START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

2 Oktober 2010

KURSUS USAHAWAN DI KL


Salam semua wat kengkawan blog...hehehe.Hari nie baru berkesempatan nak laporkan aktiviti dan berita terkini setelah abis berkursus di KL selama 3 hari 2 malam.Saje mencari ilmu dan nak tau pengalaman orang berniaga,so Liza cubalah gi kursus nie.Kursus yg dianjurkan oleh MITI nie memang khas untuk para usahawan dan bakal usahawan Bumiputera yg bercita2 untuk mengembangkan lagi perniagaan  atau yg nak berniaga....
Memang best dan berbaloi2. Apa taknya dgn kos RM150,(makan,penginapan dan nota kursus disediakan oleh pihak penganjur),Liza rasa inilah kursus yg memang berbaloi.Jom layan gambar2 yg sempat Liza amik semasa kursus......Thanks pada penceramah2 yg sudi berkongsi ilmu dan pengalaman berniaga menceburi bidang yg selama ini dipelopori oleh kaum lain.Mudah2an ilmu yg diberi ini mendapat keberkatan dariNya .............................Aminn


Kursus yg Liza hadiri dan menginap di Hotel Puteri Park,Jalan Raja Laut selama 3 hari 2 malam....


Kursus nie yg paling best bila part praktikal,awal2 pagi start kul 8.30- 12.00 tu sesi teori dan timba pengalaman berniaga dari penceramah.Sesi petang plak,time wat praktikal dan yg best tu bila dah abis wat praktikal terutama makanan frozen,masak makanan yang dibuat tu dan makan.....Part makan2 tu yg paling best....hehehehe.



Para peserta sedang khusyuk mendengar penjelasan dari Chef Ali yang sedang memberi penerangan untuk persediaan bahan2 membuat meatball,chicken ball,chicken chop,crab meat stick,bebola ikan,bebola sotong dan yg berkaitan dgn frozen food terutama berasaskan ikan,udang,ayam dan daging.


Chef Ali sedang menunjukkan proses membuat meatball......


Daging yg telah dikisar,di masukkan dlm mixer dan campur dgn bawang merah,bawang putih ,garam,gula dan serbuk roti.Part2 macam nie Liza memang suka sebab bole praktikkan dirumah.Tapi tulah, Liza tak suke nak interprem dalam gambar,jadi sesuailah jadi jurugambar tak profesional untuk blog nie...hehehe


Yang nie plak,para usahawan lelaki telah dikerah tenaga untuk membentuk bebola daging........tapi tulah,depa nie tak biasa wat keje2 pompuan,jadi bebola daging tu jadi pelbagai rupa bentuk...hehehehe.Dan disini jugak Liza mendapat kenalan ramai dari kalangan pengusaha/usahawan Bumiputera kite dari pelbagai bidang dan dtg dari pelbagai negeri.Paling jauh adalah dari Sabah dan Sarawak,semata2 nak hadiri kursus nie yg memang dianjurkan untuk kaum Bumiputera kite.


Chef Ali terpaksa membentuk balik meatball tu bolat2 sebelum dimasukkan dalam deep fryer...tau2 jelah sebabnya ....bebola daging yg digentel oleh para peserta lelaki,tak membentuk seperti yg dikehendaki....hahahhaa.


Bahan2 yang disediakan untuk membuat  chicken ball plak....simple jer resipinya nie,dan yg tak disangka ,bebola ayam yg dibuat  nie tahan selama setahun tanpa letak bahan pengawet .Itulah yg dikata oleh Chef Ali dan En Syed Asdi (penceramah-selaku  wakil IWANI Frozen Food),bagi resepi Chicken Ball Frozen.


Yang nie plak...turn kaum wanita plak yang wat Chicken Ball



En Syed Asdi sedang demonstrasi mandikan ayam dengan breadcrumbs untuk Chicken Chop.



Demonstasi untuk Crab Stick plak...Para peserta sedang khusyuk dan concentrate mendengar.....hehehe


Cara2 membentuk crab stick.........Akak yg wat demonstrasi nie beritahu,kat kilang dalam 8 jam bekerja, dia bole boleh bentuk 3000 cucuk Crab Stick nie untuk di pekkan sebagai Frozen Food.


Tadaaaa......inilah dia crab stick.Dengan 1 kilo isi ikan dan perasa udang,dapatlah dalam 50 cucuk crab stick nie......


Yang ni plak cara nak wat Wantan.......keluaran Bumiputera


Para ushawan dan bakal usahawan sibuk menunjukkan skill masing2...Liza tukang tangkap gambar jelah...hehehe


Ni dia.....bila lagi nak tunjuk skill dan bakat terpendam tu....hahahaha


Time nie paling best sebab dah siap buat,masa tuk masak dan pastu masuk molot.......

Wantan yang tengah di masak......huhuhu.Tunggu masa untuk nggap je nie...




Itu jelah berita dan aktiviti terkini yang sempat Liza wat....Gambar2 semasa kursus dengar teori dan masa ngantuk tu,Liza tak snaplah.Snap gambar masa aktiviti masak2 dan makan2 jer....hahahaha.Jumpe lagi nanti.





JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails