20 Oktober 2010

KEK ASAM MANIS

Salam.....
Semalam petang wat kek nie(br ada masa nak update) sebab tetiba teringin nak makan....sebelum tu,cari dulu kat kedai2 cake dan bakeri,mana tau ada jual,bole beli,tak yah sibuk2 nak kelenting kelentang kat dapur membuat.Tapi yg sedihnya,akak kat kedai tu ckp,kalo nak bole ode...dlm 2-3 hari lagi bole dapat.Mak aiii,nak makan hari nie ,nak kena tunggu esok lusa.Tak kuasa nak tunggu,kang mati kempunan kang...hahaha.So,belilah bahan2 kat pasaraya,sib baik ada lah asam "duit-duit" tu...hehehe.(Sejak dari kecik dah kenal asam hawfleks nie sbg asam duit-duit,so senang nak sebut dan ingat).So,Liza ikut resipi yang senang je dari dlm majalah MW 2008 punya yg Liza telah ubahsuai sikit resepinya dengan sukatan separuh dr resepi asal ,tapi kalo nak yg lagi power dan cantek, bole tgok kat sini yer...CMG.
Tapi tulah,Liza punya kek nie tak sehebat kek2 yg dibuat oleh2 pakar memasak spt CMG dll,tapi takpe....alhamdulillah sedap.Walaupun rupanya buruk,rasanya sedap...hahahaha (perasan sungguh,tp H  puji sedap,mungkin nak sedapkan hati kot, tapi takpe...trimalah kenyataan...hahaha)




Sebelum di potong nampak cantik jer dalam loyang....hehehe





TAPI...BILA DAH DIPOTONG




....

.....
.......

........


SEBELUM ORG LAIN KATA,BIAR LIZA KATA...

BURUK.........huhuhu




Walaupun rupamu buruk,lapis yg diharapkan tak menjadi,tapi dah banyak ketui masuk kat molot......hahaha




Bahan-Bahan:

4 biji telur saiz besar, asingkan kuning dan putih
150 gm gula halus
225 gm butter
5-6 sudu besar susu pekat-Liza tak suka nak manis2,kira sedang elok rasanya
1 camca teh esen vanila
250 gm biskut cream craker, dikisar halus
1 camca teh serbuk penaik
Sedikit pewarna hijau, kuning dan coklat
Kepingan asam manis(hee haw flakes) secukupnya


Cara:
  1. Pukul putih telur hingga putih. Masukkan gula. Masukkan kuning telur dan putar sebati. Ketepikan.
  2. Di dalam bekas lain kacau mentega bersama susu pekat hingga rata dengan menggunakan sudip kayu. Masukkan esen vanila dan bancuhan mentega ke dalam adunan telur. Putar rata.
  3. Satukan serbuk biskut bersama serbuk penaik. Gaul rata. Kemudian masukkan serbuk biskut ke dalam adunan telur. Putar sebati.
  4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian warnakan hijau ,satu bahagian warna kuning dan  satu lagi warna coklat.
  5. Lapiskan bahagian warna hijau di dalam tin pembakar. Bakar hingga masak. Apabila lapisan kek masak, tekan supaya rata. Susun kepingan asam manis pada permukaan kek. Kemudian ratakan bahagian berwarna biasa. Bakar hingga masak. Ulangi hingga habis adunan.

p/s note : Nak tnya pendapat kengkawan yg lain,camne nak buat lapisan tu jadi lapisan yg cantek dan teratur je kedudukan dia?....hehehe.Sape nak tolong jawab..............




2 ulasan:

  1. Salam Liza..tgk kek ni teringat masa mula2 akak buat dulu, berdebar2 nak tunggu sampai siap. akak rasa Liza punya pukulan pada telur tu tak cukup naik kot.if not mistaken, shud use high frekuensi mixer to get better mixture.

    nak lebih infos yg selamat cuba gi blog Rozzan. Byk tips dia bagi utk buat kek lapis.

    BalasPadam
  2. wsalam k.eliza.tulah kak,bersemangat liza mbuatnya.bila potong jer,tgok lapisan dia yg tak menjadi sedisss gak...tp dlm sediss2 tu kan,3-4 ketui gak masuk molot time panas.abis gak kek tu...hehehe.
    mungkin telur yg dipukul tu tak naik betul kot....takpe,next time pukul sampai gebu dan kembang....

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails