1 Julai 2011

AMALAN DIRI INI UNTUK KEREDHAAN DARINYA...........

Assalammualaikum...
Liza just nak kongsi apa yg paling baik untuk diamalkan doa2 ini.Terima kasih pada yg empunya blog AKU&DIRIKU.

Liza kongsikan apa yg ditulis kat blog beliau untuk diamalkan lebih2 lagi apa yg dikongsikan tu memang berlaku dalam diri ini.Sekarang ini,hanya doa dan tawakal kepadaNya sahaja harapan Liza setelah usaha mengubati diri dilakukan........Sama2 lah kite berusaha dan beramal bagi mereka2 yg mengalaminya..


Siapakah yang sesuai mengamalkan terapi Ruqyah Syariah dan Ayat Manzil.


Pesakit yang terkena sihir
Pesakit yang menghidap penyakit misteri
Kekeluargaan yang asyik dengan pergaduhan tanpa sebab
Panas Baran

Kaedah Penggunaan

Dengarkan MP3 RUQYAH SYARIAH hingga tamat menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat.

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Perhatikan setelah selesai :

    denyutan jantung makin kencang
    ada benda bergerak-gerak bawah kulit
    mengantuk/menguap
    batuk
    gelisah
    panas di tengkuk

Jika ada mengalami kejadian di atas, kemungkinan besar ada jin yg menghuni tubuh anda.  Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui salruran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang.Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk.



RUQYAH MP3 amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yg mengalami gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita.


Selain itu orang yang sakit juga boleh membaca berulang-kali didalam hati tanpa mengira masa dan tempat untuk mengamalkan zikir ‘THO HA’ (Surah Taha, ayat 1)

Kesannya selepas membaca zikir itu adalah kita akan sendawa.Itu menunjukkan jin-jin didalam badan pesakit akan merasa sakit dan kepanasan..Dengan mendengar MP3 ruqyah ini, insya Allah ianya mampu untuk menyembuhkan penyakit-penyakit seperti berikut:

    Jiwa gelisah/khayalan
    Penghapus Sihir
    Memagar Rumah (Pengusir Jin dan Syaitan)
    Ketenangan Rumah Tangga
    Anak-anak menangis ditengah malam
    Penambat kasih sayang antara anak/ibubapa
 Pendarahan berpanjangan bagi wanita (istihadah)
 Menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran.

  • Bagi kesihatan diri dan keluarga, mainkan mp3 ini didalam rumah atau tempat kerja 3 kali sehari atau mainkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
  •  Bagi penderita sakit gangguan jin, dilarang memainkan di dalam kereta.
  • Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu memainkan dengan kuat, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
  •  Untuk histeria, sihir, dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral,buka penutupnya dan mainkan mp3 ruqyah ini 3 kali sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3 kali sehari dan lakukan pada hari-hari berikutnya sehingga air tadi habis diminum.Setiap kali selepas solat perlu dibaca Ayatul Qursy 3 kali dan Al Insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian malam besoknya, mp3 ruqyah ini hendaklah dimainkan dari malam sampai kepagi selama sebulan.
  •  Bagi memulihkan rumah/tempat kerja yang bermasalah,cuma mainkan 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.

    Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan mp3 ruqyah ini 3 kali sehari, insyaAllah kita akan rajin dan kembali bersemangat.


*UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM,SILA PEJAMKAN MATA ANDA APABILA MENDENGAR MP3 RUQYAH INI DAN DENGARKANLAH SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUTI BACAANNYA DIMULUT MAHU PUN DIHATI*


No & Nama Urutan Surah:

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Hanya ALLAH yang berkuasa untuk menyembuhkan segala penyakit kita dan manusia hanya boleh berusaha dan berdoa untuk memohon kesembuhan kepada-NYA. Semoga ALLAH memberi kesembuhan pada kita semua. AMIN


MERAWAT KERASUKAN,TERKENA SIHIR,GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PELBAGAI PENYAKIT


TERAPI RUQYAH SYARIAH MENGGUNAKAN MP3 AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR SIHIR,MEMULIHKAN DARIPADA GANGGUAN JIN DAN IBLIS SERTA PENYEMBUH 1001 JENIS PENYAKIT.


Sila download MP3 file ini dan save kedalam h/p,gadget atau PC dan perdengarkan bacaaan sehingga tamat.Perhatikan simptom yang akan anda alami setelah selesai mendengar bacaan MP3 Ayat-ayat Ruqyah seperti yang telah disebutkan di atas tadi..




Dengan mendengar MP3 ruqyah syariah ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-



AMARAN : jangan mendengar ketika memandu KENDERAAN, 

Bole download kat sini.Klik kat :





5 ulasan:

  1. nice entry . thanks for sharing:)

    BalasPadam
  2. salam kenal :)
    nice entry
    minta izin utk share boleh tak?

    BalasPadam
  3. wassalam.....

    silakan...kite kongsi bersama tuk kesejahteraan dan keredhaan bersama..

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum w.b.t .

    Alhamdulillah, syukur segala puji bagi Allah. Semoga Allah memberkati amalan seharian kita.

    Mohon share ye saudari!

    Hehe. Nak sebarkan kat orang ramai, lagipun, sekarang ni, ganguan jin, sihir dan lain2 semakin berleluasa.

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails