5 Disember 2010

KUIH GETAS-GETAS

Nie plak menu minum petang semalam.Teringin nak makan bile tgok dlm rancangan tv semalam....huhuhu.Tapi Liza ikut sukatan sendiri yer sebab yang makannya tak ramai.2 org je yang makan,kang wat banyak2,cik tong plak yg merasanya...hehehehe.











BAHAN-BAHAN (5-7 biji) 


100 gm tepung pulut (sukatan 1 cawan )
50 gm kelapa parut (sukatan 1 genggam)
90 ml air 
secubit garam
10 sudu besar gula + air 3/4 cawan*




CARA-CARA
  1. Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga sebati dan jadi doh.
  2. Kepal bulat2 dan leperkan.(ikut suka nak saiz camne).
  3. Gorengkan hingga garing dan kekuningan.Angkat dan toskan bila dah masak.
  4. Dalam kuali lain,masak gula + air(yg bertanda *) hingga pekat,berbuih dan bertali.Masukkan kuih yg telah ditoskan tadi.
  5. Bila gula mula terbentuk dan melekat,matikan api.
  6. Sedia untuk di makan .Liza wat minum petang.






PhotobucketPhotobucket

1 ulasan:

  1. Salam Liza. Akak pernah buat kuih ni tapi tak secantik awaknyer lah..sarang gula tu tak menyerlah sgt.

    hi..akak nak minta izin copy paste kata2 hadis kat atas tu leh tak Liza? mcm terlekat di hati bila baca. Tk

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails