START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

28 Ogos 2010

SOTO DAGING

Salam....

Menu buke pose semalam tak sempat nak letak dah letak menu hari nie.Takpelah,janji Liza letak...hehehe.Hari nie wat soto daging je dengan begedil daging salut oat.Selalunya kalo makan soto dan dilawankan dengan begedil,memang itulah yang wat ngam di molot.........Itu jelah yang sempat Liza wat..Kekadang tu,mood tuk masak dah semakin MALAS melanda diri ini, lebih-lebih lagi mood nak raya dah muncul.........
Oklah,kite layan gambar dan resepi yang ado je lah yer......


Soto daging



Inilah bahan2nya yg ado........simple dan sonang disediakan


Dimakan bersama begedil


SOTO DAGING



Bahan-bahan :
Setengah kilo daging-ipotong sederhana besarAir secukupnya untuk merebus daging dan buat sup
8 biji bawang merah, dihiris halus
4 biji bawang putih, dihiris halus
3cm halia, dihiris halus
7cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 biji lada hitam
1 camca teh lada putih


Bahan kisar kering :
1 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan putih


Bahan tabur:


Taugeh, dicelur sedikit
Suhun, digoreng
Daun sup & daun bawang, dihiris halus
Bawang goreng


Nasi impit -Liza rebus je ketupat segera
Sambal kicap (*Tumbuk atau kisar cilipadi, tuangkan kicap manis secukupnya, perahkan jus limau kasturi)


Cara-cara:


  1. Tuang air ke dalam periuk besar secukupnya untuk merebus daging. Biarkan air mendidih. Masukkan daging  dan semua bahan-bahan kecuali bahan tabur, nasi impit dan sambal kicap.
  2. Setelah daging masak, keluarkan dan sejukkan. Siat-siat daging dan ketepikan.
  3. Perasakan sup dengan garam dan gula.
  4. Hidangkan bersama nasi impit, begedil daging oat , taugeh, suhun goreng, bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap.

Begedil daging salut oat yg dimakan dengan soto.....






PhotobucketPhotobucket

Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails