14 Julai 2011

MOIST CHOCOLATE CAKE



Assalammualaikum dan selamat petang....

Baru berkesempatan nak tayang menu malam tadi yang di buat sebab ada member datang.....Tak tau nak wat apa setelah diner,jadi kek nie sebagai cemil-cemilan  ketika duduk2 berborak dan bersembang.Jom layan resepi yang Liza amik dari rumah kak Umi.Thanks kak Umi sebab resepi kek moist nie memang sebab , gebu jer bila masuk kat molot nie....Tak yah letak2 topping ganache dengan coklat cair tu,togel2 cam gini je pun dah sodap......dan Liza minta izin tuk tepek kat sini yer...


Tunggu masa tuk membakar diri....Liza guna loyang aluminium tu jer....



Bahan:(sumber -Kak UmiZaihadi

  • 2 cawan tepung gandum } diayak
  • 2 sk baking powder } bersama
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telor gred A
  • 250 gm butter
  • 2 sk esen vanila
Bancuhan koko (Pes Coklat):-
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)


Cara Membuat:-
  1. Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
  2. Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
  3. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  4. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
  5. Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
  6. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi Liza ikut cara kak Umi, bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)


2 ulasan:

  1. nmpak menyelerakan sgt kek nih...
    aduihhhh, lapo...lapo.....

    BalasPadam
  2. waaa..sedapnyer kek coklat..lama dah tak membaking...asyik membiskut jer..hehehe

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails