27 November 2010

AYAM BAKAR LEMAK SARI



Menu masakan untuk dinner semalam. Resipi nie Liza tgok dalam buku Masakan Sabah yang Liza beli dari Alaf 21.
Kononnya nak tgoklah masakan Sabah punya menu.Saje nak wat bagi mr H teruja...hehehe.Pepun,kengkawan bole gak tgok kat sini
.Jom layan gambar dan resepinya.

 



Resepinya :

Bahan-bahan(Liza wat utk 2 orang makan)

4 ketul ayam dibersihkan
1 cawan santan
1 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
3 kuntum bunga cengkih
1 btg kayu manis
1 keping asam keping
1 biji tomato belah 4
1/2 btg karot,potong 4 segi
garam & gula secukup rasa

Bahan dikisar

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi - Liza suka rasa pedas,tak pedas tak ummmph
2 cm halia
2 cm kunyit hidup

Cara-cara
  1. Ayam diperap dengan bahan yang dikisar selama 3 jam(tapi Liza perap sejam jer,malas nak tunggu lama2...cepat masak cepat relaks dan makan....)
  2. Panaskan kuali,masukkan santan,daun kunyit,daun limau purut,asam keping dan garam dan gula.
  3. Kacau selalu hingga kuah panas.
  4. Masukkan ayam dan masak dengan api sederhana.Masukkan karot dan biar ayam masak.Bila kuah dah pekat,keluarkan ayam dan bakar dlm oven  selama 15 minit.(malas nak bakar lama2 sebab tu ayam Liza nampak mcm tak tebakar...hehehe)
  5. Kuah yang tinggal dimasak sehingga pekat dan masukkan tomato. bakar.
  6. Ayam yg telah siap dibakar,kuar dr oven dan tuang kuah diatas ayam tersebut.
  7. Bole dihidangkan masa panas2. 



1 ulasan:

  1. Love tak masak hari ni...leh join akak tak??? That chicken makes me drool! :D~~~~

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails