20 April 2014

TART EPAL


Haiiii..............

n3 rajin di malam hari...saje masukkan resepi yang di buat  bila tekak ini teringin nak makannya......

Layan gambar je yer...malas nak celoteh....penat menaipnya........


Resepinya...Liza cedok kat SINI 


Bahan-bahan 

4 biji epal merah, dikupas kulit-potong dadu
200 g gula pasir
2 sudu teh tepung jagung, bancuh dgn sedikit air - bagi pekat filling epal ni

UNTUK DOH TART :-
500 g tepung gandum
200 g butter
2 biji telur
3 sudu besar gula halus( kurangkan gula sebab inti pai da manis)


Cara-cara


1. Dalam periuk masak gula  hingga cair . Masukkan epal . Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.

2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.

3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh dicanai  dan masukkan dalam acuan(ikut suke acuan mana yg nak di guna).Liza guna acuan yg kecik2

4.Masukkan filling epal dalam doh tadi dan tutup permukaan tart dgn lebihan doh, .Liza buat mcm anyaman tikar nie. Sapu dgn kuning telur .(tapi untuk tart nie,Liza tak sapu telur...saje nak nampak warna asal...)Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.



Yang ni baru kuar dari oven....masih panas2 lagi...tu yg acuannya masih tak tercabut dari badan.....


Sekiannnnnnnnn......terima kasih sudi jenguk sambil menjamu mata......hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails