START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

19 Mac 2012

KUIH ABUK-ABUK LOMPANG


Assalammualaikum.................

Ni menu tertunggak semalam,dan baru sempat nak tepek kat sini.Selalu kalo buat kuih abuk-abuk nie,Liza bungkus dengan daun pisang.Tapi disebabkan takde daun pisang,guna jer acuan lompang nie.Malas pun satu sebab takyah nak cucuk lidi.....

Daaa........layan je lah yer.Jangan ditanya sebab dah jadi baja.....kuakuakua...

Ok,copy paste dari resipi kat SINI



Bahan-bahan ( 20 biji  acuan lompang kecil)

3 cawan sagu biji. (1 cawan warna merah,1 cawan wrna hijau,1 cawan warna putih- memang beli yg dah ada warna)
3 cawan kelapa parut putih 
3 sudu makan gula merah dan gula pasir -ikut suka nak letak banyak mana
secubit garam. 
acuan lompang


Cara-cara 
  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan setengah campuran sagu ke dalam acuan. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan separuh lagi  campuran sagu untuk menutupnya.
  5. Buat hingga habis. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.



Baru kuar dari kukusan


Sebelum di kukus


1 ulasan:

izahdaut berkata...

kreatif jugak buat dlm bekas lompang kan. hehe.. kak buku tu saya dah dapat.. cik abg saya simpankan rupanya.. hehe. tq kak

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails