27 Disember 2010

KEK LOBAK MERAH

 Salam..........

Hari nie merajinkan diri wat kek carrot nie.....tekak nie konon2nya nak makan kek carrot yg dibuat sendiri....so,cubalah wat ikut resepi Mat Gebu...memang sedap,kalo letak cream cheese lagi sedap,cam kat secret recepi tu...hehehe.Pepun,Liza ni  tak gemar sgt yg cheese2 nie,makan jelah kek carrot nie.....sodappp...hahaha.Liza amik resepinya yer CMG cuma ada ote2 skit......Thank Mat sebab kongsi resepi kek nie.Kawan2 yg lain,dah ramai yg membuatnya,Liza je yg ketinggalan nak buat.Tapi hari nie jadi gak nak membuatnya,alang2 tuk buke pose sekali.......









BAHAN-BAHANNYA :
125 g mentega
2/4 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream -Liza guna susu segar jer
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio + kacang macademia, cincang kasar 

1/2 genggam kismis+mix fruit   (Liza saje letak biar sedap lagi.....)




CARA 
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loyang(guna yg bulat punya) dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis, kacau rata.
  3. Tambah lobak merah dan cincangan kacang pistachio,macademia dan kismis + mix fruit. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
  4. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. 










TO THINK WHAT IS LOVE..........



















26 Disember 2010

500 BLOG ,SEGMEN TERBARU OLEH BEN ASHAARI


Ermmm...rasa2nya hari nie takde apa nak post kat blog nie,Liza join lah segmen dari Ben ni sekadar memberi sokongan padu dan moral support...hehehe.Syarat2nya sonang jer,so kengkawan yg nak join bolehlah klik kat sini yer

1 - Letak banner...
  • Ok dah letak....
2- Tajuk: 500 blog....
3 - Tulis serba sedikit tentang diri anda dan tujuan anda jadi blogger...
  • Seorang pelajar dan juga pengajar .Umo......24 thn...(hehehehe),. Tujuan berblog untuk berkongsi serba sedikit kisah hidup sepanjang bergelar pelajar semula dan kongsi ilmu yang ada  ...moga diberkatiNya.AMIN
4- Tinggal URL anda di N3 ini....

Kepada kengkawan yg nak turut serta,jom ramai2 kite serbu kat blog BEN.



SELAMAT PAGI AHAD

Hari minggu yg malas nak masak.....so,post yg nie jelah........hehhehe.Nak ronda2 sambil tgok Tron.....

Untuk kengkawan yg sudi jenguk sini.........










24 Disember 2010

KUIH JAGUNG MANIS


Hari nie malas masak yang berat2,cuma rajin masak yang ringan2 jer......hehehe.Jom layan resepi yang Liza amik dari majalah MW.....


KUIH JAGUNG MANIS
 
Bahan-bahan:

1) 1 cawan jagung manis
2) 1 cawan susu cair
3) 1 cawan tepung kastard
4) 1 cawan air
5) ½ cawan gula (Liza kurangkan...tak sampai setengah pun...suku kot)


Cara :


  • Campur semua bahan ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana sehingga pekat.
  • Tuangkan adunan yang sudah pekat ke dalam loyang atau sebarang bekas yang sesuai dan sejukkan. (masukkan ke dalam peti ais jika suka sejuk)
  • Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.






MY NEW BREAD MAKER

Hari nie mood Liza memang happy sangat...sampai malas nak masak...hahaha.
Sebenarnya saje nak tayang "gadget dapur" terbaru Liza ni kat uols....hehehe.Saje nak tunjuk riak di petang2 hari Jumaat nie.......Akhirnya tertunai gak hasrat di hati tuk beli benda alah nie.Oleh kerana,jadi ahli COSWAY,dapatlah beli benda alah nie dgn harga yang memang mampu milik...Kalo ikut harga retail maunya dekat RM500,tapi dapatlah beli dgn harga separuh dari tu sebab guna point ahli yang ada....Lepas nie,taklah jenuh tangan nak menguli tepung wat roti....hahaha.Saje je alasan tu semata2 nak perabiskan duit...tapi berbaloi sebab dekat 2-3 bulan sebelum nie,Liza survey dulu mana bread maker yg ok.Jenama KENWOOD ,Liza siap survey kat Jusco,harga dia RM 599-899...Bukan tak mampu nak beli,tapi sayang nak kuarkan duit kalo bole beli jenama lain dgn nilai yg lagi murah dan berbaloi.................


Masih berbalut lagi.................

Siap dengan buku resepi sekali kat dalamnya..................




p/s: kalo ada antara uols yg berminat nak beli,Liza bole tolong belikan......


22 Disember 2010

Still mv-A.N.JELL (with lyrics)




Sejak dah jadi peminat setia drama nie,setiap hari mesti ngadap depan tv.Kat 8tv kul 8.30-9.30 malam.....saje nak release tensen tgok cite nie.Best sebenarnya,nengok pelakon2nya yg ciut miut tu terutama pelakon wanitanya yg berlakon jadi lelaki.Comel sangat...............Layanzz jelah.....


KEK BATIK BISKUT MARIE


Kek Batik ni plak buat petang tadi.......Masa bosan2 dok library sorang2,otak nie ligat mencari resepi biskut batik sebab tekak nie tetiba nak makan .Nak beli kat kedai,memang gerenti takde punya sebab tak pernah nampak ada jual kat2 kedai walaupun kat kedai kek...huhuhu.So,sebelum smpai umah,sempat pi mini market mencari milo sepeket dan biskut marie....hehehe.Jom kite tgok gambar dan Liza ikut resepi Mat Gebu.Dulu2 pernah buat ikut resepi dalam majalah,tapi sebab rupenya tak berapa nak cantik,taklah tepek kat blog.Bile cuba resepi Mat Gebu,nampak comel jer...hehehe.Thanks mat,Liza amik resepi yer.Tapi Liza olah sikit sebab tak ikut resepi asal....



BAHAN-BAHAN

250 gram biskut marie, dipatah 2 

125 gram mentega
1 biji telur gred A, dipukul sedikit -Liza guna satu jer sbb ada satu biji jer kat rumah.Tlupa nak beli...hehehe
3/4 cawan susu pekat manis - Liza guna 4 sudu besar je susu sebab tak suke manis(sbb MILO dah manis punye) + 1/2 cawan susu segar
1/2 cawan MILO  -Liza guna 1 cawan MILO
1/4 cawan air
3/4 camca teh esen vanilla - tak letak sbb takde,hehehe 




(Sori tuan empunya resepi CMG,byk yg Liza oter2 tuk kesesuaian rasa tekak Liza...hehehe.Ampunzzzzz)

CARA -CARA

  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam periuk, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  3. Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci (Liza guna loyang bulat )yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan
  4. Dan sememangnya kek batik yg Liza da oter2 bahan2nya,memang tak manis sgt.Sesuai dgn selera tekak Liza.Lagipun tak elok makan manis2,nanti kena Diabetes...hehehe.

21 Disember 2010

BUBUR LAMBUK



Salam sume.............Moga anda sume sihat2 belaka hendaknya.Liza,alhamdulillah......Hari nie baru sempat nak tepek menu tertunggak semalam masa buke pose.Balik dr opis dlm kul 5 tu,sempat gak meninjau2 apa ada dlm peti ais tuk menu buke pose semalam.Sib baik adalah gak bahan2 yang di beli 2-3 hari sebelum tu...Menu simple jer cam menu bulan Ramadhan...BUBUR LAMBUK JOHOR STYLE......hehehe.Bubur Lambuk nielah yg selalu mak masak time dulu2,so sampai sekaranglah dah terbiasa.Tak taulah kalo Bubur Lambuk stail Johor ada versi yg lain...heehee...Jom layan resepi dari yg ado nie.....




BAHAN-BAHAN 


1 cawan beras
3 -4 cawan air (akan selalu ditambah cam masak bubur biasa)
2 biji bawang besar*ditumbuk
2 ulas bwg putih *ditumbuk
1 inci halia * ditumbuk
udang kering ikut suka *ditumbuk 
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang* ditumbuk
1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
2 sudu besar lada sulah
secekak sayur bayam - dipotong besar2
secekak sayur kangkung - dipotong besar2
1/2 cawan santan- Liza guna yg kotak je
segenggam kacang gajus yg dah goreng
bawang goreng tuk hiasan
garam dan gula secukup rasa
1 Sudu minyak untuk menumis




CARA-CARA



  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yg telah ditumbuk
  2. Bila dah naik bau, masukkan lada sulah. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
  4. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
  5. Masukkan pula sayur bayam dan kangkung.Serta kacang gajus.
  6. Hiaskan dengan bawang goreng 











20 Disember 2010

KONGSI INFO..................

 Ngah layan bosan kat library....tangan nie gatal cari2 info pasal sape yg sedang dan wat phd...Ada tak perangai dan kelakuan cam Liza sekarang nie...rasa up and down jer...bile rasa down jer,mulalah nak nangis,tensen,nak marah2,nak makan,nak masak2,nak shoping,nak tido.................(sume2 kelakuan tu berlaku sebab nak melarikan dr masalah,malas nak pikir)huhuhu..macam2 ada....pastu terbaca salah satu artikel kat blog IZAN. Napelah tak terbaca artikel nie sebelum wat phd ek....hahaha.Takpe,teruskan jelah langkah kaki yang dah langkah tu...Yang belom dan nak melangkah,tu...cubalah pikir dan renung2kan..........kalo tak yer2,hanya DIA je yg tau........................

 

 

##################################################################

Bukan mudah dapat PhD

Tulisan Adam Kadir berjudul Pemakaian ‘Dr.’ Perlu Pengiktirafan Rasmi dalam Utusan Malaysia (8 April 2008) ada kebenarannya. Dalam usaha Kementerian Pengajian Tinggi yang meletakkan sasaran 100 ribu pemegang PhD menjelang 2015, maka ramai yang secara tiba-tiba menggunakan gelaran tersebut. 

PhD atau Doktor Falsafah mengikut kamus Oxford Advanced Learner‘s Dictionary ialah ijazah tertinggi yang dianugerah oleh sesebuah universiti. Penganugerahan tersebut dibuat setelah calon berjaya membuat penyelidikan yang mencapai standard PhD dalam sesuatu bidang. 

Pendek kata, ijazah PhD bukanlah suatu ijazah yang mudah diperoleh. Ia melalui satu proses pembelajaran dan penyelidikan yang tinggi mutunya sesuai dengan status ketinggian ijazah tersebut.

Kebanyakan universiti di Malaysia dan United Kingdom misalnya, tempoh minimum pengajian PhD mengambil masa tiga tahun, dan tempoh maksimum enam tahun sekiranya dibuat secara sepenuh masa. Bagi pengajian separuh masa tempoh yang diberi adalah sehingga lapan tahun bagi sesetengah universiti.

Manakala pengajian PhD secara jarak jauh banyak membawa perdebatan yang bersetuju dan ada yang menentang. Ada yang mendakwa mendapat Ijazah PhD dari sebuah universiti terkemuka di luar negara tetapi malangnya, universiti itu tidak diberi pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Ini kerana, peranan JPA adalah untuk menjaga ‘taraf dan mutu’ sesuatu ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti. Maka tidak hairanlah JPA tidak mengiktiraf sesetengah ijazah walaupun di peringkat Sarjana Muda dengan alasan ia tidak mencapai mutu dan standard yang dikehendaki dalam satu-satu bidang berkenaan.

Dalam menyahut cabaran Kementerian Pengajian Tinggi yang mahukan ramai pemegang PhD di kalangan pensyarah, sudah tentulah ramai di kalangan kakitangan akademik ‘terpaksa’ menyambung pengajian mereka ke peringkat PhD. Sebagai seorang pensyarah, penulis berpendapat pensyarah yang tidak memiliki Ijazah PhD ‘belum sempurna keilmuannya’ kerana dengan melalui pengajian di peringkat tersebut, seseorang akan didedahkan method pengajian dan penyelidikan yang cukup tinggi nilai, mutu dan standardnya. 

Sesebuah tesis yang dihasilkan dalam masa pengajian tiga hingga empat tahun misalnya, akan membuahkan satu teori atau penemuan baru dalam satu-satu bidang. Malah, kalau ia tidak membuahkan satu teori baru, ia tidak dianggap tesis PhD. Begitu juga, kalau ia tidak membuktikan satu hasil penyelidikan yang tidak ada tolok bandingnya. 

Sesebuah tesis PhD akan melalui banyak proses – daripada cadangan (proposal) dan mempertahankan cadangan tersebut (defend proposal) di peringkat universiti yang akan dinilai oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut, baik dari segi kandungan dan juga pendekatan methodologi. 

Seseorang yang telah melalui pengalaman ini, sudah tentu merasai pahit maung dikritik dan ‘dibelasah’ dalam sesi defend proposal.
Terdapat juga pendekatan upgrading dari M. Phil ke PhD yang diamalkan terutama mereka yang membuat pengajian di United Kingdom. Bagi mereka ini, tempoh setahun hingga setahun setengah merupakan tahun getir kerana tanpa berjaya melalui upgrading ke PhD, seseorang itu dianggap gagal memperolehi ijazah PhD.

Dalam melihat keaslian dan kesahihan penyelidikan yang dibuat, kebanyakan universiti di Malaysia mahupun luar negara mensyaratkan pemeriksaan melalui viva secara oral. Ini bagi memastikan penyelidik tersebut benar-benar ‘mendalami’ hasil kajian yang dibuat dalam tesis PhDnya. 

Ia juga bertujuan untuk melihat kesahihan penyelidik tersebut. Maka tohmahan bahawa sesebuah tesis PhD boleh diperolehi melalui upahan akan terjawab dalam proses viva. Ini kerana, kadang-kadang pemeriksa akan bertanya soalan-soalan sampingan yang tiada kaitan dengan kajian tesis PhD tersebut.

Dalam hal ini, penulis banyak melihat kawan-kawan yang sama-sama berjaya memperolehi PhD dan tidak ketinggalan, ramai juga yang gagal. Kalau diambil tempoh pengajian tiga hingga empat tahun untuk tamat pengajian, agak sedikit mereka yang lulus dalam tempoh ini. Ada yang mengambil sehingga 10 tahun untuk tamat pengajian. 

Bagi mereka yang gagal, mungkin kerana nasib tidak menyebelahi mereka. Dalam pengamatan penulis, terdapat kawan-kawan yang rajin dan tekun serta berdisiplin semasa pengajian, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka di mana penyelia meninggal dunia atau bertukar tempat. Maka pengajian PhD itu terbengkalai akibat keadaan itu kerana tiada pensyarah lain yang boleh menyelia tesis tersebut justeru kerana bukan bidang kepakaran atau kemahiran mereka.

Maka, persoalannya, bagaimana tergamak seseorang insan itu sanggup menggelarkan dirinya seorang ‘Dr.’ seandainya beliau tidak melalui proses ‘kepenatan’ dan ‘kesengsaraan’ mental, emosi dan fizikal dalam menyiapkan penyelidikan PhD tersebut.

Seperti yang dinukilkan oleh Prof. Dr. Kamil Ibrahim dalam bukunya PhD Kecil Tapi Signifikan, UPENA, UiTM (2005), ijazah PhD ialah suatu keperluan akademik yang sangat perlu di universiti seandainya seseorang itu mahu dianggap sebagai seorang scholar.

Beliau menambah, “PhD merupakan suatu proses unik. Ramai yang mencuba untuk mendapatkannya, tetapi ramai yang kecundang. Mereka yang berjaya pula melalui pelbagai halangan. Ada orang mengatakan ia suatu proses yang cukup perit dan meletihkan.”

Tambahan pula, “terlalu sedikit yang dapat menyiapkan pengajian mereka tepat mengikut jadual. Apatah lagi untuk mencari mereka yang tamat kurang dari tiga tahun. Ia boleh dibilang dengan jari.”
Demi menjaga mutu dan standard sesebuah ijazah PhD yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti, sudah tentulah tesis itu akan dinilai oleh peers dalam bidang berkenaan terlebih dahulu sebelum dinilai oleh pihak pemeriksa luar.

Bagi Universiti Malaya sebagai contohnya, amalan sekarang ialah pemeriksa luar bagi tesis PhD mestilah seorang profesor yang memiliki PhD dan disyaratkan mesti dari luar negara. Sudah tentulah proses untuk mendapat ijazah PhD bukannya mudah tetapi semakin susah.

Mengambil kira faktor-faktor di atas, amat wajar saranan Adam Kadir supaya pihak JPA memainkan peranan pengiktirafan sesebuah ijazah PhD walaupun ia datang dari Barat. Ia hendaklah melalui proses pengajian PhD sebenar walaupun ia dibuat secara jarak jauh. Bagi mereka yang suka memakai gelaran ‘Dr.’ walaupun gagal kerana terkandas di tengah jalan, pertanyaan ikhlas penulis ialah, apakah mereka ini tidak merasa malu dan dipandang serong oleh kawan dan orang awam.

Sebagai contoh, memang terdapat mereka yang membuat pengajian PhD di luar negara secara jarak jauh dan tiba-tiba meletakkan nama ‘Dr.’ Apakah mereka ini memang melalui pengajian PhD dalam erti kata sebenar?
Terdapat pensyarah yang gagal memperoleh PhD setelah melalui pengajian sepenuh masa dan kemudian berusaha lagi dengan membuatnya secara jarak jauh. Namun ia tidak diiktiraf oleh universiti berkenaan, maka dengan sendirinya dia rela menerima ‘pelucutan’ penggunaan gelaran ‘Dr.’

Maka penulis mencadangkan supaya pengiktirafan penggunaan gelaran ‘Dr.’ hendaklah diperketatkan. Pihak JPA hendaklah diberi peranan dalam memberi pengiktirafan tersebut.
Bagi pensyarah di universiti, pengiktirafan ini boleh diturun kuasa oleh JPA kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang kemudian akan memberi pengiktirafan tersebut.

Masalahnya ialah bagi mereka yang bekerja sendiri atau di sektor swasta, gelaran ‘Dr.’ juga mesti dibuat pengiktirafan oleh pihak JPA. Selagi mana pengiktirafan tersebut tidak diperoleh, seseorang individu dilarang sama sekali mengguna gelaran tersebut.

Bagi mereka yang mendapat ijazah PhD dari universiti bagus dan menggunakan gelaran tersebut tanpa pengiktirafan oleh pihak JPA, adalah dicadangkan supaya satu undang-undang mengenai salah laku penggunaan gelaran ‘Dr.’ hendaklah dibuat demi menjaga kemurnian dan kesarjanaan seseorang yang bergelar ‘Dr

###################################################################################

* Kekadang tu,marah gak (tapi dalam hati jelah dengan membebel2) dengan sorang penyanyi yang guna Dr kat pangkal depan namanya tu,mana ada orang wat phd setakat setahun setengah je dah bole dpt phd?Hanya mereka2 yg dah lalui dan ngah lalui saje akan berasa betapa sakitnya otak nie camne nak dpt Dr tu,baru berbaloi guna Dr depan pangkal namanya tu........ *

ERMMM......PROGRESSKU????

Comic by: Jorge Cham
Source: phdcomics.com


Tak taulah nak cakap camne........malas nak fikir.Tapi dalam masa yang sama kena fikir gak dan wat keje.....Tingkatkan prestasi keje ............InsyaAllah....
Walaupun penuh rintangan dihadapan,kena lawan gak.SEMANGAT,SEMANGAT.....KEMBALIKAN SEMANGATKU YANG HILANG.... SesungguhNya DIA lebih mengetahui apa yang berlaku dan apa yg akan berlaku................................

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails