START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

26 September 2010

SOTONG SUMBAT CENDAWAN BERKICAP

Haaa...yang nie plak idea mak.Maklumlah,makayah ada kat sini jadi,Liza masak menu tengahari ikut citarasa mak ayah...hehehe.Lagi pun ni first time dengar.Mak cakap dia pun ikut resipi kat tv masa bulan pose hari tu...cuma dia tak ingat rancangan apa....hahaha.Takpelah,janji best gak resipi nie.Maaplah tuan punya resipi yer,Liza tak dapat nak kredit kat empunya resipi.Pepun,Liza ucapkan terima kasih kerana kongsi resepi nie kat tv.Kalo musim bulan pose,setau Liza,rancangan masak2  yg fofular ialah Ketuk-ketuk Ramadan.....Takpela,maap  yer sebab mak liza pelupa orgnya...dia lupa  mana satu rancangan yg dia tengok.....hehehehe.



Sotong sumbat cendawan digoreng dengan kicap


 BAHAN-BAHAN :(Sumber resipi:rancangan tv yg ditonton mak...hehehe)
6 ekor sotong sederhana besar- dibasuh bersih
2 biji bawang merah-dihiris halus
2 ulas bawang putih-dihiris halus
6 tangkai cili merah -dihiris halus
Halia sebesar ibu jari-dihiris halus
1 c/b serbuk lada hitam
3 s/b kicap pekat
garam dan gula-secukup rasa
7 keping cendawan tiram -dicarik kecil2 setelah dibasuh
Lidi penyemat

CARA-CARA :
  1. Cendawan tiram disumbat dalam sotong sampai padat.Sotong yg dah disumbat kemudiannya dicucuk dgn ledi penyumbat untuk mengelakkan cendawan dari terburai.Sumbat sotong sehingga habis.
  2. Panaskan minyak dalam kuali untuk menumis bahan2 yang dihiris halus tadi.
  3. Masukkan sotong bersumbat cendawan tadi dalam kuali.
  4. Masukkan kicap dan masak sehingga sotong masak dan nampak sotong tu padat .
  5. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Siap dan boleh dihidangkan.

Nampak gebu dan gemuk je sotong nie...hahaha.Liza tak sempat nak amik gambar isi cendawan dalam sotong tu sebab terus je masuk molot.....memang best.Rasa manis cendawan dalam sotong tu,memang bole dirasa bila anda rasa sendiri...hahahaha.





1 ulasan:

Nur Ede berkata...

Salam Liza.. Sedap nyer sotong sumbat cendawan yang liza buat tu... akak biasa makan ketupat sotong jew.. sumbbat ngan pulut...hihihi

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails