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng, daun ketumbar dan juga daun pudina. Perasa garam dan gulanya secukup rasa. Bila kuah telah bergaul rata dan serap dalam ayam. Boleh angkat, taburkan bawang goreng dan hidangkan.
Ayam masak beriani

ACAR TIMUN MUDAH
Bahan-bahan ( 3 orang )

2 batang timun
2 biji bawang besar
4 btg lada merah
1 biji nenas sederhana besar
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara
  1. Kupas kulit timun dan potong nipis-nipis. 
  2. Kupas nenas dan potong kecil2
  3. Mayang bawang besar  dan hiris lada merah halus2
  4. Masukkan semua bahan-bahan di atas. Gaul sehingga rata
  5. Biarkan selama 5 minit atau lebih sebelum dimakan
Acar timun style Johor.....huhuhu



                                                                                   
 

APAM BALIK

Haaaaaaa.......pagi nie teringin bebenor tekak Liza nak makan apam terbalik.....hehehe.Semalam ingat nak singgah pasar malam kat area sini,nak pi beli apam terbalik kat situ...tapi niat di hati terbantut sebab cari2 parking,takde kotak yang kosong...malas nak parking jauh2 semata2 nak beli apam terbalik nie...huhuhu.

So,apalagi,sib baik kat umah Liza nie memang tersedia bahan2nya...memang saje beli bahan dapur awal bulan dengan stok yang banyak,dan lagipun masa makayah ada,dah planning nak cuba buat apam balik nie sendiri...kirenya memang stok yg ada tersimpan baik...hehehehe.Hari nie baru guna stok yg dibeli tu untuk buat APAM TERBALIK di pagi hari Sabtu utk menu sarapan pagi....hahahaha.

Apam balik yang tak balik2 ................sampai hangus berjemur dlm kuali.....hehehe


Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
½ camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil pewarna kuning
1 biji telur
1 ½ cawan air
½ camca kecil baking powder
1 tin jagung manis


bahan tabur
1 cawan kacang tanah (dikisar)-  (saya beli je yang dah kisar kat 
    supermarket)
1 tin jagung
1 cawan gula
Sedikit mentega


Cara:
Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk(liza guna cawan kecik jer) dan tuangkan ke dalam kuali (non stick)kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan.


Kacang tanah ready made yang dah dikisar.........(huhuhu,senang dan mudah untuk orang malas cam saya)


Jagung manis dalam tin yang digunakan tuk menambah kesedapan apam terbalik tu..............hehehe.Liza suka letak jagung banyak2 sikit,baru ada ummmphhhh rasa dia. Kalo beli kat gerai/pasar malam...ciput jer dia letak......hahaha

Bancuhan adunan apam balik yang memang cukup2 dapat 4 keping apam balik saiz sederhana besar





Haaaaaa.........tengok tu,betapa banyaknya Liza letak jagung , taburan kacang dan gula kat apam terbalik tu...huhuhu. I like it ! Barulah ummmphhh masa makan apam terbalik nie..............hahahaha

APAM BALIK.................

BEGEDIL AYAM DISALUT OAT

Assalammualaikum.................
Rasanya baru hari nie berkesempatan nak tepek gambar dan resipi yang liza buat......Bedegil ayam nie dah lama buat,kalo tak silap 2 minggu lepas sebelum gi berkursus pada 28 Jun - 2 Julai tempohari...Lepas jer balik dari berkursus,mood dan semangat memasak memang hilang sama sekali...(hehehe..nak cover dr dikatakan malas...).Oklah,meh kite layan gambo dan resepi begedil nie......sape2 yg tak suke nak jadi DEGIL,tak yahlah cuba resepi begedil nie......hahahahaha.

BEGEDIL ? BEDEGIL?..........Hehehe...mana satu pilihan hati......


Begedil yang dibuat untuk memenuhi selera empunya diri dan dikongsi bersama orang2 yang suka makan.....hahahaha.


                           

Boleh dimakan begitu saje..............atau kalo lagi rajin,buatlah mee hoon sup...lagi best makan dgn begedil nie.........


Bahan-Bahan:


5 biji kentang sederhana besar (saya tak buang kulit-direbus sampai empuk)
¼ kg daging ayam cincang
Lada sulah (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
1 genggam bawang goreng
1 genggam daun bawang
1 biji telur (dipukul )
2 cawan quaker oat
Minyak masak (menggoreng)


Cara:


  1. Kentang di rebus bersama kulit sampai empuk. Kemudian kupas kulit kentang dan dilenyek hingga lumat.
  2. Masukkan pula daging ayam cincang ke dalam adunan kentang tadi beserta garam,bawang goreng,daun bawang dan lada sulah.
  3.  Gaulkan adunan tadi sehingga rata dan kepalkan bulat dan leper.
  4. Utk mengelakkan adunan tadi pecah semasa menggoreng, sebaik-baiknya celupkan kepalan tadi ke dalam telur dan digolekkan dalam salutan oat.Goreng sehingga masak dan garing.




DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (158) KUIH (31) 2014 (30) ROTI (30) IKAN (19) KEK (18) PHD (18) MEE (17) NASI (16) WESTERN (16) AYAM (14) INILAH DUNIA (14) TRAVEL (14) SAYUR (12) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (9) PASTRY (9) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) DAGING (7) AGAR-AGAR (6) APAM (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) APA2 SAJE (4) AWARD (4) I LUV ISLAM (4) PROMOTE BLOG (4) SUP (4) BENTO (3) CONTEST GA (3) CUCUR (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) TEKA TEKI (3) BEN ASHAARI (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) PROMOSI (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) TAUHU (2) TOMYAM STEAMBOT (2) UBI (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) FOLLOWER BERTUAH (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) JUAL BELI (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MASAK N MAKAN (1) MASAK2 DAN MAKAN2 (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) ONLINE SHOPPING (1) OPIS (1) PASTA (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STOK (1) STUDENT (1) SUSHI (1) SWALE (1) SYUKUR (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1)
Related Posts with Thumbnails

PELAWAT YG BARU SINGGAH

KEDAI MAYAKU

KEDAI MAYAKU

KEDAI MAYAKU