31 Oktober 2010

PUDING ROTI KISMIS &KURMA

Petang semalam Liza wat gak puding nie sebab ada roti gardenia tinggal 8 keping yang due date dia semalam.Rasa sayang sebab tak nak dan tak suke membazir.Jadi,pikir punya pikir baik buat puding roti jer dr di buang roti,at least bole gak di makan.Masukan apa yg ada.Dalam esbok ada kismis dan kurma masa bulan pose ada lagi,so buat jelah apa yg patut.Dan sememangnya,puding roti ni gak jadi menu bekpes pagi nie...hahahaha.Tak lah membazir,lagipun "PEMBAZIRAN ITU AMALAN SYAITAN....hehehe".Jom layan resepi yg adoo dan sempoi nie....





Masa baru kuar dari oven.............masa masak tu,bau dia semerbak satu umah..



Bahan-bahan 

  • 1 tin  susu sejat
  • 8 keping Roti - dicarik2 kecil
  • 4 sudu besar Gula halus *
  • 2 sudu besar Butter*
  • 1 biji Telur*
  • 1 sudu besar Tepung Jagung*
  • 3 sudu besar Kismis*- tinggal sedikit untuk dihias atas adunan
  • 7 biji kurma dibuang biji dan dipotong kecil2*

Cara-cara 

  1. Roti yg telah icarik2 kecil tu direndam dengan susu sejat dalam loyang  selama 30 minit.
  2. Masukan bahan-bahan bertanda * ke dalam loyang dan gaul rata.
  3. Taburkan kismis diatas adunan tadi.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.




Makan masa panas2..memang sedap.Lawankan plak dengan teh tarik.......perrrghhhh.Tak ingat org kat sebelah...hahahahaa



PhotobucketPhotobucket

2 ulasan:

  1. sedapnye kak liza puding roti tu!! makan time panas2 n ujan2 camni maunye habis stgh loyang pn xsedo ni,hehhhe....

    BalasPadam
  2. mimiey,kalo mkn panas2 memang sedap.....

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails