3 Oktober 2010

PUDING COKLAT

Salam pagi ahad.........
Agar2 nie Liza buat sebelum gi kursus hari tu.Hari nie baru berkesempatan nak tepek kat sini.Jom layan resipi yg Liza ikut dari MESRA NET.Tapi Liza lebihkan sukatannya sebab nak wat untuk jamuan Hari Raya kat kawasan taman perumahan Liza...hehehe.Setiap rumah kena bawah kuih raya masing2,ala2 pot luck gitu.Tapi Liza lebih suke bawa yg lain dari kuih raya....Yang penting,memang habis puding coklat ini..............hahahhaa


Puding coklat  @ Agar-agar coklat



Bahan-Bahan:

30 g agar-agar (direndam dan ditoskan)-dpt 2 loyang besar
5 cawan air mendidih
1½ cawan gula pasir
1 cawan susu sejat
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar serbuk koko-dibancuh dgn ½ cawan air panas
2 butir  telur (dipukul hingga kental)


Cara:


  1. Masukkan agar-agar ke dalam air mendidih. Didihkan terus hingga agar-agar itu hancur, sambil mengacaukan selalu.
  2. Masukkan gula dan kacau hingga hancur.
  3. Masukkan susu dan didihkan sambil mengacaunya.
  4. Masukkan pula esen vanilla, kacau hingga rata. Angkat periuk dari api. Tapiskan campuran itu dengan penapis.
  5. Masukkan bancuhan koko dan kacau hingga rata. Masukkan pula putih telur, kacau rata-rata dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan.
  6. Biarkan hingga sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk supaya beku dan sejuk. Hidangkan sejuk .


Acuan kecil2.....untuk diri sendiri punya

Dalam acuan besar....

Pandangan dekat.........masuk dalam tupperware untuk majlis hari raya.

Bila siap dipotong untuk majlis Hari Raya kat Taman perumahanku....hehehe













2 ulasan:

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails