9 Mac 2012

CERITERA SAYA di HARI JUMAAT.....................APA YG SAYA AMALKAN


Salam pagi Jumaat.Seperti yang pernah Liza pernah buat n3 kat SINI, itulah juga yg Liza amalkan di samping pergi buat rawatan.Tapi tulah, bila kita gi buat rawatan,macam ada satu kuasa dan suara yang menghalang kita dari pergi berubat dan berjumpa pengamal perubatan Islam.

Okaylah kat sini Liza nak kongsi cerita dan kisah yang berlaku pada diri ini selama hampir 2 tahun sakit tanpa ada penjelasan.Mungkin bole jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran dan panduan untuk "ptotect" diri anda semua juga.

Selama sakit ini, hanya Allah je yg tahu apa yg saya rasa dan alami.Macam2 benda Liza boleh nampak...kat rumah tak boleh tinggal sorang2,ada je lembaga hitam yang menggangu.Bukan setakat malam,tapi waktu siang pun kite bole rasa...ada je kehadirannya yg tak diundang sebab Liza bole rasa kehadirannya tiba2....huhuhu.Sakit kepala,sakit belakang dan kaki,sampai ada satu tahap tu tak bole bangun dan tak boleh jalan,kena di papah kalo nak gi ambik wuduk.Kalo nak di fikir2 balik waktu tu,kalo takde sokongan yg kuat dari family dan insan tersayang,tapi tulah dugaan dan ujian yang Allah bagi nie adalah tandaNya dia sayang kat kite.Dari sejak tu,pelbagai tempat yg telah Liza pergi.

Pergi Darul Syifa, memang tak sangka.....mak ayah dan Hb ckp,cara dan perlakuan masa berubat tu seperti bukan diri ini.Meraung2 dan meracau menyumpah seranah ustaz yg mengubat...6-7 orang ustaz kat darul syifa tu terpaksa pegang Liza dan dalam masa yang sama,siap boleh tendang ustaz yg sedang picit ibu jari kaki Liza...MEMANG,masa tu boleh nampak apa yg berlaku,tapi tulah....its not me.Tak sangka,Liza ada tenaga yg begitu kuat untuk untuk lawan tenaga 5-6 orang ustaz.....Liza bole nampak mak ayah mengalirkan airmata dan Hb tolong pegang kaki Liza...tapi tulah.....Liza tak boleh protect diri Liza sendiri sebab gangguan tu lebih menguasai diri ini.Banyak kali dah berulang pergi jumpa ustaz kat darus syifa,tapi yg tak boleh tahan tu,balik je dari mengubat....seluruh badan akan sakit2 dan selama seminggu tak boleh buat apa2...memang dugaan betul,walaupun Liza amalkan apa yang ustaz suruh buat seperti mandi air daun bidara,baca ayat rukyah dan amalkan manzil setiap kali lepas solat...gangguan yg ada makin kuat...

Tapi kita sebgai HambaNya,tidak boleh berputus asa.....Iblis dan syaitan suka bila melihat  kita yg sedia lemah ini makin lemah bila berputus asa.Tapi tulah...alhamdulillah...bila kita sakit dan kita hanya mengadu dan berikhtiar dengan ayat2Nya ..alhamdulillah,DIA tak pernah menghampakan doa hambaNya ini yg memang tak putus2 berputus asa mencari ikhtiar..

Dan di sini juga,Liza harap kawan2 yang dah terima buku Manzil atau bole jer dengar dari mp3,jangan lupa mengamalkannya setiap lepas solat .Sebab itu lah yg Liza amalkan sekarang disamping ikhtiar dengan minyak mohabshi, alhamdulillah ada perubahan besar dan sudah tidak mengunjungi pusat awatan Islam lagi.Yang penting,kita kena kuatkan rohani kita dengan ayat2 Allah................
Sekian dulu,,,,ini sekadar perkongsian ceritera dan ilmu .Moga kita amalkan sama2 dan doakan Liza sembuh sepenuhnya .

3 ulasan:

  1. Salam, mcm tu sekali ye? Saya pernah jugak dengar cerita orang yang berubat dgn perubatan islam macam tu. Tapi tak pernah diceritakan sendiri oleh tuan punya badan. So, ini dah dengar sendiri baru puashati. CUma yg peliknya... kadang2 ada org yg tak percAya dgn benda2 macam ni kan?

    BalasPadam
  2. semoga cepat sembuh lizahanum...

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas kiriman Manzil tempoh hari. Mamawana doakan Liza cepa sembuh dgn rahmat dan kasih Illahi. Insyaallah.

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails