23 Mei 2018

NASI JAGUNG & THE GENG--->RAMADHAN #6


Assalammualaikum wbt....

Hari ni baru sempat nak tayang menu iftar semalam.Menu tak berapa nak diet...hehehhe..Balik-balik keje jer semalam,buka esbok tengok ada susu cair dan  kernel  jagung,terus terlintas idea nak buat Nasi Jagung sempoi ni.Sebab apa sempoi....sebab takde tumis-tumis, terus masuk semua bahan dan tanak macam nasi biasa. Jadi jugak macam nasi jagung yg kena tumis bahan dulu tu.Yang ni tak payah,macam main campak-campak je bahan dalam periuk,pastu tanak nasinya...

Dan yang paling bestnya,kat rumah ni ada pembantu chef dapur bertauliah,segala bahan macam bawang dan ayam,telah siap disediakan sebelum Liza sampai rumah,makanya tugas memasak terus menjadi mudah...😄😄😄😄



NASI JAGUNG 
Bahan-bahan :
2 cawan beras basmathi -bersihkan dan toskan
1 btg serai diketuk
1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih-mayang halus
 Buah pelaga, kayu manis,cengkih -agak2/ikut suka nak letak berapa 
Susu cair 1 cawan + 2 cawan air 
1 setengah cawan kernel jagung
Garam secukup rasa
1 sb minyak jagung

Caranya : Campurkan semua bahan dalam periuk nasi.Perasakan dengan garam.Kacau-kacau bagi sebati.Masak macam nasi biasa.Memang sempoi dan mudah...hahaha.


AYAM KURMA
Bahan-bahan :
2 ketul ayam bahagian dada-potong kiub
1 bj bawang merah dan 2 ulas bwg putih-hiris halus
2 cawan air-dicampurkan dengan 2 sb rempah kurma dan serbuk cili 
2 bj kentang  dibelah 6
1 bj lobak merah-dipotong kiub
Buah pelaga,cengkih,kayu manis-ikut suka byk mana anda mau letak
1 sb minyak zaitun
Gula perang dan garam secukup rasa
1/2 cawan susu cair

Caranya :
Tumis bawang merah,bawang putih dengan minyak zaitun.Masukkan air yang dicampur rempah kurma .Masukkan kentang,lobak merah dan ayam.Perasakan dengan garam dan gula.Masak sampai semua bahan empuk.


PENCUK NENAS &EPAL HIJAU

Bahan-bahan:
7  ketul nenas yg dah siap dipotong- jadikan ketulan kecil
1 biji epal hijau-potong kiub
1 bj lada merah-hiris halus
1 bj bawang merah-hiris halus
Gula perang dan garam secukup rasa

Caranya :
Semua bahan dicampurkan dan digaulkan sebati.





Selamat berbuka untuk hari ini.


Sekian






22 Mei 2018

UDANG SWEET SOUR--->#RAMADHAN KE 5 #


Assalammualaikum wbt..

Ketemu lagi kita di hari ke 6 Ramadhan..Semoga berat anda semua makin turun..hehehe.6 hari posa ni,berat I turunlah jugak,2 kg....yahoooooo.......Yang penting,makan masakan sendiri.Jangan jejakkan kaki ke basar ramadhan,nanti semua mau di beli.....😃😃😃😃.Lagi satu,jangan minum air manis.Sebab Liza dah 5 bulan tak minum air manis(adalah cheat jugak minum air manis,teh o gula perang dan air buah),itu satu kelebihan lah jugak berat berkurang.Makan nasi still makan,beras perang@ basmathi---->yang penting,hanya sepenumbuk/segenggam tangan sendiri......Kuih muih makan 2 ketul kalau teringin bebenor..hahaha.


Dapur induksi ni memudahkan proses memasak walaupun Liza sampai di rumah pukul 5.45pm.Walaupun waktu bekerja dari 8.00am -4.30pm,tapi sebab Liza masuk office lewat,makanya,pulanglah lewat kan.
Berjasa sungguh dapur induksi Philip tu tau...Memudahkan kerja memasak dan yang penting bil elektrik setiap bulan tak tinggi mana.Tak pernah mencecahkan RM80 walaupun 100% penggunaan peralatan elektrik termasuk aircond kat rumah ni.Mungkin sebab penghuninya hanya berdua sahaja kot....sebulan sekali baru mak ayah dan adik beradik bertandang ke rumah.
Cerita  mengapa Liza terpaksa guna Induksi ni, boleh tengok kat post ni----->POBIA PUNYA  PASAL ......😊😊😊

Menu simple untuk kami berdua.Yang penting kenyang dan menyihatkan sebab masak sendiri . Pernah 2 tahun lepas beli makanan kat bazar ramadhan,kena food poisoning...memang serik sangat2...3 -4 hari demam dan perut sakit sgt2 .


Sekarang dah hampir 3 tahun tak jejak kaki ke bazar ramadhan kalau musim puasa sebab dah serik.Biarlah masak sesimple mana,janji kita tau cara kita masak kat rumah,bersih.No gula,no perasa ajinomoto,less salt,dan yg penting guna minyak zaitun kalo nak tumis2 bahan.Goreng ayam ikan guna air fryer....

Oklah,malas nak celoteh panjang2..cukup sampai sini dulu.
Nah resepi Udang Sweet Sour sempoi.

UDANG SWEET SOUR 
10-13 ekor udang putih saiz sederhana--buang kepala dan dibersihakan
*1 bj bawang holland-potong dadu
*2 ulas bwg putih-hiris halus
*2 biji lada merah-hiris halus
*Separuh lada benggala hijau,merah & kuning - potong dadu
Gula perang- secukup rasA
1 sb cili sos +1 sb tomato sos +100ml air masak
2 ketul nenas-potong dadu
10ml minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara:
Tumiskan bahan-bahan yang bertanda * dengan minyak zaitun dalam kuali nonstik.Kacau hingga naik bauk.Masukkan nenas,perasakan dengan sos cili,sos tomato dan perasa dengan gula perang.Liza tak letak garam sebab sos cili dan tomato tu kiranya dah ada garam tersembunyi..hahaha.Mau rasa manis2 tu,Liza letak gula perang secukup rasa.Akhir sekali baru masukkan udang.Gaul rata hingga sebati .Jangan masak udang lama2,nanti keras.Agak2 nampak udang dah masak,offkan dapur induksi.


Sekian.........





21 Mei 2018

MENU IFTAR SEMPOI ....

Assalammualaikum wbt...

Salam #5 Ramadan # buat semua..Moga  hari ni lebih baik dari hari semalam.Dah 5 hari puasa baru Liza nak update blog.Maklumlah,sambut ramadan pertama hingga ke 3 di rumah mak ayah,takdelah menu yang bebenor best nak tunjuk.Maklumlah masak pun sesimple dan tak gempak...hahahaha.Kat rumah mak ayah,makan menu yang tak berapa nak diet..hahaha.Main bedal je semua.

Bila balik rumah sendiri, masaklah sesimple mungkin dan menepati citarasa diet Liza...hahaha.MrHbby pun terpaksa merelakan tekaknya makan menu yang simple,janji kenyang...😄😄😄😄


Nak kata menu diet,tak jugak lah sebab ada Sambal Tumis Mak Jah yang di import dari rumah mak,siap frozenkan.Tapi nasi goreng and mix veggie tu di goreng tanpa minyak...hahaha.Macam mana tu....cubalah try test.Goreng bahan2 nasi  tu tanpa minyak,letak garam dan cili padi  secukup rasa,masukkan nasi,bagi gaul sampai sebati.Tutup api,nak bg nampak tak kering,tuang sesudu kecik minyak zaitun(kurang kolestrol)..kacau sebati..Taraaaaa.........nampak jadi mcm nasi goreng...
Samalah gak macam mix veggie tu..😁😁😁
Ikan tenggiri tu perap dengan garam secukup rasa, serbuk cili,serbuk kunyit dan kari.Pastu masuk air fryer,set masa 20 minit dgn suhu 160 darjah...
Sib baik mrHbby jenis tak kisah...dia makan jer tolak batu kayu..hahaha

Cukup lengkap dengan karbo,protein,sayur dan buah untuk fiber....dan air masak dlm 2L ..Takde air manis yer.Manisan dah boleh dapat dari 3 biji kurma....
Cukuplah tu...😊😊😊



Tu throwback menu semalam.Untuk hari ini,tak tau plak menu apa yang mau dibuat.....

Sekian dulu......





17 Mei 2018

SALAM RAMADHAN 1439H





Alhamdulillah..............
Dipertemukan Ramadhan kali ini dengan dikurniakan kesihatan yang baik..
Didoakan semua rakan-rakan dapat menempuh cabaran berpuasa sepanjang Ramadhan ini dengan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Aminnnn..YRA



4 Mei 2018

TAUHU BERGEDIL VERSI SIHAT


Assalammualaikum...wbt..

Selamat berhari minggu....(Jumaat kat sini cuti..hehehe).
Pagi ni,Liza ngah mood rajin yang teringin mau makan makan viral tu---->Tauhu Berdegil.
Tapi ,Liza buat versi diet sihat...hahaha..Tak goreng tau...
Meh layan resepi yang dah Liza olah dan derhaka dari resepi asal yang orang lain viralkan tu.


TAUHU BERGEDIL VERSI SIHAT
(2-4 orang makan)

Bahan-bahan :
2 bungkus tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar ( ada 20 ketul,Liza beli kat tesco)
4 biji kentang holland (tekstur dia lembut bila dah direbus,senang lenyek)
3 ulas bawang putih -hiris halus
2 biji bawang besar-hiris halus
2 tangkai daun bawang/sup -hiris halus
2 -3 biji telur
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
200g Daging kisar- jenama ramly
1 sb minyak zaitun untuk tumis bahan-bahan inti bergedil
1 tangkai cili merah sebagai hiasan

Cara -cara :
  • Kupas dan rebuskan kentang holland direbus hingga lembut.Bila dah lembut,toskan air dan lenyek.
  • Tumis bawang merah,bawang putih dengan minyak zaitun.Masukkan daging kisar dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan kentang.Perasakan dengan garam,lada sulah dan akhir sekali taburkan daun bawang.



  • Tauhu kering tu dibelah bentuk X ditengah tauhu untuk memudahkan inti disumbatkan ke dalamnya.Buat hingga habis.
  • Telur dipecahkan dalam mangkuk dan diletak secubit garam
  • Celupkan tauhu berinti tu kedalam telur satu persatu



  • Oleh kerana versi sihat sebab tak mau goreng berminyak-minyak,selepas celup dengan telur tu sehingga abis,susun dalam air fryer.
  • Tetapkan suhu air fryer dalam 140 darjah dengan masa 15 minit.


Siap...hiaskan dengan ditabur cili merah.Cicah dengan kuah kicap cili........
tadaaaaaa

v
v
v
v

Selamat menjamu selera dan mata😎😎😎😎



Sekian




3 Mei 2018

GRILL SALMON & THE GANG......


Okay.....

Lunchbox I hari ni paling simple------>Grill Salmon and The Geng.(Air lemon,buahan,salmon ,sayuran)...Ermmm cukup lengkap dengan piramid makanan yang memerlukan karbo,protein,fiber...dan yang penting,cukup dengan keperluan kalori diri sendiri.



Grill Salmon & The Gang 
(2 orang makan)

2 ketul ikan salmon - (perapkan dengan 2 sk lada hitam kasar,1 sk serbuk kari ikan,garam secubit,gula perang secubit)-->pastu grill dalam kuali nonstik hingga masak
Kacang edamame-rebus dalam 7-10 minit dengan garam secukup rasa.Jangan rebus terlalu lama tau.
Timun jepun dan tomato cerri -sebagai hiasan dan ulaman
Keledek oren 2 biji & 2 biji kentang -rebus hingga empuk (letak garam dlm air rebusan tu yer

Bahan2 yang dah siap,disatukan dlm bekas dan hias ikut suka mata dan tekak sendiri...hahaha.

Okay,siap..boleh bawak bekal ke pejabat.
v
v
v
v
v

Selamat menjamu mata 

************************************

2 Mei 2018

TUNA AVOCADO SALAD---->BENTO DIET KE PEJABAT HARI NI


Assalammualaikum wbt...

Ketemu lagi kita dlm blog yg sweet ni...hahaha

Hari ni baru sempat tunjuk menu ke pejabat hari ni...Kalau dah beberapa hari tak tunjuk tu,maksudnya memang I masak yang simple2 dan bodoh2 gitu,kalo tak rajin lagi,kiranya,I makan kat luar je lah....Tapi kadang2 tu,bosan gak makan kat luar lagi2 nak cari menu diet eat clean yang kurang minyak,kurang garam,no sugar...memang susah.Kalo mood rajin,masaklah seadanya ikut selera tekak nak  makan...

Ok..hari walaupun pepagi ada bengkel jadual waktu dan kelas ,dengan mood rajin,saje je lah I masak menu selera anak tekak ni.Konon2 menu diet eat clean nak ikut bideo omputih nie.....NatashaKitchen,tapi Liza telah melayukan sikit dengan tambah cili merah dan lada hitam banyak...
,

TUNA AVOCADO SALAD
1 tin tuna in water (jenama ayam brand )
1 bj bawang merah,3 ulas bwg putih,3 bj lada merah -hiris halus
2 bj avocado - (Liza terbeli yang belum masak sgt,jadinya nak bagi tak keras,Liza fry kat dalam pan dgn olive oil)
Jagung dalam tin - bukan yg manis tu yer.
1 btg timun jepun-potong kiub
2 sb jus lemon
Garam secukup rasa
2 sk Lada hitam kasar
2 sb minyak zaitun
5 bj tomota ceri-belah 2 sebagai hiasan.
Daun salad sebagai hiasan

Cara-cara : diolah ikut citarasa melayu..hehehe

Tuna tu,Liza panaskan dalam kuali nonstik (sbb I suka makan makanan yang dah dimasak ,tak suka dari tin terus makan...lagi pun perut I tak tahan makan benda yang mentah2..harus dilayurkan dulu bagi panas kat kuali....😄😄😄😄),masukkan bahan-bahan dihiris tu,masukkan avocado,timun jepun,jagung.Gaul sampai sebati .Off kan suis dapur induction.Last sekali campurkan garam,lada hitam,jus lemon dan minyak zaitun.Gaulkan lagi sampai sebati dan rasanya secukup rasa.Hiaskan dengan tomoto ceri timun jepun dipotong bulat dan daun salad.Dilawankan dengan roti wholemeal.

Siappppp

V
v
v
v
v
Inilah hasilnya bila dah di letak dalam bento untuk di bawak ke pejabat.


Abis je kelas kul 1 pm tadi....harus melantak macam orang kelaparan....

Tinggal bekas dan sudu garpu je tau.....hahahaha
v
v
v
😊😊😊Puas dapat makan bento sendiri


*****************************************************

Dan yang ni plak untuk mrHbby yang sekarang kerjanya bermula dari 8.00am-5.00pm,kerjany kat rumah..Zaman la nie,kerja dari rumah.(bukan goyang kaki je tau,)goyang kaki,perut,tangan dan otak,income pun dapat.Tu yang kekadang,Liza pun jeles....😍😍😍,sbb boleh dapat income double triple dari gaji I sebulan.Dan yang paling I suka,semua kerja-kerja rumah--->menyapu,basuh baju,sidai baju,lipat baju,cuci toilet--->dia yang buat.Tugas I just masak je...senang kan...hehehe.Tq hbby.
v
v
v
Dia pun terpaksa merelakan tekak dia ikut tekak I...hahahaha
Kang petang-petang nanti kul 3-4pm dia lapor,pandai-pandailah dia pi cari nasi.Maklumlah,perut orang lelaki ni,kena isi nasi gak baru puas....😎😎😎😎





NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails