13 Oktober 2010

KEK OREN LEMBAP

Salam....

Masa Liza jenjalan kat blog Mat Gebu 2 hari lepas,terpandang lah Kek Oren Gebu yg dia buat.Oppssssss, silap,Kek Oren Lembap...hehehe.Terus terasa dalam tekak nie nak makan kek oren tu.Jadi,petang tadi buatlah ikut resepi Mat Gebu tu.Memang sedap dan berbaloi mencubanya,tapi tulah,kek oren yang Liza buat nie tak cantek cam Mat Gebu punya...tapi takpelah,janji yang tukang makan nie Gebu jer orangnya.........hahahahaha.Thank Mat yer sebab kongsi resepi tuk Liza mencubanya.Liza minta izin tuk c & p yer......Moga ilmu yg diberi ni diberkatiNya...AMINNNN....


 



Kek Oren Lembap yang Liza wat tak secantik dan "seprofesional "
Kek Oren Mat Gebu.............hehehe.Tapi yg penting,memang sedap dan berbaloi masuk kat tekak.


BAHAN-BAHANNYA


130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus




CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan oven pada suhu 175C,acuan kek di sapu dengan mentega
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
  4. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.
  5. Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan .




3 ulasan:

  1. assalamualaikum...

    harus cuba nie..:)

    BalasPadam
  2. ni yang teringin nak rasa jugak kek ni...ada lagi kak?nak sikittt

    BalasPadam
  3. wsalam...

    kak dear : cuba kak,jgn tak cuba...

    izah:kalo nak rasa,bawak piring tak,kalo nak ada lagi sepotong nie...hehehe

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails