28 Ogos 2012

MEE REBUS JOHOR


Assalammualaikum wbt..............

Apa khabar semua.....Baru sempat bersiaran nak siarkan menu semalam semasa berbuka pose....
Resepi emak,so ikut jelah apa yg di cakap melalui mulut.....




BAHAN-BAHANNYA :
(utk 2 org makan)



2 genggam Mee Kuning- dicelur dan ditoskan (cukup2 tuk 2 org mkn dan ada baki sikit...hehehe)
Segenggam taugeh - dicelur dan ditoskan (oleh kerana makan sendiri,malas nak buang ekor dia)
4 biji  cili merah - dihiris halus
5 biji limau kasturi -dibelah 2
Hirisan daun bawang dan sup
Bawang goreng
3 biji telur rebus dibelah 2



Mee kuning yang telah di celur


Hirisan cili merah,belahan limau kasturi ,bawang goreng dan hirisan daun bawang dan daun sup.....





Bahan-bahan untuk kuahnya :

3 ulas bawang putih,3 biji bawang besar ,1 inci halia ,1 btg serai ,3 genggam udang kering -direndam sebentar,1 inci lengkuas,4  btg cili merah utk pedas,segenggam serbuk kacang tanah yang sedia ada,4-5 ekor udang besar  - dikisar halus

Kulit udang dikisar halus dengan air - tapis dan ambil airnya
sebiji keledek-direbus dan dilecek bagi memekatkan kuah nanti
2 sudu besar rempah kari
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Caranya :
Tumis bahan2 yang dikisar  + rempah kari ,dalam kuali sampai naik bau.Masukkan air + air tapisan kulit udang tadi.Kacau perlahan2,bila didih,masukkan keledek rebus tadi.Perasakan dengan garam dan gula.(Gula kena lebih ,sebab mee rebus ada rasa manis2 dan pedas.Yang pedas nie sebab ikut  tekak sendiri..).Tutup api bila semuanya dah pekat.
Hidang dan hiaskan dengan seperti gambar kat bawah nie.....






16 Ogos 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA


Assalammualaikum wbt....

Sempena nak bercuti berblog ,nak amik utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Ampun dan maaf sekiranya,selama ini secara sengaja dan tak sengaja,ada kata2 dan tulisan yang di coretkan kat blog ini kadangkala menghiris perasaan sesiapa.....

Kepada yang memandu,SELAMAT MEMANDU DENGAN CERMAT dan BERHEMAH....,KALO NGANTUK BERHENTI DI R&R yg disediakan,semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.Oleh kerana Liza & hubby SEKARANG nie dah berpindah balik ke JOHOR,kiranya Liza akan balik bandar sebab rumah mak ayah Liza betul2 kat bandar Johor Bahru...jadinya ,memang balik beraya kat bandar...hehehe.Kalo tahun2 sebelum nie terasa bebetul balik beraya kerana perjalanan yang jauh perlu ditempuhi dari Utara ke Selatan....Tapi tahun ni , lain sikit perjalanannya sebab dari rumah Liza ke rumah mak hanya memakan masa 45 minit......sekejap jer.....

Berkemas2 dulu apa yang patut kat rumah sendiri,barulah hari Jumaat nanti balik rumah mak....

SALAM AIDIL FITRI buat SEMUA KAWAN2 YANG SUDI BERKUNJUNG KE SINI.......



14 Ogos 2012

MENU IFTAR HARI NI YANG SEMPOI....


 Assalammualaikum...wbt...

n3 org malas nak taip resepi,meh beramai2 jamu mata tengok udang besor2 kat mee tu..............


Selamat berterawih tuk malam2 terakhir ramadhan....
Moga beroleh keberkatan dan kemenangan .













































13 Ogos 2012

SAMA2 KASIH PADA BLOGGER NIE....

Assalammualaikum wbt....

Nak update n3....ada 6 nama peserta yang tak bagi detail diorang kat saya...hadiah sedia menanti hendak dipos...

Terima kasih banyak pada Pn Ila yang buat n3 nie kat blog beliau....


























Nama2 kat bawah nie,diorang takmo hadiah yang Liza nak bagi :









16.Abazilah 



47. Wardah




(Jadi,nama yang 6 kat atas,jangan tuntut hadiahnya yer sebab saya ANGGAP mereka semua tu tak berminat,saya BERMINAT bagi kat mereka2 yang sudi terima.Depa dah pun bagi detail nya yer...TQVM.



6 PESERTA YANG SUDI DAN TERAWAL BAGI SMS ITU ADALAH :

1.Sabrina Sabri
2. Nurul Rina Ellisa
3.Siti Nur Syuhada Salleh
4.Diyana Latif
5.Nor Atikah Zaid
6.Kak Azatie Sayang
7.Reserved tuk seseorang,,,:)


INSYAALLAH.............HADIAHNYA AKAN DI POS ESOK DGN MENGGUNAKAN POS REGISTER/PARCEL....
MAYBE LEPAS RAYA BARU DAPAT....TAKPE KAN....JANJI SAMPAI DENGAN SELAMAT.










12 Ogos 2012

CITER SEDIH NAK BELI EMAS KAT KEDAI TERKENAL......

Assalammualaikum wbt...

gambar sekadar hiasan,takde kena mengena dgn rantai tangan I...hehehe


Masa jenjalan window shopping sensorang diri awal2 bulan posa hari tu, hajat hati nak beli rantai tangan .Tapi pasang niat dulu,tengok2 dan survey2 harganya dulu. Sampai kat satu kedai emas yang terkenal tu ..ala,yang orang melayu bumiputera punya tu (  H _ _ B    J _ _ _ L )....terkenal dikalangan artis tu....tajaan ribu riban tu.....kat dalam kedai tu,ramai gaklah pelanggan dan jurujualnya pun ramai.....Tapi tulah,oleh kerana Liza pakai sempoi, jeen lusuh dan baju t shirt muslimah ,lagak cam orang kurang berkemampuan,pakai cincin emas pun yang tak seberapa nak megah......langsung tak di pandangnya kita sebagai customer yang masuk ke kedai tu....padahal kita dah terjengah2 melilau biji mata tengok rantai emas kat situ...langsung takde budi bahasa sungguh jurujual pompuan tu nak tegur Liza....At least berbahasa basi ker cakap,"Cari apa kak"...last2,Liza yang tanya dia,berapa emas segram sekarang dan berapa harga rantai tangan nie..(sekadar nak tutup malu dan jaga hati sendiri)....Pompuan tu plak bole tengok muka Liza dari atas ke bawah.....Heran bebenor ker tengok Liza ?Liza kalo dah jurujual tu tengok atas bawah , macam aku tak mampu nak beli emas....terus dalam hati nie berkata,berlagaknya jurujual nie...dia tak tau ker,dalam beg buruk aku nie,ada 3-4 ribu aku bawak cash semata2 nak beli rantai tangan besor mak datin...tapi langsung takde adab sopan nak tegur pelanggan,ingat aku tak layak nak beli emas 916 ker...tak menghormati pelanggan...terus reject..Kurang sorang pelanggan beli kat kedai diorang tu.Mood nak beli ,terus tak jadi nak beli...huhuhu.Dalam hati berkata2..."Kalo setakat gaji kau tu,aku pun boleh bayar...dah keje kau melayan pelanggan tapi buat muka bodoh jer layan aku,memang takde sape akan dtg kedai nie   "huhuhu...Mood sakit hati dan membebel2......STerus hati nie reject dari kunjungi mana2 kedai  H_B_ _    J_ _ _ L...
Sakit hati tu hilang bila mood shopping tudung datang.....


Selang seminggu lepas tu,jenjalan dgn mak dan adik ,bila masuk kedai emas W_ h   Ch _ N (sila isi tempat kosong nie yer),lain betul gamaknya layanan diorang yang bukan Islam.Walaupun kita sekadar nak tngok serta cuci mata saje ,dan melilau biji mata tgok emas bergemerlapan ....layanan diorang memang bagus...Tip top....walaupun Liza pakai sempoi,jeen lusuh dan t shirt ,diorang tetap melayan pelanggan dengan baik..Kita sebagai pelangggan,bukan nak depa layan kita macam ratu,tapi hargailah pelanggan,mungkin pelanggan yg datang tu adalah REZEKI untuk diorang pada hari tu......Dari taknak beli,jadi terbeli.....haaa kaw,dapatlah jugak sambar rantai tangan ...kali nie,tak payah langsung kuar duit...tak payah bayar satu sen...di ulangi,tak payah kuar sesen pun......Mak dan adik siap dapat gelang dan rantai baru pun...dgn tukar yang lama,dapat yg baru.....hebat kan.......
Raya tahun nie,bergaya dengan gelang baru....hehehe.

Apa yang nak Liza sampaikan......camne lah kita nak tolong Bumiputera kita,kalo depa  layan kita pun SEMBERONO saje......mcm mana nak maju........Tapi mungkin tak semua macam tu kot.....nasib Liza je yang tak baik masuk kedai kat cawangan situuuuuuuuuuuuuuu......

AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA APA YANG  DI SAMPAIKAN INI ADA KENA MENGENA DENGAN ANDA....IKHLAS DARI SAYA,TAKDE NIAT NAK MENGATA MANA2 PIHAK,TAPI ITULAH REALITI YANG TERJADI PADA SAYA YANG NAMPAK MISKIN /TAK MAMPU  INI.....

Moral of the story :Buat para penjual (tak kiranlah jual apa)...jangan pandang para PELANGGAN/PEMBELI anda hanya sebelah mata saje, kerana... merekalah punca  REZEKI anda dan komisyen  pada anda hari tu.....

SEKIAN



9 Ogos 2012

TAHUN NIE....MALAS WAT KUIH RAYA,MAIN TUNJUK2 JER...


Assalammualaikum...wbt...

Tajuk kat atas tu,tajuk untuk orang malas cam saya.....So,memang tahun nie tahun kemalasan bagi diri ini...Lagipun,adik bongsu Liza jadi tokey kuih raya tahun nie...so,ambil kesempatan beli jer dengan dia..Harga pun,beli dengan harga adik beradik....hahahaha....Macamne lah nak untung kan.
Senang dan mudah....tak bekecah dapur rumah I...hehehe.



Sebahagian kuih raya yang adik jual.......sedap gak kuihnya,memang berasa.Asal buka posa,mesti makan gak kuih raya nie...abis nanti,bole order lagi....



Kat bawah nie sebahagian kuih tunjuk2 I.....(memang malas tahap gaban kan ....padahal boleh jer kalo nak buat)

Mama takmo Carrie


Crispy Nestum Oat

Sampan Terapung...(hahaha,pandai2 je bagi nama)


Blueberry Tart

Makmur Pandan

Dan oleh kerana raya tahun nie tak perlu nak bagi pada MIL(FIL & MIL dah kembali ke rahmatullah),So...tahun nie beraya sakan kat JOHOR saje.Sebab tu tak sibuk2 nak buat kuih....kuih tuk makan sendiri jer.Asal kat meja ada kuih raya time raya2 nanti......

Kek jer nanti Liza buat 2-3 jenis....cukup.
Untuk mak plak,Liza pun belikan sekali...senang.
Yang penting,bole buat keje lain yang lebih afdal....hehehe

Daaaa....selamat berbuka nanti.






8 Ogos 2012

ALHAMDULILLAH...DAH LAMA MAJLISNYA,BARU DAPAT HADIAHNYA....




Set jam tangan bole buat Raya....................



Alhamdulillah....perkhidmatanku selama ini di hargai..........

I luv UTHM..............





UPDATE TERKINI :KAWAN2 YG NAMA TERSENARAI...PLEASE BAGI DETAIL YER....




Assalammualaikum wbt...

Please kengkawan yang namanya tersenarai seperti kat SINI, TOLONG BAGI DETAIL NAMA,ALAMAT DAN NO PHONE untuk memudahkan saya menghantar hadiah ini kepada anda sebelum operasi POS MALAYSIA stop untuk raya....

Ni pengumuman dari POS MALAYSIA. 


PENGUMUMAN PENTING!!



PIHAK POSLAJU TELAH PUN MENGELUARKAN NOTIS PENGHANTARAN PARCEL UTK HARI RAYA AIDILFITRI ADALAH SELEWAT2NYA PADA:

13HB OGOS 2012
PENGHANTARAN SELEPAS TARIKH BERKENAAN TIADA JAMINAN YG ITEM AKAN SAMPAI KE TANGAN PENERIMA SEBELUM AIDILFITRI .

HARAP MAKLUM





Saya BARU dapat senarai 6 nama sahaja yang telah 

email detail kepada saya.Terima kasih banyak.Kepada 

kengkawan yang kenal dengan pemenang2 

tersebut,SILA war2kan kepada mereka yer........

Nama-nama yang telah bagi saya detail dan saya 

TELAH PUN MENGEPOS NYA  adalah :


39.RossySweety  -  sudah pos

1 . Shahida -sudah pos

7. CempakaKuning -sudah pos

31.Nabila -sudah pos

81.MinAina -sudah pos

2. Pn Ila-sudah pos



nama2 yang belum hantar adalah : 








98.Iznawzi  sudah bg detail




16.Abazilah 


47. Wardah


57.Ietams  sudah pos



Please,please,please.....................sekiranya anda tidak berminat,ramai lagi yang berminat......

Sms sahaja ke nombor saya nie yer 0165078287,saya tidak sempat nak tengok email sekarang nie,kerana banyak lagi kerja yang perlu saya settle kan.....hadiah2nya sudah di balut dan dibungkus,cuma nak di hantar sahaja......tengah menunggu nama mereka yang bertuah itu.


Sebahagian hadiah yang siap di bungkus dan menanti para empunya diri bagi detail pada Liza....





Kad Raya tak lupa jugak..........................











7 Ogos 2012

MEE HOON GORENG .....




Versi layan gambar je yer......hehehehe

Resepinya sonang bonar...main campak2,jadilah mee hoon goreng.....(sesungguhnya empunya diri malas nak tepek resepi..huhuhu)

Siappppppppppp...






4 Ogos 2012

UPDATE TERKINI: TAHNIAH.............CER TENGOK NAMA ANDA TERSENARAI KER!!!!!


Assalammualaikum wbt.....

Hari Jumaat yang penuh barokah ini,diumumkan bahawa sahabat2 yang bertuah dalam GA SALAM RAMADHAN 2012 adalah seperti senarai di bawah ini :

CABUTAN UNDI TELAH DIBUAT,(maaf,malas nak amik gambar satu persatu)

TAHNIAH DIUCAPKAN.


2. Pn Ila








1 . Shahida


31.Nabila






98.Iznawzi





Sila emailkan butiran peribadi seperti nama,alamat dan nombor telefon ke email ini yer ...Leezahanum@gmail.com

Butiran2 tersebut perlu diemail sebelum 5/8/2012.Kesulitan berbuat demikian,senarai pemenang yang lain akan saya pilih ikut kesukaan saya...hehehe.






 * NOTE* Dan saya minta maaf,sebab ada pertanyaan yang 


mengatakan ulasan komen kat salam GA RAMADHAN tu 


seramai 


121 pengomen sedangkan senarai yg tersenarai hanya 


112....(KLIK SINI -setelah pembetulan)sebenarnya ramai yang


 komen(ada yang just wish saja dan tak tinggalkan link) dan yang 


TAK JOIN pun


 komen juga kat situ,jadi saya terlepas pandang,main klik 


PUBLISH KOMEN je ,oleh kerana nak berlaku adil,saya 


check balik.....dan 


memang ada 2 nama tertinggal( saya tambah ke no 113 dan 


114.) dan nama yang salah 


link serta nama pemenang yg ada 2 nama.....Sorry bebanyak 


yer..Saya insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan...




Walaupun keputusan muktamad ,tapi dengan ikhlas saya 


buat undi tuk 4 lagi nama tambahan yang saya nak bagi 


hadiah lagi.Moga keberkatan bulan ramadhan ini memberi 


seribu rahmat buat saya dan family.


4 peserta ini saya serahkan pada my hubby pilih cabut undi.



16.Abazilah 

81.MinAina


47. Wardah


57.Ietams









Dan hadiah2nya saya akan bahagi secara rawak kepada peserta2 yer......Anda da dapat baru anda tahu apa anda dapat,sebab ada hadiah yang tak dapat saya sediakan,saya ganti dengan hadiah lain ikut keikhlasan hati saya nak bagi.Moga anda gembira menerimanya dengan penuh keikhlasan jugak...TQVM























NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails