START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

31 Ogos 2010

CUCUR JAGUNG

Cucur jagung nie tuk buka pose semalam.Baru ptg nie sempat nak update...Jom layan gambar dan resipi...Malas nak tulis panjang2..............hehehe.Liza lupa nak bgtau tuan punaya resipi nie,saya copy paste yer and tepek kat sini.Tq Kak Nor.




Cucur jagung yang tak bentuk bolat.....bentuk lonjong dan jagungnya cam nak terkeluar sebab org yg masak cucur nie malas,nak cepat jer...main masuk je dlm kuali.Dan hasilnya.......hahahaha


Bahan-bahan (Sumber :MR dr Kak Nor67)

1 cawan isi jagung
1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1 bj telur
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak untuk menggoreng


Cara-cara

  • Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  • Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
  • Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
  • Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..

PhotobucketPhotobucket


Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails