3 Julai 2013

BEBOLA ROTI GORENG BERKEJU




Assalammualaikum wbt...

Lama tak tunjuk menu masak apa hari nie.....????Hehehe...so, layan jelah menu minum petang merangkap malam nie...Mak Liza punya resepi masa belajar kat KEMAS....boleh tengok resepi lama Liza yang di tepek kat sini (Kat resepi nie,macam mana tah gambar yang ada di blog nie terhilang dan terdelete.........huhuhu) dan boleh jugak jengok kat  blog HANAMEMORIES yang buat lagik cantik dengan menggunakan resepi mak Liza nie.

Bahan-Bahan 

14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil 
2 biji telur (saiz besar) 
3 batang cili merah (potong kecil2) 
1 biji bawang besar (dadu halus2) 
sedikit daun sup/bawang (hiris) 
2 sudu teh serbuk lada putih

3-4 keping keju cheddar yg dihancurkan 
garam secukup rasa
perasa ikan bilis 
minyak utk menumis 


Cara: 


Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.  Kemudian masukkan telur,  cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang dan jugak keju. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan  lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari. 







Selamat menjamu mata.......................bebola roti nie tak membentuk bulat2 dengan cantiknya sebab tuan yang buat,malas nak gentel betul2...bulatkan ala kadar jer...janji boleh goreng dan makan...

Daaaa.........selamat malam.




DIA FOBIA...AKU PUN FOBIA,BILA DAPUR GAS KAT RUMAH NASIB TAK MELETUP......................

Assalammualaikum wbt.......dan salam sejahtera.Alhamdulillah,lagi beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan menjelma,dan ramai kalangan kawan2 yang tak menang tangan menerima tempahan membuat biskut raya...tahniah,moga rezeki anda tahun nie berlimpat ganda lagi.

Tajuk kat atas cam gempak jer kan....tapi memang..itu yang berlaku mingu lepas...hari yang sama jugak seperti hari nie....Hari Rabu minggu lepas kejadian itu berlaku akibat kecuaian my Hb......huhuhu.Alhamdulillah,kerana Allah masih memanjangkan nyawanya dan harta benda rumahku..........

Pagi rabu minggu lepas tu,sebelum ke opis...kete matrixku buat hal...tak bleh hidup,bateri kong...sib baik MrH ada di rumah dan tolong jumper kete Matrixku dgn kete dia....so,after jumper,Liza bawak kete satu lagi.Yang matrix tu MrH nak bawak gi bengkel,mungkin bateri kong sebab dah lama tak tukar...dan memang pun hari tu kena tukar...terbang RM250...cam tau2 jer,memang dah gaji,bateri kete mintak di tukar....Tapi yang Liza nak citer nie,kisah dapur gas yang hampir meletup...tapi Allah tak izinkan.

Alkisahnya , lepas jer Liza gi opis...MrH terus hidupkan kete Matrix yg di jumper tadi.Dia masuk rumah balik nak ambik barang dan dompet sebelum ke bengkel (nie dari cerita dia,Liza cerita balik kat sini dengan olahan ayat yang sedap di dengar...hehehe).Masa dia ke dapur, dia panaskan lauk kari dalca yang di masak malam tadinya untuk dinner...Dia nak makan kari tu tuk tengahari tu dia kata..........Dia panaskan lauk kari dalca tu dengan api yang sederhana,dia tinggalkan sebenatar kerana ke toilet...lepas tu.......................

v
v
v
v
v
v
Dia terus keluar rumah sebab kete matrik Liza yang dihidupkan tadi tak matikan enjin lagi,dia terus bawak gi bengkel.Bayangkan dia tinggalkan lauk atas dapur gas dengan api yang menyala dari pukul 9 pagi dan pulang semula ke rumah pukul 12.15 tengahari..........Dia sempat lepak kat kedai mamak sebelah bengkel tu dekat 1 jam semata2 nak tunggu bengkel tu bukak...lepas ke bengkel,tukar bateri...sempat lagi basuh kete matrik Liza tu..........tup2 dekat 3 jam..(CER ANDA IMAGINE :dalam tempoh 3 jam tu, kalo dapur gas menyala tanpa di tutup apinya ....macam2 boleh berlaku 
kan??????...huhuhu)

v
v
v
v
Sampai rumah, dia bukak pintu,terus kuar asap hitam dengan bau kari rentung memenuhi ruang rumah......MrH trauma sekejap dan terus dia teringat dia panaskan lauk kari kat dapur gas.........huhuhuhu..Terus dia lari masuk rumah maraton ke ruang dapur.............terus off dapur gas tu.......(Padanlah hati Liza masa berkursus tu rasa sumthing,tak sedap,macam ada perkara buruk akan berlaku,plak tu segala laptop universiti bagi,sendiri punya dan MrH punya memang ada kat rumah tu,tapi bersyukur,kerana Allah melindunginya)

Lepas kejadian tu,dia memang tak tepon pun Liza...selalu time tengahari tu dia akan call tanya apa isteri dia sedang buat ,sama ada dah makan atau tak....ni tidak,memang Liza tunggu gak.....pastu Liza pun call lah,tu pun pukul 2.30pm ....tunggu masa nak sambung balik kursus,.Hari tu Liza ada kursus kat opis...jadi,tak tersempat nak tepon MrH...Mula2 dia tak citer pun kejadian tu,tapi bila Liza tanya dia makan tengahari lauk malam tadi punya ker...baru dia citer yang dia dah rentungkan lauk tu dan periuk tefal yang memanaskan kari tu......barulah dia bukak citer...Dengar jer citer dia,rasa nak meletup jantng nie,nak marah dia pun tak jadi sebab segala yang berlaku itu dah ditentukanNya...jadi redha jer..Dan bersyukur sangat2 kerana Allah masih memanjangkan nyawanya dan menyelamatkan harta benda kami berdua.....sujud syukur lepas tu.....
v
v
v
v
Dan selama 3 hari lepas kejadian tu,memang kami berdua tak bukak langsung api gas tu tuk masak2....Sanggup beli lauk kat luar kerana kami berdua fobia sangat2....Allah melindungi kami berdua dari segala musibah.Dan Liza yakin,bahawa kemujaraban ayat2 Allah yang Liza selalu amalkan sejak sakit hingga beransur2 sembuh nie,menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah ...hebatnya Allah dengan menurunkan ayat2 Quran yang hebat kerana di dalamnya pelbagai ayat pelindung dan penyembuhan,cumanya kita sebagai hambaNya yang lemah ,kadang2 terlupa tanpa mahu mengamalkannya.

Dan,ayat2 yang selalu Liza amalkan sebagai pelindung diri dan keluarga selepas waktu solat, adalah ayat2 manzil dan doa abu darda.Doa Abu Darda R.A nie seperti di bawah nie...

Maksudnya:

Ya ALLAH, Tuhan Kami, Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkaulah kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy yang Maha Besar. Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan izin ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya ALLAH (atas tiap sesuatu) amat berkuasa. Dan sesungguhnya ALLAH meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu. Ya ALLAH, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau daripada kejahatan/keburukkan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap mahkluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia) Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak-gerinya). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar




Tapi,kalau sesiapa yang dah ada kitab ayat2 manzil,
memang ada doa tersebut di dalamnya...cubalah amalkan..insyaallah,dengan izinNya.


v
v
v
v
v


Akhirnya, hari Ahad 30 Jun 2013 tu barulah sempat mencari dapur induction ini kerana kami dah bincang untuk terus guna dapur induction ini.Dapur gas yang kami baru tukar baru tu (baru 3 hari guna,dah berlaku kejadian cam kat atas tu...terus dia fobia,Liza pun fobia sama sebab yang selalu masak..Liza lah..........lagilah I makin fobia sebab terbayang2 kalo berlaku letupan sebab kat otak2 nie dah terbayang2 apa yang akan berlaku ..kerana gas nie mudah meletup walau hanya kesilapan kecil).


 Multi cooker Faber tu dah dekat 4 tahun beli,guna hanya tuk mengukus dan masak steamboat jer,,,dan akhirnya kena beli industion cooker philips yang sebelah kanan tu sebab fobia denga dapur gas...Tapi alhamdulillah,induction cooker ni lagi menjimatkan masa....bolehkan untuk keluarga kami yang hanya berdua ini...sesekali mak ayah datang baru  makan besar...jadi ekonomik untuk kami berdua...tak yah beli gas2 lagi...tong gas yang ada tu nanti akan di jual balik....



Dah rasmi masa masak mushroom sup..............boleh setting masa,kalo terlupa bole mati sendiri..



Terpaksa beli cookware baru yang memang khas untuk induction cooker...........periuk belanga yang dapur gas punya ,akan di sedekahkan pada sape2 nanti.............PEMANGGANG AJAIBKU pun akan di letgo sebab tak bleh guna kat induction cooker nie....

Sekian dulu...........


26 Jun 2013

PETANG HARI YANG LAWAK.....................

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera................

Apa khabar kawan2 alam maya semua...........harap2 semuanya sihat dan syukur kerana cuaca jerebu di sini semakin hilang kerana hujan rahmat dah turun dekat 2 hari..................alhamdulillah.Dan sekarang nie,budak dah habis final exam dan akan mula bercuti mula minggu depan,dan ramai pensyarah yang sekarang sibuk dan kalut menanda kertas final sebelum tarikh tutup hantar markah di tutup dengan rasminya..Alhamdulillah,di sebabkan paper final yang Liza ajar,awal2 minggu exam bermula,dah siap menanda dan dah submit pun markahnya..........dah tau sape yang excelent dan tak excelent...apa2 pun diorang dah buat yang terbaik,janji...semua pelajar Liza lulus dengan jayanya tanpa ada yang perlu repeat paper..

Dan sekarang nie, dah 2 hari Liza berkursus SPSS dan MATLAB...Ada lagi sehari untuk menempuhinya,walaupun dah familiar,tapi disebabkan nak lagi expert dengan ilmu yang ada..............tak salah menuntut ilmu itu...lagi2 yang FREE OF CHARGE...sedangkan masa buat pHD dulu,kursus sebegini yang dianjurkan perlu membayar sebanyak RM500 untuk mendapat ilmunya selama 3 hari jugak...apa2 pun alhamdulillah.

Okaylah..............Liza nak citer sikit peristiwa lawak masa balik dari kursus tersebut petang tadi...Nampak tak sandal sebelah lain tu kat bawah nie............jom scrolll kat bawah apa yang Liza nak bercerita.............................

(sila abaikan kaki I yang comel dan gebus itu yer.................hahahaha)

Ceritanya cam gini.....lepas kurusus tadi adalah sesi minum petang dalam kul 4.30 pm tadi....borak2 dengan rakan2 lain sambil makan rojak pasembor buatan orang johor.Memang sedap dan rancak berborak, dan Prof penceramah pun sibuk melayan pertanyaan rakan yang lain tentang penggunaan SPSS tersebut.

Dan time kul 5.15 pm tu Liza and rakan2 berborak keluar dari makmal tersebut untuk pulang ke rumah masing2,memang tak pandang secara betul sandal yang di sarung ker kaki sebab ngah rancang borak.Sungguh,memang Liza tak perasan pun kaki Liza tersauk sandal biru seperti kat atas tu....Sedar2 tersalah sandal..Itupun perasan bila lepas abis solat kat masjid sebelum balik rumah.........masa nak sarung,baru ternampak yang sandal di pakai kat kaki sebelah warna biru dan sebelah lagi warna pink...Sandal Liza warna pink tu....hehehe.

Dan sampai2 jer ke rumah,bila bagitau MrH suh dia tengok apa yang Liza pakai kaki...tergelak besau dia............huhuhu.Dia cakap "LAWAK PETANG HARI RABU"

Jam-jam tu jugak Liza wat announcemant kat FB...kot2 member2 yang punya atau jugak pelajar2 postgraduated yang berkursus sekali....


Tup...tup..hasilnya, ada pelajar Liza yang respon mengatakan tuan empunya sandal biru tu pun ada buat announcement kat FB.............hehehehe...Tengok picture bawah nie yer...

V
V
V
V
V


Alhamdulillah,dah tau sape empunya sandal biru itewwwww........hehehehe...Aimi,pelajar postgrad yang duduk sebelah Liza dari hari semalam.................hahaha.Lawak tak..............


Ok.............esok Liza akan bawak sandal tersebut tuk kembalikan semuala pada tuannya.............

Daaaa............sekian.




NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails