TERIMA KASIH KEPADA KENGKAWAN YANG SUDI FOLLOW.LUV's U ALLZ...

24 November 2010

KEK BUAH KUKUS

Salam pagi Rabu.................
Buat kek nie masa hari minggu hari tu,baru sempat nak tepek kat sini.Liza wat kek nie agak lembap sebab ikut kat resepi sini dari MyResipi.Liza ambik resepi tu dan tepek kat sini.Thanks pada empunya resepi


Menunggu masa untuk dikukus.



Nampak cam basah


Tapi tulah,buah2 dia jatuh kat dasar...tak tau nak wat camne.Dah cuba wat,buah2an tu di gaul dengan tepung sebelum di masukkan dlm adunan.Maybe silap cara kot...huhuhu.Takpelah,janji dah habis dah pun kek nie.....



BAHAN-BAHAN(Liza wat setengah adunan,dpt seloyang)

300gram tepung gandum

300 gram gula halus
5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
1 buku (250 gram) mentega-Liza guna BUTTERCUP
1/2 kotak (225 gram) buah-buahan campuran
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
kertas kuih
aluminium foil


CARA-CARA
 
  1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Ambil tepung ganduam dalam 2 sudu besar (jgn guna yg 300 gram tu), dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
  2. Tepung gandum dan bicarbonate of soda diayak. Ketepikan.
  3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.
  4. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kacau dengan whisk tangan sehingga ia sebati.
  5. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
  6. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
  7. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
  8. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas.
  9. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
  10. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
  11. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam. (Tapi Liza kukus 2 jam jer...hehehe)





5 ulasan:

nadiah berkata...

sedapnya kek buah tu,mintak sepotong boleh?

ekinashikin berkata...

bestnya..nk try buat la nanti...

HALAMANKU berkata...

salam akak... nampak sedap n cantik jek.. naper kalau erma wat buah dia x mo timbul sumer2 lemas hu hu hu.. mohon tunjuk ajar..

♥LOVE2COOK♥ berkata...

Wahhhhh scrumptious fruit cake kak!!! :D

I have an award for U at my blog. Pls accept if U find time ya ;)

http://love2cook-msia.blogspot.com/2010/11/my-birthday-gift-award.html

Noorma Ismail berkata...

bestnyer kek buah...dulu akak pernah ler buat, tp tak sedap.. suka makan kek buah amway

DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (158) KUIH (31) 2014 (30) ROTI (30) IKAN (19) KEK (18) PHD (18) MEE (17) NASI (16) WESTERN (16) AYAM (14) INILAH DUNIA (14) TRAVEL (14) SAYUR (12) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (9) PASTRY (9) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) DAGING (7) AGAR-AGAR (6) APAM (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) APA2 SAJE (4) AWARD (4) I LUV ISLAM (4) PROMOTE BLOG (4) SUP (4) BENTO (3) CONTEST GA (3) CUCUR (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) TEKA TEKI (3) BEN ASHAARI (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) PROMOSI (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) TAUHU (2) TOMYAM STEAMBOT (2) UBI (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) FOLLOWER BERTUAH (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) JUAL BELI (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MASAK N MAKAN (1) MASAK2 DAN MAKAN2 (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) ONLINE SHOPPING (1) OPIS (1) PASTA (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STOK (1) STUDENT (1) SUSHI (1) SWALE (1) SYUKUR (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1)
Related Posts with Thumbnails

PELAWAT YG BARU SINGGAH

KEDAI MAYAKU

KEDAI MAYAKU

KEDAI MAYAKU