17 Disember 2011

ROTI LAPIS DAGING


Assalammualaikum wbt semua..........moga sihat2 selalu..


Ermm menu nie Liza buat petang semalam sebab nak beri kepada kawan yang banyak membantu...Resipi yang mudah dan sempoi untuk orang2 yang tak rajin sesangat sejak akhir2 ni disebabkan tak berapa sihat,tapi gagahkan jua kalo bab2 makan nie...hehehehe.




Meh layan resepi nie....


Siap di potong dan masuk bekas untuk 2 orang kawan Liza.

Bahan-bahan :
1 bungkus roti gardenia yg kecil 
400 g daging kisar 
2 sb rempah kurma-bancuh dgn sedikit air
1 sb serbuk cili
1 biji bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin susu cair
Keju mozarela -ikut suka nak letak kat atas roti 
3 sb minyak zaiton untuk menumis
Garam dan gula

Cara-cara:

Untuk inti: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan merah hingga naik bau.Masukkan rempah kurma dan serbuk cili.Kacau rata dan masukkan daging.Perasakan dengan garam dan gula.Masak hingga kering dan sejukkan.

Untuk roti lapis :  Roti gardenia direndam sekejap dalam susu  cair ,susun roti  di bahagian dasar loyang hingga tiada ruang kosong.Taburkan inti daging di ataskan.Lapiskan plak dengan keju mozarela.Buat lapisan seperti kaedah tadi hingga abis semua bahan-bahan tadi.Bakar dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak.Hidangkan dengan sos yg anda suka.Makan gitu saje pun sodap.....


Sebelum masuk oven......Oleh kerana malas nak simpan keju mozarela yg berbaki tu,Liza letak kat atas roti tu penuh2...biar mewah dengan keju...huhuhu


Lepas kuar oven....oleh kerana berangan sekejap,roti tu hangus sebelah...tapi ,kalo ikut tekak Liza,yg hangus2 tu lagi sodap....garing jer....



2 ulasan:

  1. salam liza...nmpk menggiurkan roti lapis dgg ni, wpun hitam kupandang manis....hihihihi
    akak salin resepi dulu yer...thnx Liza

    BalasPadam
  2. bestnyer kak liza. nti ftn nak cuba la

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails