30 Oktober 2010

ROTI MANIS

Salam dan selamat pagi Sabtu.............
Lama da Liza tak buat roti,tetiba tu semalam tu konon2nya nak tunjuk rajinlah ...nak buat roti yang gebus dan nampak smooth jer...tapi tulah,menjadi tapi ala2 kerak bumi permukaan dia...hahahhaa.Menggerutu habis....................ngee..ngeee,ngeeee.Tapi takpe,praktis make perfect kan...lama2 jadilah tu dgn rupa yang gebus....(ayat nak sedapkan hatilah tu..hahaha).Jom tengok resipi yang Liza ikut dr majalah MW 2007.(Liza suke gunting dan kumpul resipi,pastu masuk fail...Kalo nak masak,kena bukak fail)


Walaupun rupamu buruk wahai roti....tapi rasanya tak seburuk rupamu itu.Dua ketui masuk perutku dan 3 ketui lagi masuk perut H..hahaha.Habis gak...


Sebenarnya Liza suka kalo atas dan bawah garing2 cam kerak bumi nie,makan roti,benda yang garing tu tibai dulu......pastu yg lembut kat dalam tu,makan last.Kalo dah kenyang mkn yng garing tu,yg lembut tu pi buang...Ada plak style macam tu ek.......


Bahan-bahan :



225 gm tepung roti
50 gm gula kastor
1 biji telur
15 gm yis kering (segera)
1/2 sudu teh garam
50 gm mentega/majerin
2 sudu besar susu pekat manis
125ml susu cair
sedikit air, jika perlu


Cara Membuatnya :


  1. Satukan semua bahan kecuali susu, ke dalam sebuah mangkuk .
  2. Uli adunan sehingga sebati.(Takde mesin pengadun,jadi Liza uli dan adun doh dengan tangan je...hehehe.Jadi mesin jap)
  3. Masukkan susu sedikit-sedikit sambil uli.
  4. Uli adunan sampai lembut dan tak lekat kat tangan.
  5. Bahagikan doh kecil-kecil ikut suka. Tutup doh dengan plastik dan biarkan ia naik 2 kali ganda. Gelek doh kepada bentuk bulat.Rehatkan doh supaya ia naik lagi.
  6. Sapukan marjerin atasnya dan tabur gula di sekelilingnya.
  7. Panaskan oven ke suhu 180 darjah celcius. Sapukan dulang pembakar dengan majerin. Susun roti dan bakar selama 20 minit hingga masak.






1 ulasan:

  1. adik manis,roti manis ada lagi ka? ini akak mau sarapan di sini..siap dgn kopi o sekali ni..mmm..sedap nampaknya tu

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails