28 Februari 2010

CUTI-CUTI LUMUT-PANGKOR

Assalammulaikum.........................

Cuti baru-baru nie,aku tak lepaskan peluang untuk gi makan angin ke LUMUT-PANGKOR. Saje nak release tension dan cuci mata...hahaha.

                                     
                           

Pemandangan pekan LUMUT PERAK dari tempat parking kereta bertingkat....................Time cuti- cuti hari minggu memang beginilah...kereta berderet-deret di pekan LUMUT .



 


   

Kawasan Jeti ke Pulau Pangkor yang penuh sesak dengan orang ramai yang merebut peluang bercuti hari Sabtu-Ahad.......Aku pun termasuk kelompok mereka2 itu......hehehe.Tambang feri dari Jeti ke Pulau Pangkor pun tak mahal,hanya RM 10 untuk pergi dan balik.Memang berbaloi cuti-cuti Malaysia walaupun sekarang cuaca memang tengah HOT......


                                  

                                  

                                 
Pemandangan di luar tingkap feri....ombak ganas memukul feri......syok owhhhhhh............



Pemandangan indah di Jeti Pulau Pangkor.Teruja sebenarnya bila tiba disini kerana inilah kedatangan pertamaku  disini.............


Teksi yang ada di Pulau Pangkor menggunakan van..........



Peta kawasan Teluk Nipah di Pulau Pangkor..



 
Tempat penginapan sehari semalam di Teluk Nipah, Pulau Pangkor......



                               
Pantai yang begitu indah untuk dinikmati  dan bersantai bagi mengurangkan rasa tegang di jiwa.


                                      


Cermin mata D&G yang membantu melindungi mata dari pancaran terik mentari di pantai.........


                             
Pelbagai cenderamata yang ada dijual di sana....Kelabu mata melihatnya...huhuhu.


Ais kacang pembasah tekak di waktu haus melanda diri....memang power.


Memang bestlah kalo sape yang berminat nak mereleasekan tension dan menenagkan fikiran yang kusut.Pulau Pangkor menjadi destinasi budget yang berbaloi-baloi untuk dikunjungi. CUTI-CUTI MALAYSIA..................

25 Februari 2010

NASI GORENG BEBOLA AYAM

Semalam,menu sarapan pagi merangkap lunch,aku preparelah nasi goreng bebola ayam.Maklumlah,baki nasi putih malam tadi memang ada lagi, kerana sayang nak membuang rezeki yang ada,apalagi......jadilah nasi goreng yang paling mudah dan simple untuk orang malas macam aku nie.Aku malas nak gi school awal-awal,so aku buatlah apa yang patut kat umah nie dulu........hehehehee.Haaaa.....kat bawah nie aku tepeklah pic nasi goreng tersebut bersama kentang goreng dan secawan oldtown coffea..............memang segarlah sepanjang aku berada di school pekena coffee tu,................


Dari pandangan atas.................nampak serabut sebab aku ni bukannya pandai nak hias2 taraf master chef,janji sodap di makan....hahahaha.

Nie plak dari pandangan tepi, bagi jelas kelihatan bebola ayam tersebut.........huhuhuhu.

Di sedapkan lagi anak tekak ku dengan kentang goreng yang di beli kat supermarket dan di goreng sendiri....huhuhu.Sonang,mudah dan yang penting,sodap hingga menjilat 10 jari.................hahahaa.



Nielah dia full set complete for my breakfast n lunch sekali..Nasi goreng bebola ayam + kentang goreng + secawan hazelnut oldtown coffee....perrrrgh, senak perutku.....memang kenyang giler sampai ke petang.............hahahaha

23 Februari 2010

AYAM KURMA-JUADAH TENGAHARI


Salam...............

Hari nie aku rasa malas jer nak gi school awal2....dok wat keje kat umah je dulu...sambil2 wat keje tu,aku prepare lah juadah tengahari ku....dalam peti ais hanya ada ayam 2 ketul n sayur sawi...so,apa lagi......aku masaklah ayam dua ketul tu masak lain dari yang selalu aku masak.....hahaha.Jadilah AYAM MASAK KURMA........Resipi bonda turun temurun.........







Bahan-bahan (untuk sorang makan)



2 ketul ayam
rempah tumis ( kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga )
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
' * ' bahan yg di kisar
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 2 inci halia
5 sudu besar rempah kurma
2 biji kentang di belah 2-4
Lobak merah 1 biji- dipotong kecil-kecil
air secukupnya
susu cair ikut suka
minyak masak -3 sudu besar
garam
gula


Cara-cara
 
 1.panaskan minyak masak dan tumis rempah tumis, jintan manis dan jintan putih dahulu dan masukkan pula bahan yg telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing
 
2.selepas 5-8 minit masukkan rempah kurma dan tumis sehingga kering dan masukkan air sedikit demi sedikit
 
 3.masukkan ayam , lobak merah dan ubi kentang serta  kacau sebentar selama 5 minit
 
4.tambah air ikut kesukaan dan masak sehingga ayam , lobak merah dan ubi kentang hingga empuk .Pastu masukkan susu cair untuk memekatkan kuah sebab selalu  guna santan.Nak kurangkan lemak...gunalah susu cair.
 
5.masukkan gula dan garam ikut suka
 
6.tunggu sehingga kesemuanya siap dimasak dan bolehlah dihidangkan
 
Perggghhhh...pastu bolehlah dihidangkan panas-panas.....n apalagi ngappppp lah sebab time nie memnag perut dah bergendang sayang untuk diisi...hahahaha.
 
 

Makan bersama sayur sawi masak rebus.............................cukuplah,janji dapat mengalas perut........habis makan, kul 2.30 ptg baru bersiap2 gi school n dok di cube wat keje apa yang patut........hehehehe. Marvelos...cubalah resepi orang malas dan nak cepat....sebab kekangan masa ssebagai pelajar.......hehehehe.Tak menghampakan kalo nak cuba.

MEE HOON GORENG



lizahanum@blogspot.com 2010

Menu berbuka puasa hari Isnin nie,memanglah simple.Tekak teringin makan meehoon buatan sendiri....selalunya main beli jer kat kedai.....So, apa lagi,kalau buat sendiri,macam-macam bahan yang aku letak untuk menyedapkan tekak waktu berbuka ...hahaha


 Haa......tengok udang kat dalam pinggan tu.....memang terliur waktu menunggu  azan maghrib berkumandang........hehehehe.Masuk jer waktu,apa lagi,ngappppp jelah................camne nie,satu pinggan habis....abis diet aku......hahahaha.Resipinya memang mudah,orang yang malas dan tak pandai masak pun boleh buat.......


lizahanum@blogspot.com 2010

Pastu pekena plak dengan air limau (waktu2 camgini yang panas cuacanya walaupun dah malam)...huhhhh...memang senak perut dibuatnya.Tambah plak dengan karipap dan cucur badak yg dibeli kat gerai makcik-pakcik kat simpang nak masuk umah........perggghhhh.Sib baik ada member tolong makan sama menemankan ku berbuka....hahahaha.Maksudnya tu,bukan aku sorang gelojoh perabihkan makanan tersebut, ada member tolong sama perabiskan.......

7 Februari 2010

BAWAL PUTIH GORENG SAMBAL

Hari ni plak aku masak lauk yang paling simple dan mudah.Malah jimat masa kat dapur.Maklumlah aku nie malas kalau bab-bab masak yang banyak rencah2nya,Jadi ,apalagi...pilih saje resipi yang mudah dan senang,dan paling penting ,boleh mengenyangkan perut dan tekak nie mudah menerimanya...hahahah. Yang penting,sodap(tekak sendri je yg rasa)..................








BAHAN-BAHAN


7 ekor ikan bawal putih ( sebab bawal putih nie kecil,jadi aku beli banyak)

garam dan kunyit 
4 sudu besar cili kisar
5 bawang merah

3 labu bawang putih
belacan, garam, gula
sos ikan
limau kasturi


Ikan:
Bersihkan ikan dan rendam dalam campuran air asam dan garam ( asam keping/asam jawa/ limau nipis dan garam utk hilangkan bau yang kurang enak).
Cuci dan toskan, kemudian lulurkan garam halus dan kunyit secukupnya.
Goreng tapi usah sampai garing sangat dan rentung.




CARA-CARA
Mayang halus lebihan bawang merah dan putih kemudian tumis hingga layu. Masukkan cili kisar , sekaligus dengan garam, gula. Bila sambal garing, masukkan  sos ikan ( nampla) dan perahkan limau kasturi. Tambah garam gula mengikut rasa. Tambah air supaya sambal yang lebih cair.


Bila sudah masak, masukkan ikan yang telah di goreng, biarkan dalam kuali hingga sebahagian dr kuah di serap ikan. Balikkan ikan supaya sama rata menyerap kuah sambal.


Sedap dimakan panas-panas.....cubalah resepi orang malas cam saya nie...gerenti puas hati.......



MACARONI BOLOGNESE

Salam.....



Semalam,sempatlah masak untuk makan breakfast merangkap lunch sekali......ntahlah,time2 boring waktu hari minggu yang memang lebih suka memerap kat umah,aku cubalah masak resipi nie.Sepatutnya resipi nie untuk spageti,tetapi memandangkan kat umah just ada macaroni (memang nak abiskan stok)...so,apalagi...buat jelah.
Ikut resipi dalam web dan ditokok tambah  mengikut selera tekak sendiri...hahahah.Cubalah....
Sorri sebab mutu gambar tak berasa jelas dan cantik sebab snap guna kamera biasa yang murah...............hehehehe.Nak tunggu orang hadiahkan kamera SLR,pasti cantik dan bermutu gambar2nya nanti.....




Bahan-bahan ( 6 orang)


500 gram macaroni  (sepeket)
500 gram daging ayam cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang


Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan macaroni. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese :  Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkandaging ayam cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut. 
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba,  garam dan gula secukup rasa.  Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos.
  7. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  8. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

6 Februari 2010

KONGSI MAKLUMAT

Salam.....

Hari ini,sedang asyik wat keje,tiba2 tangan nie terklik satu artikel dalam iluvislam yang berkaitan dengan facebook...selama nie aku memang penggemar laman sosial tersebut sebab suke main game dia...lebih2 lagi farmville, so tak salah rasanya berkongsi this info untuk bacaan dan pengetahuan semua.Yang penting,tepuk dada tanya hati...hehehehe...


Facebook :Apa Ada pada Facebook

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.

Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].

Petikan dari iluvislam:
Disediakan oleh,
Nur Syamimi Mohamad Napis
Setiausaha Media I iLuvislam.com


MOTIVASI DIRI

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi






Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.



Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

(Petikan artikel dr iluvislam)

PUISI IMAN


Ntahlah,sejak terbaca artikel dan mengenali iluvislam  dengan lebih dekat,memang puas hati dengan content didalamnya.Memberi kesedaran dan keinsafan bahawa diri ini terlalu leka dengan apa yg ada di dunia ini hingga kekadang tu terlupa bahawa yang disana nanti akan membawa kite kearah kebahagiaan yang abadi...Terlalu kedilnya diri ini....Walaupun semakin banyak ilmu yang dituntut,selagi kite tidak menghayati dan mengamalkannya dengan kudrrat yg ada....selagi itulah kite rasa hidup ini tidak bermakna dan jiwa ini kosong.....Hayatilah bersama untuk kekuatan diri kite sendiri..................
Aku Perlukan Kekuatan


Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.

Petikan Utama:
www.iluvislam.com
Syed Al-Yahya

RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI

 Salam sayang sahabat2 semua......

Tadi terbacalah satu artikel dalam www.iluvislam.com yang telah ditulis oleh  : Ukhti Izzah. bertajuk "Tanda-tanda kematangan" . Rasa terpanggil plak untuk berkongsi bersama dalam blogku yang serba kekurangan ini.At least,ada sikit penambahan ilmu di dada....Barulah nampak kematangan dalam diri ini .....................huhuhu


"Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur."

 
Renung-renungkanlah bersama.....demi kemajuan UMMAH.......hehehehe. 
- lizahanum@blogspot.com2010-

5 Februari 2010

MEJA KEJE

Hari Jumaat ni memang paling best bagi aku sebab hari nie memang malas nak wat keje. So, sebab takde keje yang nak dibuat,hasil dari gambo-gambo yg diambil nie bole tau mood aku pada hari nie camne..............hahahaha.Keje banyak tapi sebab mood nak cuti Sabtu-Ahad tu dah melanda diri,memang kemalasan sentiasa bertahta dihati dan difikiran....huhuhu.

 

(Cermin hikmat peneman diri: tengah2 wat keje,pandang cermin,"Hai cermin hikmat,sapekah yg paling cantik dan paling pandai kat opisku ini".......................hahahaha.Bole plak cam gitu ek.!!!!!!)







So, apa lagi,aku snap gambo meja kerja n studyku, dan tepek kat blog aku nie.....hahahah,kerja gak tu. Tapi memang bersepah gile meja kerja/study aku nie,nampak sikit yg aku nie memang wat keje.....heheheh


(Memo penting pengingat diri)



(Bersepah giler meja studyku ini.................huhuhuhu.Bilelah ada org  yg nak tulun kemaskan )


(Kawan keje/study yang same2 memerah otak untuk menuntut ilmu walaupun tak sampai ke negara China.... Sorry Nana,tepek gambo hang kat blog aku nie.....)


BUBUR CHA-CHA


Salam...

Semalam teringin nak makan bubur cha-cha untuk berbuka posa hari Khamis,jadi aku buatlah sikit untuk diriku sendiri.Janji dapat melepaskan rasa teringin tekak tu...hehehe.Paling simple jer resepi nie bubur cha-cha,aku siap tanya mak lagi camne nak buat...Memang teruk betui kan,nak masak sikit tanya mak.....hehehe.At least jadi gak....So,resipi bubur cha-cha (kalo org jawa Johor cakap- pengat keledek )yg simple ikut cara aku.Siap makan dua mangkuk lagi....punyalah kuat makan aku nie........

Bahan-bahan :



Tepung caca -ada jual kat kedai(warna-warni)
Sebiji ubi keledek
Segenggam biji sagu
Daun pandan
Santan
Garam & gula  melaka secukup rasa




Cara-cara :


Rebus ubi keledek hingga mendidih
Masukkan tepung caca dan kacau
Masukkan santan dan daun pandan
Tambah  sagu biji
Masak sehingga sagu kembang dan agak2 keledek dah lembut
Masukkan garam dan gula

1 Februari 2010

I LUV ISLAM.........................





















CINTA SEINDAH BIASA

Salam.....

Kali ini, saya nak bermadah dan berjiwang sikit.Sesekali apa salahnya kan ....Dan semasa melayari laman web, terbaca plak satu artikel yang berkaitan cinta.Sebenarnya cinta ini universal dan pelbagai tafsirannya.Jadi,saya nak berkongsilah sikit apa yang dikatakan cinta itu untuk tatapan anda semua.Petikan ini saya ambil dari  http://www.phero-max.com/anna_abadi.html

Hayatilah ia untuk pengetahuan bersama....



Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar, cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.


Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.


Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?


Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri


"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur" - Saidina Umar Ibnul Khattab -










Cinta itu indah:

-LizaHanum@blogspot.com 2010-

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails