START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

3 Oktober 2010

AYAM GORENG KERUTUP

Salam....

Menu ayam kerutup nie Liza wat utk makan tengahari tadi.Resipinya main campak2 jer ikut resipi mak...hehehe. Yang penting jadi.Lagipun untuk makan sendiri, tak kisahlah, janji perut kenyang.....hahahaha.Pepun,jom layan gambar jelah yer sebab malas nak tulis panjang2.....


Ayam goreng kerutup



Bahan:

3 ketul ayam bahagian dada- ayam digoreng dulu
1 peket rempah kerutup ADABI (dibancuh dgn sedikit air)
3 sudu teh  gula merah
1 peket kerisik- dlm 20gm
1 kotak santan-tapi Liza gunakan separuh jer
Minyak masak utk menggoreng ayam

Bahan kisar:
100 gm bawang goreng
1 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih


Cara:


1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing dengan menggunakan minyak
     lepas goreng ayam.
2. Masukkan rempah kerutup. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng, kerisik, garam, gula merah dan
    santan. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masakkan sehingga kuah pekat .
5. Pastikan kacau sekali sekala supaya kuah tak hangit.
6. Hidangkan dengan nasi panas.
 
 



Dan dilawankan pulak dengan



PETOLA TUMIS SOO HOON UDANG







BAHAN-BAHANNYA :


1 biji petola
5 keping DRY black fungus -Liza rendam dulu selama 15 minit
6-7 ekor  udang
3 cawan air
1 bungkus soo hoon+ tauhu kering- rendam selama 15 minit
4 biji bawang merah, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk dan dihiris nipis
1 camca teh serbuk cili merah
1/2 kiub ikan bilis Maggi
Garam secukup rasa
Bawang goreng, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA
  1. Petola dikupas kulit dan potong serong sederhana tebal ikut suke anda. Cendawan,soo hoon dan tauhu kering yg direndam tadi  dibersihkan, cuci dan tos. Soo hoon dikerat dan rendam hingga lembut.  Ketepikan.
  2. Masukkan sedikit minyak dalam periuk untuk menumis hirisan bawang merah dan bawang putih serta serbuk cili merah .
  3. Masukkan udang, masak sekejap dan tuang air. Masukkan kiub pati ikan bilis dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan cendawan. Tambah petola, soo hoon, tauhu kering yg telah ditoskan dan  kacau.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga petola lembut, rasa dan  matikan api.


1 ulasan:

HeNRieTTa JoSe berkata...

dah lamer teringin nak buat ayam kerutup...ini resipi reserve utk hujung minggu...hari bekerja malas....hehehe....

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails