29 April 2018

THROWBACK JJCM--->PESTA BUKU KL2018



Assalammualaikum wbt....

Hai...Ketemu lagi dalam blog SL ni....Tak de apa nak ditulis,just throwback JJCM ke PBAKL2018 

Jenjalan ke sana sbb ada urusan lain.Dan dah alang2 ke sana,singgah sekali kat Pesta Buku.Hari pertama di buka,hari tu jugak kitorang jejakkan kaki sebab tau,mesti tak ramai orang lagi...so boleh jalan2 ke setiap booth sambil santai-santai .Tak sempat nak berlaga punggung2 yang ada..Maklumlah ikut pengalaman lepas-lepas,kalau pergi hari kedua dan ketiga yang jatuh pada hari cuiti Sabtu dan Ahad,mesti susah nak bergerak dan nak bernapas sangat sebab dibanjiri lautan manusia yang cintakan buku...hahaha..

Kali ni memang saje nak pergi masa hari pertama,jadinya memang oklah sangat suasananya yang tak memeningkan kepala kalau nak pilih buku....

Orang yang hadir tidak ramai lagi,maklumlah hari Jumaat..waktu bekerja di KL dan Selangor..


Nak cuci2 mata sambil pilih2 buku pun rasa tenang dan damai jer.Tak perlu nak rasa rebut-rebut..Berjalan ke sana-sini pun rasa bebas, tanpa berlaga-laga bahu dan punggung..hahaha


 Tukang bawak beg tarik yang digunakan untuk dipenuhkan dengan buku-buku terpilih...Waktu ni lepas habis orang solat Jumaat,jadinya suasana pun tenang dan damai jer.

Ni masa sesi temuramah dengan penulis buku .
v
v
v


Liza and mrHbby dok belakang je sebab dah penat kaki berjalan dari satu booth ke booth yang lain.


Melepaskan lelah untuk relakskan kaki sambil minum2...hahaha



Rambang mata nak pilih buku-buku yang berkenan nak di baca


Dan jyga free gift tudung kekaboo ni bila menjadi ahli ....dan macam2 lagilah free gift yang dapat..I loike ittttt....😉😉😉


Tapi buku ni paling menarik hati untu di belek2......😄😄😄


Barangan free yang dapat bila membeli belah kat booth popular....
😘😘😘..bukan nak sangat pun,tapi tertarik dengan buku lawak kampus tu dan froogy hijau,Liza pun beli lah buku tu 3 jilid...hahaha


Balik hotel dekat pkul 8 malam setelah puas bershopping sebab malas dah nak pergi lagi .Memang target,beli sebanyak mungkin pada hari pertama tu jer sebab kalau hari keduanya,mesti dah ramai orang sangat2...Mengikut pengalaman dulu,mrHby suka tempah hotel kat Seri Pasifik jer sebab dekat dan mudah turun naik kalau nak gi sana,tapi kali ni dok Sani Hotel yang jauh sikit dari PWTC,sebab tu beli sekali harung pada hari pertama tu je sebab malas nak ulang alik.

Dan yang bestnya Sani Hotel pun hotel yang strategik dan terbaik dengan harganya yang berpatutan RM130/semalam termasuk breakfast .Tapi kena book online melalui trip.com.

*********************************************

Dan sebelum balik ke rumah,semalam kami bedua singgah Freeport A famosa Outlet.First time sampai sini sebab dah alang-alang otw lalu nak balik Parit Raja,kami apa lagi JJCM kat sini plak...

Malas nak cerita lebih-lebih..meh layan gambar-gambar yang sempat di ambil...

v
v
v




Sekian dulu, gambar2 throwback hari semalam dan sebelumnya........

Daaaa................


25 April 2018

SPICY TUNA WRAP---->BEKAL KE PEJABAT


Assalammualaikum wbt.....

Hari ni wat menu sihat lagi untuk bekalan ke opis I .Paling senang dan mudah,....😍😍😍😍

SPICY TUNA WRAP
(2 orang makan)

2 kpg multi grain wrap (jenama Mission)
1 bj bwg merah ,2 ulas bwg putih-cincang halus
1 sb serbuk cili paprika
1 bj cili padi-cincang halus
1 sb minyak zaitun utk menumis
5 sb tuna in water (buang airnya )
Garam bukit secukup rasa
Cili benggala,timun dan salad -untuk hiasan sampingan

Cara-cara:
2 kpg wrap tu di panaskan atas kuali tanpa minyak-->letak tepi sementara nak masak inti tunanya
Panaskan minyak zaitun,masukkan semua bahan yang dicincang halus dan tuna.Masukkan garam.Kacau hingga sebati dan tutup api setelah siap masak.

Inti tuna yang dah siap,diletakkan atas wrap dan gulung.Potong ikut suka anda agar senang nak masuk mulut nanti.Hiaskan ikut suka mata anda...hehehe.

Siapppppppp....

Wrap dalam pinggan ni untuk mrHby......


Untuk I punya...cam pic kat bawah tu....👇👇👇

Selamat mencuba resepi sihat yang mudah...




Ni menu sihat saya ke pejabat.Menu untuk lunch.Di lawankan dengan air lemon madu.Buah epal untuk snacking.
👇👇👇



Takde alasan untuk tidak bawak bekal ke pejabat.Mood rajin I buat ,kalo M besar,I main tunjuk2 je kat cafe......hahaha

Menu bekpes saya kul 7.30am tadi cam kat bawah ni,malas nak tepek resepi sbb makan sandwich ayam homemade jer (burger ayam homemade tu,dah buat siap2 masa hari cuti dok rumah,pastu frozenkan)...Nak makan,terus masak kat air fryer.Tak menarik sgt kat mata orang lain sebab hanya menarik kat perut saya dan mrHby je...😍😍😍
👇👇👇


Dan menu lunch saya tu,dimakan pkl 1.00pm selepas habis kuliah mengajar tadi....Kira ngam2 ngah lapar...hehehe


Daaaaa...........sekian dulu





23 April 2018

AYAM BAKAR MASALA & THE GENG



Assalammualaikum wbt....


Yeayyyyyy berjaya lagi buat menu buka puasa yang paling mudah,cepat dan yang penting sihat..Memenuhi kalori diet I untuk hari ni...hehehe.Walaupun tadi petang kelas habis pukul 6.15pm, sampai umah kul 6.30pm,macam superwomen buat keje sepantas yang boleh .Penat tak hilang lagi,tapi sib baik ada pembantu chef yang berdedikasi membantu sebab jari I yang luka tersepit pintu kete masih tak ok lagi,jadinya tak boleh nak masak dengan baik,I terpaksa pinjam tangan mrHbby untuk tolong masak . I is bagi arahan jer.......😃😃😃😃





Resepi Ayam Bakar Masala

Bahan-bahan
2 potong ayam bahagian dada -di potong kiub kecil
1 cubit garam masala secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam kasar
Gula perang secukup rasa
1 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang merah ,2 ulas bwg putih & 1/2 ruas halia -cincang halus
Cili benggala hijau dan merah -dipotong dadu

Cara-cara :
Semua bahan diatas tu,di campur dan digaul sebati dengan ayam.Terus bakar kat kuali non stik tanpa minyak yer..Nak sihat kan.....😄😄😄.Kalau perap lama dalam 30minit - 1 jam,lagi sedap rasanya sebab dah sebati.Tapi disebabkan tadi masa tak mengizinkan sebab lagi 30 minit azan,I  buat sepantas yang boleh.

Roti Nan (beli yang jenama Mission Wrap tu) -di bakar atas kuali nonstik jugak yer.Tanpa minyak

Pastu untuk side dish yang sihat ---->Kacang edamame rebus ,timun jepun dan salad.

Hias ikut kegemaran mata anda dan tekak anda......


Dilawankan dengan Teh Lemon Madu
v
v
v
Tadaaaaaaa, try lah cuba kalau nak makan hidangan yang menyihatkan.Complete set dgn -->Karbo,Protein, Fiber .

Selamat menjamu mata dan cuba yer...

**Nota jari gemoks --->Untuk yang lelaki spt myHbby,dia mesti mau makan nasi,jadinya roti nan tu digantikan dgn nasi,baru dia kata kenyang.I makan ayam bakar and the geng tu memang dah kenyang ***



Sekian.




NASI DAGING BURGER HOMEMADE




Assalammualaikum wbt...

Throwback semalam------>Menu berbuka puasa semalam,baru sempat nak update kat sini.

Menu paling simple dan sihat....takde goreng-goreng punya....hahaha


Nasi Daging Burger Homemade

Beras perang - 2 cawan kecil (cwn yg dpt kalo beli periuk nasi tu )
1 bawang besar-hiris halus
3 ulas bawang putih -hiris halus
2 batang cili merah -hiris halus
3 btg cili padi -hiris halus
Kobis dan carrot-dihiris halus (goreng atas kuali nonstik tanpa minyak)
Garam  secukup rasa
3 cwn kecik air (ikut cwn yg guna utk sukat beras)
Cara -cara :Masukkan semua bahan dlm pressure cooker , macam masak nasi biasa,masukkan semua sekali bahan yg dihiris kecuali kobis dan carrot bersama garam .15 minit siap masak.Nasi yang telah dimasak,digaulkan dgn kobis dan carrot yang telah digorng tanpa minyak.


Bahan-bahan Burger Homemade :

1/2 kilo daging tanpa lemak-guna btg pinang
2 ulas bwg putih,1 bwg besar -dipotong besar
1 sudu besar lada hitam serbuk
Garam & gula perang secukup rasa

Cara-cara :
Semua bahan yang dikisar sekali dalam food prosesor.
Pastu,buat bulat dan leperkan macam burger.Dapat dalam 4 keping saiz burger kat pasaran tu.Pastu bakar dalam air fryer atau bakar atas kuali non stik.

***Nota tangan : Menu ni boleh dimakan untuk 2-3 orang makan,jadinya,sila jangan melantak sorang-sorang kalo nak diet****😍😍😍😍


Tadaaaaaa...siap.

Hidangkan nasi bersama burger homemade.Menu sihat untuk sape2 yang berdiet..hahahaha
Hiaskan dengan daun salad untuk bagi ceria bila nak makan..Burger tu potong panjang2 bagi senang nak makan.

3 biji kurma tu untuk permulaan makan bila azan dah berkumandang

v
v
v
v


Sekian,.....
(sambil memikir,nak masak menu sihat apa untuk berbuka petang nanti......😍😍😍😍)


9 April 2018

LOMBOK-PART 3

Assalammualaikum wbt..

Baru sempat nak update yg Part 3 plak....

Oklah,malas nak buang masa lagi,layan je lah gambar-gambar yang ada yer...

Nak tau citer Day 1 and Day 2, boleh pergi sini:
Part 1  &  Part 2

**************************************************************************

Day 3

Lepas check out dari Gili Trawangan, kami balik ke daratan naik boat.Dengan berpakaian seragam,hahaha...blouse yang di tempah khas semata-mata untuk ke Lombok...hehehe



Bergambar dalam boat nak balik ke daratan sebab nak pergi ke Bukit Seelong dan Bukit Sembalun.




Trademark design blouse muslimah kami....Tukang design,sape lagi kalau bukan I...hehehe.Dan yg pi hantar cetak baju tu plak,kawan Liza yg berada di Kedah sana nun....


Cakkkkk.................ni dah sampai kat daratan.Menunggu supir datang untuk ke Bukit Sembalun


Sorang lagi kawan ,takdak dalam gambar sebab tido dalam kete...Mabukteruk dalam perjalanan kerana perjalanan dari jeti ke sini memakana masa dalam 2 jam....Kalau sape yang tak tahan dengan jalan yang berombak rombak sebab perjalanannya nak ke kaki gunung ,memang akan boleh mabuk dan pening kepala.

Sampai je kat sana...alhamdulillah......

Pemandangan di Bukit Seelong














******************************************************


Sampai di sini, 3 org antara kami termasuklah I,dah pening dan mabuk..tak larat nak pi bergambar..
Depa 3 orang ni jer larat bergambar...hehehe.

Meh layan,gambar2 yang diambil oleh supir kami...3 orang lagi dok senyap2 dalam van termasuklah I...Pening pala wei perjalanan yang memakan masa panjang ni....








Seharian penat berjalan, kami check in di Favehotel Lombok



******************************************************

Day 4


Bekpes di Favehotel sebelum bertolak ke Pink Beach untuk snorkeling dan mandi manda...hahaha


Naik bot lagi nak ronda2 ke Pink Beach dan makan lobster.

Supir kami.....Abiati lombok


Kawan-kawan lain sibuk mencari Lobster dan ikan yang di ternak dalam sangkar untuk di masak segar2 .I hanya menanti dalam bot sebab malas nak berpeluh-peluh tengah laut.Biar depa je yg tolong tangkap lobster...hehehe






Lobster dan ikan yang di tangkap telah di bakar..Dan kami menjamu selera.....jumlah sorang makan untuk hidangan lobster ,ikan bakar,nasi dan minuman sejuk di pulau  Pink Beach tu dalam RM38...Sila convert dalam rupiah yer....kira oklah,mana nak dpt harga lobster sorang mkn dgn 38 hinggit tu....




Aktiviti menjamu selera selepas penat menangkap di sangkar dan berposing2 di sini

v
v
v












 Kami sambut besday kami masing2 ikut bulan masing2 di sini.....seronok....





Ok..sampai sini dulu.....cukuplah gambar2 yang ada...



Ni bekpes terakhir di Favehotel Lombok sebab hari ke 5 ni kami bertolak balik.


Me and k.ani......posing di balik tiang..hehehe


 K.Aan sempat posing kat kaunter lobby hotel....


Di Sasak Village ..sempat singgah sini sebelum bertolak ke airport.


Kami berposing dalam perkampungan Sasak ni.Ada jual pelbagai cenderahati..Tapi kami just tengok2 jer,tak beli sebab duit dalam poket I tinggal 100 ribu rupiah je untuk bayar wrapping beg kat airport Lombok...hehehe


Di Sasak Village...walaupun diorang terima gak duit Malaysia,tapi takde hati nak beli...sebab dah banyak beli kat tempat Ole-ole Gandrung Lombok....hahaha


Pusat Islam dan Masjid terbesar di Lombok.


Sekian,sahaja...travellog Liza and kawan-kawan perempuan di Lombok.


--TAMAT--


NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails