Menyetudykan diri sensorang kat sini.........................
29 Mac 2012
AKU SUDAH JATUH SUKA...DENGAR LAGU INI.......huhuhu
Layan feeling.........................sesambil writing apa yang patut...
28 Mac 2012
Dah pos hadiah ini kepada puan /cik penerima...hehehe
Assalammualaikum...wbt
Setelah lama bercuti di Sabah mengiringi Mr Hb yang telah berada di sana selama sebulan setengah menjaga ibunya,Liza syukur sesangat...akhirnya dapat kembali semula ke rumah tercinta ini yang lama ditinggalkan.Dan akhirnya,baru sempat nak nunjuk hadiah untuk kengkawan yang bertuah itu kerana sudi mengomen seperti kat SINI.Terima kasih pada kengkawan yang sudi menunggu hadiah ini untuk Liza poskan ke alamat yang telah di beri yer.
Oklah...jom tengok sape yang dapat hadiah itewwwww...
Taraaaaaaaaa...
Dan yang dapat brooch pulak ................
Apa-apa pun terima kasih kerana sudi mengomen dan join segmen Liza itew...dan insyaallah,saya tak pernah nak mungkir janji.Apa yang saya katakan ,saya akan kotakan walaupun kekadang masa tak mengizinkan.Dan terima kasih atas doa yang kawan2 kirimkan buat Liza and family.Moga Allah makbulkan doa kalian semua......Aminnn.
Sekian dulu.....
23 Mac 2012
20 Mac 2012
SELAMAT HARI LAHIR CINTA HATIKU.................hehehehe
pic from google
Untuk cinta hatiku.....
my mom,my Hb and my niece yang sambut bersama2 dalam bulan nie...(26, 20 dan 11 Mac )
Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki...
Insyaallah,balik semenanjung nanti,kita celebrate sama2...kita masak2 dan makan besar sama2.....
hehehehee...
Note ; Untuk Hb...sori yer,tak sempat nak buat kek hari nie,kita pergi makan kek kat SECRET RECIPE yer......balik rumah sendiri nanti baru kite celebrate besar-besaran bsama Aina dan family. ..
19 Mac 2012
KUIH ABUK-ABUK LOMPANG
Assalammualaikum.................
Ni menu tertunggak semalam,dan baru sempat nak tepek kat sini.Selalu kalo buat kuih abuk-abuk nie,Liza bungkus dengan daun pisang.Tapi disebabkan takde daun pisang,guna jer acuan lompang nie.Malas pun satu sebab takyah nak cucuk lidi.....
Daaa........layan je lah yer.Jangan ditanya sebab dah jadi baja.....kuakuakua...
Ok,copy paste dari resipi kat SINI
Bahan-bahan ( 20 biji acuan lompang kecil)
3 cawan sagu biji. (1 cawan warna merah,1 cawan wrna hijau,1 cawan warna putih- memang beli yg dah ada warna)
3 cawan kelapa parut putih
3 sudu makan gula merah dan gula pasir -ikut suka nak letak banyak mana
secubit garam.
acuan lompang
Cara-cara
- Basuh sagu dan toskan 5 minit.
- Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
- Campurkan gula merah dengan gula pasir.
- Masukkan setengah campuran sagu ke dalam acuan. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan separuh lagi campuran sagu untuk menutupnya.
- Buat hingga habis. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.
Baru kuar dari kukusan
Sebelum di kukus
13 Mac 2012
KRAKER LAPIS DAGING
Assalammualaikum dan slamat malam........
Dah lama tak nunjuk n3 masak memasak...So,oleh kerana rajin malam nie,menu makan malam yg sempat Liza buat seperti kat bawah yer....Ramai kengkawan blogger masakan dah banyak menayangkan kat blog masing2....Liza jer yg ketinggalan ketapi tuk tayangkan kat sini...huhuhu..Takpe,...........biar lambat asalkan selamat..(hahahaha,tak masuk/kena langsung utk n3 nie)
Jom layan gambar nie je yer...resepi seperti kat SINI, tapi Liza gantikan roti dengan biskut kraker cap ping pong.Resepi sempoi untuk orang tak rajin macam I...hehehe
Kalo nak tengok yg lagi best punya resipi,boleh tengok Norzailina Nordin.
Bahan-bahan :sumber resipi dari SINI
1 bungkus biskut krim kraker
400 g daging kisar
3 biji kentang-dipotong dadu kecil2
2 sb rempah kurma-bancuh dgn sedikit air
1 sb serbuk cili
1 biji bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin susu cair
Keju mozarela -ikut suka nak letak kat atas biskut -Liza tak letak sebab malas nak beli
3 sb minyak zaiton untuk menumis
Garam dan gula
Cara-cara:
Untuk inti: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan merah hingga naik bau.Masukkan rempah kurma dan serbuk cili.Kacau rata dan masukkan daging.Perasakan dengan garam dan gula.Masak hingga kering dan sejukkan.
Untuk roti lapis : Biskut direndam sekejap dalam susu cair ,susun biskut di bahagian dasar loyang hingga tiada ruang kosong.Taburkan inti daging di atasnya .Buat lapisan seperti kaedah tadi hingga abis semua bahan-bahan tadi.Bakar dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak.Hidangkan dengan sos yg anda suka.Makan gitu saje pun sodap.....
Sebelum di bakar dalam oven
Ngah membakar diri...............
PENGOMEN YG TERBAIK DAN IKHLAS MENGOMEN.........
Assalammualaikum wbt....
Terima kasih pada pengomen yang ikhlas nak ole2 sambil mengomen kat SINI .Alhamdulillah...keputusan telah di buat (senang dah mudah sebab penyertaan tak ramai...hehehe).So, undi telah di buat berdasarkan komen yang ikhlas dari hati anda dan buat Liza pun rasa teruja nak pilih anda sebagai pemenangnya yang bertuah mendapat ole2 itu yang diterbangkan khas dari Sabah...Tapi Liza minta maaf sebab tak dapat nak pos dalam masa yang cepat kerana akan di pos bila segala urusan di sana dah settle dan Liza dah berada di rumah sendiri (kat semenanjung...hehehe)Mungkin akan di pos selepas balik dari sana pada 26 Mac 2012 nanti.Harap,pemenang2 bersabar menanti ole2 tersebut yer...Tapi jangan lupa terus sms nama dan alamat anda semua ke hset Liza yer ,
sebab kekadang tu tak sempat nak tengok email,jadi senang anda terus sms ke no itu yer....(No tepon boleh tengok kat blogshop Liza tu yer.Letak kat sini nanti glamer la plak...hehehe)
Tahniah pada pemenangnya beserta komennya :
Yang akan mendapat seperti gambar ini
adalah :
Assalam kak liza,
sejujurnya sy mula follow n kenai blog akak masa baca n3 lizahanum.blogspot.com/2012/02/jumaat-yg-penuh-keberkatan.html.Sy rasa betul2 tersentuh hati n terharu sbb akak sudi bersedekah utk semua yg sudi meninggalkan komen kat n3 akak n email detail kat akak..Bukan sng org nak memberi secara percuma gitu kan.Sejak sy tinggalkan komen di n3 akak disini,lizahanum.blogspot.com/2012/02/saya-akan-hantar-buku-ini-pada-mereka.html,sy mmg selalu baca semua n3 yg akak post kan,tapi xda tinggalkan komen..
N3 yg sy plg suka baca sekali n terasa lucu sekali ngan bahasa2 sempoi dari akak adalah di n3 disini,lizahanum.blogspot.com/2012/02/cinta-aku-diabermula-di-alam.html?utm_source=BP_recent..Rasa lucu n tergelak sorang2 bila akak kata hubby akak mamat poyo n kalo xhensem mamat yg datang nak sorok diri belakang dinding,hehe..Camner pon dah jodoh kan akak..Sy doakan akak n hb berbahagia sehingga hujung nyawa n MIL akak sembuh ya,blh la mamat poyo yg muka cam cina blk menemani akak lak kan,hehe..
Salam Liza..
akak suka gak jenguk2 blog Liza ni.. tapi jarang nak tinggalkan komen.. hehe.. sebab apa suka? suka intai2 liza masak & suka baca kisah hidup liza terutama pasal benda2 halus yg kengkadang org tak percaya nak pulak di zaman serba canggih ni kan..
akak paling suka entry http://lizahanum.blogspot.com/2011/12/errmmmmmmnape-dia-ikut-akuabis-sakit2.html
sebab dari entry yang liza tuliskan tu memberi peringatan bersama kepada pembaca supaya sentiasa berhati2.. jangan disangka tempat yg biasa2 tu takde 'benda' yang menunggu.. & jangan sangka di zaman serba moden & canggih ni manusia tidak diganggu oleh makhluk halus seperti mana yg Liza alami.. akak doakan semoga masalah Liza tu cepat berakhir & Liza dapat meneruskan rutin hidup seperti biasa... amin
Sekali lagi tahniah diucapkan.
Nota : Sekiranya barangan yang akan diberi seperti diatas tidak ada seperti design tersebut,pihak pemberi berhak menukar kepada hadiah barangan lain mengikut harga yg sama seperti barangan tersebut.Harap maklum yer para penerima...hehehehe
Assalamualaikum pn liza..
saya suka baca blog pn liza sb :
1. Saya sukakan resepinya yang pelbagai dan paling mantop sebab resepi tu macam macam jenis ada, tradisional, western n yg up to date punya resepi. sb saya jenis suka masak so nak cari resepi selalu jg terjah kat sini lah ya
2. Saya sukakan citer-citer yang ada berkaitan dengan personal pn liza yang mana ada isu-isu yang menyentuh hati dan isu-isu yang sedikit sebanyak memberikan keinsafan tentang keeratan ikatan keluarga dan kasih sayang yang utuh.
3. saya sukakan tip-tip /petua sama ada dlm perkara-perkara masakan atau luar pasal masakan
4. saya sukakan kata-kata hikmah yang kadang2 d nyatakan d blog pn liza menyentapkan hati tuk membaca dan terus membaca apa yang dipaparkan d blog pn liza; dan apa yang pasti
5. saya sukakan blog pn liza sebab pn liza adalah pn liza yg tersendiri.
wasalam..take care..aida putrajaya
Dan yang akan dapat brooch ala2 macam yang nie tapi berbeza design yer (sebab akan carik yg design terkini) :
pic kredit to Google
salam alaik dan semoga dalam baik2 sahaja.
sebenarnya ini first time lin datang singgah blog kak liza, mungkin pd awalnya kerana ada GA ini kan.
jadi memenuhi syarat kene baca blog akak kan? baca punya baca rasa macam superb sangat
yeah, mungkin kita blogger yang terbaik tp setiap blog ada baiknya (.")
blog akak full sangat, tp yg full tu semua memudahkan kerja org. bloglist,, recent post,, popular post,, dan lain2.
thanks sebab mudahkan saya cari tajuk best2 (:
dan yg penting, saya dapat belajar masak serba sedikit (.")
doakan sayaa berjaya jd chef terbaik utk keluarga (:
singgah punya singgah, saya terbaca entry ini.
singgah punya singgah, saya terbaca entry ini.
http://lizahanum.blogspot.com/2010/12/kek-batik-biskut-marie.html
teringat pulak kenangan di zaman sekolah. yeah, memang ini modal jualan kami setiap kali ada karnival. selama ini cuma jadi pembantu, tak tahu cara full utk buat kek batik ni. so, dgn entry akak ni rasanya lepas ni boleh saya jemput kawan datang cuba air tangan saya pula. terima kasih (:
notakaki:
semoga perkongsian kak liza dalam rahmat-Nya selalu.
akak, saya suka blog bergambar! menarik kan? ceria pula suasana rasanya (:
Salam...
First time saya tengok design ni. Dah lama dah tak updated dgn jewellery dari Sabah ni.
Buku doa Manzil tu saya dah terima. Baru je terima. Terima kasih banyak-banyak sbb berkongsi ilmu yang bermanfaat tu.
Pasal rantai tangan pearl tu teringin nak ada. Sebab rantai tangan saya semua dah kena curi masa rumah kena rompak ari tu. Alamak... bila baca komen-komen daripada blogger lain segan le plak. Secara jujurnya saya baru je lagi jadi follower Liza. Jadi, banyak entry Liza yg saya belum baca. InsyaAllah kalau ada peluang saya akan baca. Ari tu yang terjumpa blog ni pun sebab ada blog yang saya follow promote pasal buku ni.
Saya tertarik sebab macam tak pernah pun ada orang buat macam Liza buat, hadiahkan kepada orang lain tanpa perlu buat contest atau vote atau like terbanyak. Yang saya dah baca cuma kisah tentang gangguan makhluk halus tu. Tak ramai org boleh dapat pengalaman macam tu. Hanya orang-orang yang penyabar je dapat handle benda2 macam tu.
So, good luck utk komentator yang lain. Thanks sekali lagi utk buku tu
he he he..kak Liza..saya nak join lagi..harap tak jemu ye tengok blogger ni ye..saya suka masuk blog kak Liza sebab cara akak menyampaikan sesuatu perkara dalam entry sangat mesra dan ramah..saya suka macam tu..dari situ saya tahu kak Liza mesti baik hati...entry saya suka baca ialah ini http://lizahanum.blogspot.com/2011/11/air-yang-tenangjangan-disangka-tiada.html..seram sejuk juga kan..banyak lagi tapi saya ambil satu je lah ye.
ada juga yang terlepas baca..maklumlah saya bukan hari2 buka internet..
ada juga yang terlepas baca..maklumlah saya bukan hari2 buka internet..
oklah ye..
Sekali lagi tahniah diucapkan.
Nota : Sekiranya barangan yang akan diberi seperti diatas tidak ada seperti design tersebut,pihak pemberi berhak menukar kepada hadiah barangan lain mengikut harga yg sama seperti barangan tersebut.Harap maklum yer para penerima...hehehehe
9 Mac 2012
CERITERA SAYA di HARI JUMAAT.....................APA YG SAYA AMALKAN
Salam pagi Jumaat.Seperti yang pernah Liza pernah buat n3 kat SINI, itulah juga yg Liza amalkan di samping pergi buat rawatan.Tapi tulah, bila kita gi buat rawatan,macam ada satu kuasa dan suara yang menghalang kita dari pergi berubat dan berjumpa pengamal perubatan Islam.
Okaylah kat sini Liza nak kongsi cerita dan kisah yang berlaku pada diri ini selama hampir 2 tahun sakit tanpa ada penjelasan.Mungkin bole jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran dan panduan untuk "ptotect" diri anda semua juga.
Selama sakit ini, hanya Allah je yg tahu apa yg saya rasa dan alami.Macam2 benda Liza boleh nampak...kat rumah tak boleh tinggal sorang2,ada je lembaga hitam yang menggangu.Bukan setakat malam,tapi waktu siang pun kite bole rasa...ada je kehadirannya yg tak diundang sebab Liza bole rasa kehadirannya tiba2....huhuhu.Sakit kepala,sakit belakang dan kaki,sampai ada satu tahap tu tak bole bangun dan tak boleh jalan,kena di papah kalo nak gi ambik wuduk.Kalo nak di fikir2 balik waktu tu,kalo takde sokongan yg kuat dari family dan insan tersayang,tapi tulah dugaan dan ujian yang Allah bagi nie adalah tandaNya dia sayang kat kite.Dari sejak tu,pelbagai tempat yg telah Liza pergi.
Pergi Darul Syifa, memang tak sangka.....mak ayah dan Hb ckp,cara dan perlakuan masa berubat tu seperti bukan diri ini.Meraung2 dan meracau menyumpah seranah ustaz yg mengubat...6-7 orang ustaz kat darul syifa tu terpaksa pegang Liza dan dalam masa yang sama,siap boleh tendang ustaz yg sedang picit ibu jari kaki Liza...MEMANG,masa tu boleh nampak apa yg berlaku,tapi tulah....its not me.Tak sangka,Liza ada tenaga yg begitu kuat untuk untuk lawan tenaga 5-6 orang ustaz.....Liza bole nampak mak ayah mengalirkan airmata dan Hb tolong pegang kaki Liza...tapi tulah.....Liza tak boleh protect diri Liza sendiri sebab gangguan tu lebih menguasai diri ini.Banyak kali dah berulang pergi jumpa ustaz kat darus syifa,tapi yg tak boleh tahan tu,balik je dari mengubat....seluruh badan akan sakit2 dan selama seminggu tak boleh buat apa2...memang dugaan betul,walaupun Liza amalkan apa yang ustaz suruh buat seperti mandi air daun bidara,baca ayat rukyah dan amalkan manzil setiap kali lepas solat...gangguan yg ada makin kuat...
Tapi kita sebgai HambaNya,tidak boleh berputus asa.....Iblis dan syaitan suka bila melihat kita yg sedia lemah ini makin lemah bila berputus asa.Tapi tulah...alhamdulillah...bila kita sakit dan kita hanya mengadu dan berikhtiar dengan ayat2Nya ..alhamdulillah,DIA tak pernah menghampakan doa hambaNya ini yg memang tak putus2 berputus asa mencari ikhtiar..
Dan di sini juga,Liza harap kawan2 yang dah terima buku Manzil atau bole jer dengar dari mp3,jangan lupa mengamalkannya setiap lepas solat .Sebab itu lah yg Liza amalkan sekarang disamping ikhtiar dengan minyak mohabshi, alhamdulillah ada perubahan besar dan sudah tidak mengunjungi pusat awatan Islam lagi.Yang penting,kita kena kuatkan rohani kita dengan ayat2 Allah................
RENUNGAN DI HARI JUMAAT PENUH KEBERKATAN
Kata-kata Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yg menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yg istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya Tapi hakikat perjuangan bukan begitu,, turun naiknya,, sakit pedihnya,, umpama kemanisan yang tidak terhingga.. ANDAI rebah ... .bangkitlah semula ANDAI terluka ... ingatlah janjinya Allah SWT berfirman: مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)“. (Al-Ahzab:23)⎝◕⏝◕⎠LiZAhANUM⎝◕⏝◕⎠ |
8 Mac 2012
TERIMA KASIH PADA KENGKAWAN YG SUDI TERIMA BUKU..
Assalammualaikum wbt...
Syukur alhamdulillah dengan feedback dan maklum balas dari kawan2 yang sudi respon dan sudah terima buku kecil yg Liza bagi tempohari.
Terima kasih bebanyak ikhlas dari hati Liza(spt hati kat atas yg berdegup tu...hehehehe)
InsyaAllah,dipanjangkan umur dan dimurahan rezeki olehNya,Liza akan bagi lagi buku2 seperti itu.Doa2kan lah yer....
7 Mac 2012
APA YANG MENARIK TENTANG DIA......................
Ermmmmmmmmmmmmmmm......
- Dia berbangsa :KADAZAN-DUSUN
- Agama asal dulu :KRISTIAN, Masuk Islam :Semasa ibu bapanya peluk islam
- Tinggi : 1.65 m
- Berat : 65 kg
- Kerja : Cuti kerana menjaga ibunya yg sakit
- Ciri-ciri menarik : Menjadi imam dalam RT, boleh bawak berbincang, ringan tulang-sebab semua keje kat rumah termasuk cuci pinggan mangkuk,kopek bawang dan sediakan rencah sebelum aku memasak,cuci baju dan lipat baju..........ermmm memang aku suka sebab bila balik keje jer,ada orang yg ringan tulang dan rumah memang sentiasa berkemas
- Kelulusan : blaja tinggi melangit kalo kurang ajor pun tak bleh jugak kan...sib baik ilmu dunia-akhirat dia cukup
- Apa yang membuatkan aku terharu dan mengalirkan air mata : bila melihat sendiri dengan penuh kasih sayang,dia menukar lampin pakai buang ibunya yang sakit,cakap elok2 dengan ibunya yg sakit agar jagan cabut2 wayar yang di pasang doktor,mengelap2 badan dan tukar baju ibunya yang sakit terlantar di spital dengan bantuanku yg sedikit...MEMANG,ini membuatkan hati wanitaku tersentuh dan mengalirkan air mata melihat DIA bertanggungjawab melunaskankan tgjwb pada ibunya yg tak bermaya.....walaupun dah hampir dekat sebulan DIA dok jauh dari mataku,bile pulang menyertai DIA ke sana,hampir tak kenal tgok Hb sendiri sebab DIA kelihatan cengkung dan kurus....bak kata DIA ,jaga orang sakit,DIA pun sama2 jadi cam orang sakit....makan tak menentu dan kena gilir2 jaga 12 jam kat spital dengan abang2nya.
- ALHAMDULILLAH...bila dah merasai sendiri berjaga dgn Hb di spital,memang kalo tak kuat mental dan fizikal,memang kita pun bole jatuh sakit sama......huhuhu
- DIA- memang diciptakan untukku....................(
hehehe,jiwang karat jap sebab nak minta hadiah kat dia....)
Note : Buat DIA yang rasa n3 ni ditujukan buat dirinya(betul ker ciri2 yg disebutkan diatas tu),jgn lupa...anniversary kita dah nak mai,jgn lupa hadiah yang diminta yer....hikhikhik) -(*sambil menjelirkan lidah dan hulur tangan nak minta hadiah.............)
BERMURAH HATI NAK BAGI OLE-OLE DARI NEGERI BAWAH BAYU....
Mutiara Sabah warna ala2 pink dan hitam menawan
Rantai tangan nie tokey kedai tu cakap design terkini...tu yang beli 2 untuk diri sendiri...(tak tau lah kalo dia tipu ,sebab nak lakukan barang dia....hehehe)
Sila abaikan tangan I yg gebuz yer...sajer nak nunjuk rantai tgn tu kalo di pakai kat tangan ...dari jauh boleh nampak mutiaranya yg cantik tu....
Assalammualaikum..................wbt
Berminat nak dapat Rantai tangan Mutiara Kristal negeri dibawah bayu seperti kat atas tu?
Sonang jer..............komen kat bawah n3 nie,nape saya suka masuk jengok blog SWEET LIZAHANUM nie dan n3 mana yang ANDA suka baca & tengok...
Komen yang ikhlas dan terbaik dari hati anda,Liza akan beri 3 utas rantai tangan seperti diatas untuk 3 pengomen terbaik.Yang baru dan berbalut cantik ikhlas dari Liza,sebab yg kat atas tu Liza dah pakai...3 utas rantai tu adalah dari mutiara Sabah yng berwarna pink,putih dan hitam.Dan 3 lagi yang bertuah,Liza akan bagi brooch mutiara yang memang mantops.
Terbuka untuk semua follower dan yg bukan follower yang berada di Malaysia lebih2 lagi dok kat semenanjung Malaysia(yg Sabah & Sarawak tu semestinya dah tak heran dgn hadiah nie sebab senang nak carik kat sana kan),blogger lelaki pun boleh join sebab rantai tangan nie bolehlah hadiah kat awek,isteri atau kawan sekiranya dia menang.Tarikh tutup pada 11 MAC 2012 , Jam 12.00 am
Sweet Lizahanum
COMEL TUL KUCIN MY MIL NIE TIDO...PORT BAIK PUNYA DIA CARIK....
Pagi tadi sedang sibuk membasuh baju dari spital punya baju....tengok2 si CUMEL nie boleh plak lena dalam tipuware nie..Lekas2 Liza panggil Hb suh dia tengok...Hb cakap,kucin yg ada kat umah my MIL memang cam tu,dapat jer port baik lepas makan...bole jer tido.....lepas bagi makan friskies....depa sume bertempiaran dalam kawasan dapur umah my MIL cari port cantik untuk lena lepas kekenyangan.Liza memang tak suka kucin...tapi bile tengok kecumelan anak kucin nie tido dlm tipuware...bole jer nak snap gambo nie.Nampak lucu....memang takde sape yg letak kucin nie dlm tipuware nie,dia memang masuk sendiri dalam tipuware nie yg diletak bersebelahan sabun cuci baju sebab nak letak sepit2 baju....belum sempat letak sepit2 baju,dia dah lena da...huk alooooohhhh...
Layan jelah yer gambar yg di ambil spontan dari handphone ,sebab tu gambo tak lawa.........
Daaaa....................
Langgan:
Catatan (Atom)