START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

1 September 2010

ASAM PEDAS IKAN PARI & SAWI GORENG LOBAK MASIN

Salam...
Sebelum terlambat,Liza nak masukkan n3 nie dulu sebelum balik beraya dan bercuti...hehehe.Menu buka pose semalam.Masak Asam Pedas Pari dan Sawi Goreng Lobak Masin.Kuihnya plak,Liza just beli kat kedai roti sebab semalam adala hari berjalan2 cuci mata sempena MERDEKA sambil membeli belah,baliknya masak lauk-pauk jer dgn nasi...hehehe.Ok,jom layanz gambo dan resepi paling sempoi...



Asam Pedas Ikan Pari


BAHAN-BAHAN
4 ketul ikan pari -dibersihkan

15 btg lada merah
10 btg cili padi kampung
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam
sedikit belacan
(Kisar semua bahan di atas ini hingga halus)

2 biji tomato
sedikit daun kesum
1/2 biji bawang besar hiris
2 btg serai (dititik)
2-3 mangkuk air
secukup perahan air asam
garam secukup rasa
1/2 steh gula
minyak secukupnya (1 senduk)

Cara:


1) Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang hiris hingga layu.

2) Masukkan bahan kisar tadi bersama serai titik dan daun kesum. Kacau
     sekali sekala dan biarkan sehingga garing
3) Masukkan ikan bersama air, kacau dan biarkan sebentar. Kemudian
     masukkan tomato.(kalo ada bendi atau terung lagi bagus-kat dlm
     esbok liza just ada tomato biji...hehehe), air asam, garam &
     perasa/gula. Kacau sebentar & sesuaikan rasanya.
4) Biarkan sehingga kuah mendidih dan ikan masak. Matikan api dan
     bolehlah dihidangkan bersama nasi.
 
Dan dilawankan dengan sayur SAWI GORENG LOBAK MASIN.....
 

Sawi Goreng Lobak Masin
Resipinya main campak2 jer...so Liza tak tepek yer resipinya kat sini....Gorenglah ikut suke hati anda......hahaha



Pastu makan plak dgn mufin dan roti yg dibeli kat Kedai Roti LaBohamme (Manalagi kat Jusco lah....),masalah org yg malas nak membuatnya,baik beli jer,pelbagai jenis bole makan..hehehe




PhotobucketPhotobucket


Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails