30 Januari 2011

MIX FRUIT & APPLE PIE TART

Yang nie plak Liza wat sebagai pemanis molot......


Wat dalam loyang bulat..........



Yang nie plak wat dalam acuan pai...kecik2 dan comel...wat bentuk munga2...hehehe



Bahan-bahan (4-5 org makan)

4 biji epal hijau, dikupas kulit-potong dadu
200 g gula pasir
50 g kismis + mix fruits
2 sudu teh tepung jagung, bancuh dgn sedikit air

UNTUK DOH PIE :-
500 g tepung gandum
200 g butter
2 biji telur
3 sudu besar gula halus( kurangkan gula sebab inti pai da manis)


Cara-cara



1. Dalam periuk masak gula  hingga cair . Masukkan epal dan kismis+ mix fruit. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.

2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.

3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.

4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.

5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.


Aduanan doh yang dah di ratakan dalam loyang


Bila dah letak inti..............


Hasil kretiviti tanganku dan bila dah disapu telur........hehehe.Tunggu membakar diri dalam oven


Ni plak,bila dihias dalam acuan kecik2......bentuk bunga......





PhotobucketPhotobucketPhotobucket



3 ulasan:

  1. cantik dan kemass je tart ni... saya tak pernh lagi mkn tart mix camni..rasa cam nk gigit gigit je..hii

    BalasPadam
  2. time kasih...sebab nak menjamu kawan makan,jadi kenalah wat cantek2...hehehe.kalo sendiri punya mulut,takde nak kemas dan teliti cam tu...

    BalasPadam
  3. Cantiknyer, sedapppp tuuu. Menyelerakan. Ngetop dikunyah kunyah dlm mulut wowww...

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails