23 Ogos 2010

CORNFLAKE PERMATA SALJU

Assalammualaikum.........
Pagi2 Isnin nie,kemalasan nak gi school memang melanda diri ini.Lebih-lebih lagi tahap adrenalin dalam badan beri respon kat otak supaya takyahlah gi school...huhuhu.Memang ado-ado je..........
Tapi,walaupun malas ke school,projek pepagi Isnin nie,Liza sempat dan rajin buat biskut raya................Hahaha,dapatlah 2 balang ,lebih kurang 150 biji biskut CORNFLAKES PERMATA SALJU...............Sebenarnya tak tau nak letak nama apa,main hentam je buh nama,biar gempaq sikit.............hahaha.
Jom layan resepi dan gambo biskut raya nie yer....Resipinya Liza main tibai je,ikut suke2 buat sebab tahun lepas pernah buat,jadi,sukatannya dah tersimpan dalam 'hard disk' otak nie....huahuahua....Tak tau apa rasanya,buka pose malam nanti baru bole lantak tuk merasanya...........


Biskut CORNFLAKES PERMATA SALJU............
Nama gempaq bebenor,tapi tak tau lah rasanya gempaq gak cam rupanya ke tak.........hahaha



Bahan-bahan
3 cawan cornfleks di hancurkan(liza ramas je dgn tangan- kasar2)
1 cawan nestum
1 1/2 cawan kelapa parut kering
150g mentega
50g gula castor
1/4 cawan madu
Mangkuk kertas saiz kecil
Coklat chip,kelapa parut kering dan coklat urai warna-warni sebagai bahan hiasan

Cara-cara
  1. Cornflakes yg telas dihancurkan,dicampurkan dengan nestum ,gula castor dan kelapa parut kering dlm sebuah mangkuk besar.
  2. Mentega di cairkan atas api dan dicampur dengan madu dalam periuk.
  3. Masukkan no.1 dalam no.2.
  4. Gaul hingga sebati dan masukkan dalam mangkuk kertas .
  5. Hias ikut suka anda.
  6. Bakar dalam oven pd suhu 180C selama 15 minit.
  7. Angkat dan sejukkan.


                     Adunan yang telah digaul sebati dengan mentega cair dan madu


Ada 2 jenis hiasan pada biskut nie...hehehe.Saje nak tgok mana satu comel....


Shoot dekat pada biskut tu..............dan


Dapatlah 2 botol tu...Satu untuk makdan satu untuk saya........hahaha


4 ulasan:

  1. sedap tak?klu ada nestum mesti best.nnti bagitau rasa die cam ne ek..nk tryy jugak buat

    BalasPadam
  2. izah,bukan akak nak puji biskut nie sedap tau,tp masa lepas buke pose,dah masuk molot 6 ketui,terasa ranggupnya sbb kelapa,nestum dan cornflake tu,mmg wat biskut tu ranggup.tp,jgn bakar lebih 15 min tau,nanti garing sgt,dia keras sbb ada satu loyang yg akak bakar tu,terlebih 20 min...ranggup tapi keras dan nampak geseng...hehehe.
    pepun,my hubby pun cakap sodap...dia kata tahun depan bole amik order...hahahaha

    BalasPadam
  3. salam... akak nak tanya... guna api atas bawah atau camna? biasa buat biskut api mcmna?

    BalasPadam
  4. wsalam....

    guna api atas bawah....dia akan masak sekata...

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails