28 November 2014

JERUK EPAL HIJAU ASAM BOI


Assalammualaikum wbt......

Dah lama tak tunjuk menu makanan ...so,hari nie nak tayang plak apa yg Liza buat dan makan...

Orang lain dah lama buat Jeruk Pelam Asam Boi dan Jeruk Epal Hijau Asam Boi yg menjadi viral sejak dua menjak nie......

So, bila nengok kat Fb dan blog2 yg masing2 tayang jeruk2 ni yg buat meleleh air liur...apa lagi ..Liza pun cuba gak buat...selama nie tak teringin pun nak makannya walaupun meleleh air liur tengok post masing2......

Sungguh mudah benor....oleh kerana nak cari pelam mudo sekarang susah sebab permintaan terlalu tinggi, so..Liza guna Epal Hijau yg rangup dan masam tu...



Akhirnya siap.....Liza buat pagi2 tadi 

V
V
V
V
V



Dapatlah 1 bekas setengah ...jadilah untuk makanan jajan kitorang berdua kat rumah nie.....

v
v
v
v

 Liza suka kuahnya yg banyak sikit sebab nak hirup kuah jeruk tu.....

Lagipun utuk kuahnya tu...guna air panas,gula 6-7 sudu besar (sebab guna 8 biji epal .....agak banyak bila dah potong), 3 sudu besar cuka epal,garam secubit dan asam boi serta serbuk asam boi...letak 5 biji cili api sebab Liza suka nak rasa pedas2 manis dan masam.....ermmm..memang terangkat sebab dah makan dah petang tadi dgn MrH




Ok...sekian dulu....selamat menjamu mata...

Gerenti meleleh air liur korang kang bila tengok nie....hehehehehe


Da.....






22 November 2014

BILA SAYA DOWN.....SAYA BUAT APA YG SAYA SUKE


Assalammualaikum wbt....

Sekarang nie,apa yang akan berlaku...saya serahkan padaNya yg Maha Esa....hidup mesti diteruskan..saya gembira dan bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untk saya gembira di samping family tercinta....Saya dah buat keputusan yg saya rasa terbaik buat saya kerana saya sedar apa yang berlaku semua Allah dah tetapkan buat saya.Perancangan Allah adalah terbaik....so,selagi diberi peluang kat dunia yg sementara ini...jangan sesiakan peluang yg ada....Harungi kehidupan ini dengan penuh ketenangan dalam mencari rahmat Allah...

Oklah, malas dah nak fikir apa yg berlaku tempohari....apa2 pun jom tengok aktiviti saya bile saya saya rasa down (dengan orang2 yg rasa dia hebat tapi tak sedar diri yg ada kuasa yg lagi hebat dari dia)...saya buatlah apa yg saya suka...saya ada kemahiran menjahit, cuma malas nak praktikkan (setakat jahit baju sendiri,langsir umah sendiri dan segala kelengkapan rumah,itu sudah kira baik kerana saya tak perlu upah org-----at least saya dah boleh berjimat...hahahaha)..tapi kadang2 tu, bila malas menjelma...baju kurung utk gi kerja,selalu hantar kedai nyonya yg saya suka tempah kat situ kerana harganya yg masih murah---RM28 sepasang utk baju kurung johor/pahang (pelanggan tetap sejak 10 thn lalu---tp kdg2 tu,saya buat je baju kurung sendiri...sebab senang jer...cuma bila penyakit tak rajin dtg...mmg payah.


Sesi mengukur kain dan memotong


Sekarang nie, pesen dulu2 dari kain pelekat yg dijadikan baju kurung semakin mendapat tempat...trend terkini...Kain warna kuning tu sebagai contoh...ukur ikut baju yg dah siap.




Dari pukul 4-5 pm semalam bermula aktiviti memotong, dapatlah 2 pasang baj kurung yg siap di potong.Malamnya after isyak....sesi menjahit pulak...



Sesi menjahit plak .....





Dah siap...cuma perlu hantar jahit tepi plak...oleh kerana takde mein jahit tepi,terpaksa hantar ke kedai....saya suka mencantumkan dulu antara pesak dan badan kain, pastu baru hantar jahit tepi...hehehehe..jahitan org tak profesional...mcm tulah nampaknya...

Oklah....esok lusa kalo dah siap dan dah di pakai buat gi kerja, nanti saya tunjkkan yer....

Daaaaaa...........................selamat malam....esok keje ( kat johor, Ahad kerja...so, sekian.....)




18 November 2014

TERIMA KASIH RAKAN2 ALAM MAYA.......................


Oleh kerana posting saya dengan TAJUK NI-----> NO PHD, IS NOT END OF THE WORLD...dan telah mencapai view sebanyak 1400 view sejak di post hari Ahad ( 16 Nov.2014)lalu...dan saya jugak mendapat maklumbalas yg tak terhingga dalam mesej secara PM dan yg masuk LAIN2 INBOX di facebook saya SEHINGGAKAN ada yg sempat dan tak sempat SAYA nak balas........SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK2 PADA KAWAN2 DI ALAM MAYA INI....TERIMA KASIH atas sapaan,pandangan dan DOA kalian semua yg mengeratkan lagi IKATAN UKHUWAH sesama Islam ini....walaupun ANDA TAK KENAL SAYA secara peribadi (melainkan kawan2 sekolah,universiti dan opismate--yg mungkin kenal siapa saya)...ANDA tetap sudi dan menyokong saya dengan memberi komen dan pandangan serta nasihat yg begitu TERHARU saya rasa kerana saya rasa 
" SAYA TIDAK KESEORANGAN SEBENARNYA......ada kawan2 yg saling mendoakan ....thanks a lot"....


Walaupun hari ni SAYA RASA DOWN SANGAT2 setelah perjumpaan dengan org paling atas di U saya bekerja   ini (kerana cara dia yg terlalu bangga dengan pencapaian dia berada di atas,dan dia sewenang2nya memalukan org2 yg "TAK SIAP pHd ON TIME ini" dikhalayak ramai.....Biarlah, DOSA DIA PADA ORANG YG DIA MALUKAN TU,TAK TERAMPUN SELAGI DIA TIDAK MINTA MAAF PADA ORANG2 YANG DIA CERCA  TU...ingatlah putaran RODA HIDUP ini bukan selalunya berada diatas,KALAU ALLAH nak tarik sikit nikmatnya,ESOK LUSA...KAU AKAN BERADA DI BAWAH..MASA TU KAU AKAN TAHU TINGGI RENDAH LANGIT ALLAH...HIDUP NI TAK BOLEH MENDABIK DADA,CAKAP BESAR SEOLAH2 KAU PALING BERKUASA DR ALLAH...SEOLAH2 KAU PEMBERI REZEKI PADA MEREKA2 YG TAK SIAP itu....

apa-apa pun SAYA PERCAYA bahawa ALLAH perancangan terhebat atas apa yg berlaku...REDHA,SABAR DAN TABAH ATAS APA YG BERLAKU,INSYALLAH...ALLAH AKAN PERMUDAHKAN NANTI.....


###KEPADA KAWAN2 YG TERGOLONG DLM KALANGAN YG TAK "GOT" dan YANG BERSAMA2 SAYA PAGI TADI....BE POSITIF,ANGGAPLAH KATA2 ORG YG MENDABIK DADA YG RASA DIA HEBAT SANGAT TU,YG LEBIH BANYAK MENYAKITKAN HATI SEMUA ORG YG BERADA DALAM  DEWAN TU TADI.......itu dugaan buat dia kerana BILA BERADA DI ATAS, RIAK DAN BANGGA DIRI SENTIASA BERAJA DI HATI DIA...DOAKAN SAHAJA BIAR DIA MENJADI ORG YG LEBIH HUMBLE DAN TIDAK RIAK satu hari nanti.####

13 November 2014

Allah Sedang Menguji Saya..........Saya redha........


(buku motivasi diri yg sentiasa menjadi bahan bacaan bila diri terasa hiba dengan apa yg berlaku......sesungguhnya DIA yg lebih tahu apa yg terbaik untuk Aku..)


Alhamdulillah........Syukur kerana Ujian Allah mendekatkan diri ini padaNya...Apa yg berlaku ada hikmah yang tersembunyi...Ada yang lebih baik untuk saya nanti....................



NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails