7 Februari 2010

MACARONI BOLOGNESE

Salam.....



Semalam,sempatlah masak untuk makan breakfast merangkap lunch sekali......ntahlah,time2 boring waktu hari minggu yang memang lebih suka memerap kat umah,aku cubalah masak resipi nie.Sepatutnya resipi nie untuk spageti,tetapi memandangkan kat umah just ada macaroni (memang nak abiskan stok)...so,apalagi...buat jelah.
Ikut resipi dalam web dan ditokok tambah  mengikut selera tekak sendiri...hahahah.Cubalah....
Sorri sebab mutu gambar tak berasa jelas dan cantik sebab snap guna kamera biasa yang murah...............hehehehe.Nak tunggu orang hadiahkan kamera SLR,pasti cantik dan bermutu gambar2nya nanti.....




Bahan-bahan ( 6 orang)


500 gram macaroni  (sepeket)
500 gram daging ayam cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang


Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan macaroni. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese :  Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkandaging ayam cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut. 
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba,  garam dan gula secukup rasa.  Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos.
  7. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  8. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails