23 April 2018

AYAM BAKAR MASALA & THE GENG



Assalammualaikum wbt....


Yeayyyyyy berjaya lagi buat menu buka puasa yang paling mudah,cepat dan yang penting sihat..Memenuhi kalori diet I untuk hari ni...hehehe.Walaupun tadi petang kelas habis pukul 6.15pm, sampai umah kul 6.30pm,macam superwomen buat keje sepantas yang boleh .Penat tak hilang lagi,tapi sib baik ada pembantu chef yang berdedikasi membantu sebab jari I yang luka tersepit pintu kete masih tak ok lagi,jadinya tak boleh nak masak dengan baik,I terpaksa pinjam tangan mrHbby untuk tolong masak . I is bagi arahan jer.......😃😃😃😃





Resepi Ayam Bakar Masala

Bahan-bahan
2 potong ayam bahagian dada -di potong kiub kecil
1 cubit garam masala secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam kasar
Gula perang secukup rasa
1 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang merah ,2 ulas bwg putih & 1/2 ruas halia -cincang halus
Cili benggala hijau dan merah -dipotong dadu

Cara-cara :
Semua bahan diatas tu,di campur dan digaul sebati dengan ayam.Terus bakar kat kuali non stik tanpa minyak yer..Nak sihat kan.....😄😄😄.Kalau perap lama dalam 30minit - 1 jam,lagi sedap rasanya sebab dah sebati.Tapi disebabkan tadi masa tak mengizinkan sebab lagi 30 minit azan,I  buat sepantas yang boleh.

Roti Nan (beli yang jenama Mission Wrap tu) -di bakar atas kuali nonstik jugak yer.Tanpa minyak

Pastu untuk side dish yang sihat ---->Kacang edamame rebus ,timun jepun dan salad.

Hias ikut kegemaran mata anda dan tekak anda......


Dilawankan dengan Teh Lemon Madu
v
v
v
Tadaaaaaaa, try lah cuba kalau nak makan hidangan yang menyihatkan.Complete set dgn -->Karbo,Protein, Fiber .

Selamat menjamu mata dan cuba yer...

**Nota jari gemoks --->Untuk yang lelaki spt myHbby,dia mesti mau makan nasi,jadinya roti nan tu digantikan dgn nasi,baru dia kata kenyang.I makan ayam bakar and the geng tu memang dah kenyang ***



Sekian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails