Salam pagi Khamis.....
Hari nie baru nak tepek menu makan malam semalam.Tak makan nasi,tapi Liza wat Mee Udang Berapi...Pedas giler le tu namanya...hehehhe.Menu paling sempoi ikut bahan2 yang ada dalam esbok.Kat area Perak dan Penang nie,kalo makan kat gerai2 mesti ada menu mee udang,so,apalagi,Liza cuba lah wat dengan pengubahsuaian ikut citarasa sendiri....Jom layan gambar dan resepi campak2 Liza yg simple nie.....
Bahan-Bahan: (utk 2-3 org makan)
150g udang basah(dlm 10 ekor udang saiz sederhana)
3 ketul fishcat- dipotong nipis2
4 sudu besar cili giling/cili boh
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
50g taugeh
2 biji tomato belah 4
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak-sbg hiasan
Bawang goreng sbg hiasan
Limau kasturi
Cara:
- Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti cili kering , bawang merah/putih/belacan.
- Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.Masukkan udang fish cat tadi.Masak sampai air didih.
- Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
- Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
mengancamlah. mintak izin, nnt nak cuba yer..
BalasPadamSalam Liza...
BalasPadamKak Lin Pernah Sekali Jer Makan Mee Udang Kat Kedai...Lepas Tu Tak Pernah Makan Lagi Sbb Kak Lin Alahan Dengan Udang Besar2 Ni...
sedapnye mee udang...pedas tak liza?
BalasPadamwsalam...
BalasPadameliza: cubalah yer,pasti puas hati...kalo tak suke pedas kurang cili kisar tu yer....
lin : k.lin,mula2 saya pun alah dgn udang,tp tulah sbb teringin,bedal jer...gatal alahan tu pun sekejap jer.
gadis kampung :pada Liza nie dah midlle pedas.Liza lebih suke pedas lagi dr nie,tp memandangkan ada org lain gak yg makannya,jadi kena fair gaklah...hehehe
salam liza,
BalasPadamwah mee yg macam ginilah yg akak suka..merah meyala..lagi pedas lagi best..akak dah cuba buat sotong sumbat cendawan tu, sedap liza,
my 2nd son suka..thanks ya nanti bila2 akak masukkan entry k..