11 Jun 2016

MOOD MENJAHIT SUDAH MARIIIIII...........................


Assalammualaikum wbt...

Salam ramadhan yg ke 6...baru sempat Liza nak menjengahkan diri di blog nie.....

Hari ini,tak de aktiviti sangat...daripada menidurkan diri sahaja di siang hari berpuasa,ada baiknya Liza siapkan apa yg patut...cabaran menyiapkan baju melayu en somi dalam tempoh 3 jam....

Kain2 ela semuanya dah siap dipotong,tinggal nak menjahit sahaja.Oleh kerana en somi tak suka sangat berpakaian baju melayu lengkap,dia suh buat bajunya sahaja...perghhhh, bercinta gak nak menjahit,lagi2 tang nak menyiapkan bahagian kocek....




Akhirnya berjaga gak menyiapkannya...tinggal nak siapkan bahagian leher dengan jahitan tulang belut atau mata ikan.....malam nie lepas terawih sambung jahit tulang belut kat leher, esok siaplah.....



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa.................hasil kerastanganku yang menjadi dan yg penting,en somi puji yg bini dia nie segala2nya pandai dalam menjahit ....hehehehe..Pujia melangit tu,mesti ada apa2 kan......??????


Relaks dulu sebelum sambung memasak plak untuk berbuka....

Selamat berbuka buat kawan2 semua....(tak dan nak tunjukkan menu berbuka puasa dah berlangsung 6 hari nie,sebabnya,masak ala campak2,janji boleh makan....)

1 ulasan:

  1. selamat berpuasa..
    time posa, senang hati sikit nak menjahit..

    syoknya dah siap baju melayu utk enSuami..
    saya tak berjaya lg buat baju melayu utk suami, sebb dia nak leher teluk belanga, tu yg bercintaaa nak buat tu..

    buat baju utk diri sendiri je lah, hihi

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails