24 Februari 2012

KUEW TIAW LADNA



Assalammualaikum...wbt

Hari ni baru berkesempatan nak masak menu yg teringin kat tekak nie...Walaupun Hb jauh di mata,tapi alhamdulillah, mak ayah masih sudi menemani diri ini kat sini....

Dan alhamdulillah jugak sebab respon dari kawan2 yang sudi nak terima buku yang Liza war2kan kat n3 terdahulu.Terima kasih bebanyak pada kawan2 yang sudi bagi detail kat email Liza.Moga ukhuwah ini berpanjangan walaupun di alam maya.TQVM...


Bahan-bahan(5-6 org mkn) :


1 peket  kuew tiaw

  • 5 biji bawang putih-hiris halus
  • 4 biji bawang merah-hiris halus
  • 12 ekor udang
  • 5 ekor sotong
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 5 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 lobak merah-potong kecil
  • sawi-potong kecil
  • 5 putik baby corn -potong kecil
  • 2 sb minyak jagung - utk menumis
  • 1 biji telur-pukul sedikit
  • 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
  • sedikit bawang goreng
  • garam secukupnya
Cara-cara:
  • Panaskan sedikit minyak.  Masukkan bawang putih kacau dan masukkan bawang merah.  Kacau dan masukkan udang serta sotong.
  • Masukkan 5 cawan  air bersama kiub ayam.  Biar mendidih. Masukkan  sos tiram dan garam.Masukkan lada sulah dan lada hitam. Bila mendidih, masukkan putik jagung , lobak merah dan  sawi .
  • Kemudian  masukkan telur yang telah dipukul kedalam kuali dan masukkan tepung jagung yang telah di campur air, biarkan mendidih dan masukkan kuehtiaw.  
  • Hidangkan bersama  bawang goreng .

Pastu,tak lupa jugak meroti petang tadi.....So...nantikan n3 roti manis yer....hehehe.Daaaaaaaaaa.....

p/s:-(Buat my Hb, tgok dari jauh je yer n3 menu ini ..abg kan pembaca setia blog Lizahanum nie.....hehehehe)

1 ulasan:

  1. wa.... nampak sedap la.....terliur bonde pulak x masak sebab ci abg dah tapaukan bekalan tuk dinner td.... iaitu ayam penyet utk fatin. . . dan bakso penyet tuk bonde....

    alhamdulillah kenyang....

    liza bonde nak tumpang iklan boleh :

    -----------------------------------

    jom jd follower yg ke 50 dan menangi hadiah misteri di:

    kumahuitu.blogspot.com

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails