29 April 2010

BURGER SEMPOI

Salam sejahtera pepagi Khamis nie.....Moga pagi nie menceriakan hidup anda dan mood wat keje kat opis tu sentiasa membara...hahahahaha.Oklah,pagi nie baru sempat nak update menu makan malam semalam.Rasanya menu diner semalam adalah yang paling sempoi dan mudah wat orang yang malas cam saya nie.....Konon2 tu tak naklah makan nasi malam,sebabnya ingat nak diet,tapi tulah...kalori utk burger seketul pun dah beratus2 kalori...so,lantak pilah....janji tekak nie dapat makan burger.Nak pi beli kat gerai tu,jauh plak,...sib baik dalam esbok ada stok burger ayam dan roti sekali.Saje jer beli sebab in case termengidam nak makan burger...so masak jer apa yg ada dlm esbok tu....huahuahua.Oklah,meh kite layan mata nie pada gambar2 yang sempat di snap....hehehehe.


Salad,timun dan tomato yang perlu ada untuk menceriakan burger sempoi ku....


Roti burger dan cheddar cheese bagi menyemarakkan lagi burger sempoiku...huhuhuhu


Roti burger yg tengah membakar diri dalam kuali......


Yang nie plak,burger yang membakar diri dalam kuali......hehehe



Hasilnya apabila dah masak dan boleh di makan...memang senang,mudah dan sempoi.Kalo nak bukak warung burger pun dah buleh nie....hahahaha


Dari sudut pandangan berbeza.....


Saje nak tunjuk lapisan dalam burger tu.....hehehehe

Oklah,tulah saje menu yg paling sempoi utk diner semalam.Walaupun sempoi,tapi bila seketul tu dah masuk mulut dan perut ...memang kenyang.Apalagi kalo kena 2 ketul...lagilah kenyang tahap gaban....hahahahaha .Kita jumpa lagi dengan menu yang lain yer...

27 April 2010

TOMYAM STEAMBOT

Assalammualaikum....

Baru hari nie dapat update blog dan selama tak update blog nie,lama tu jugak dapurku cuti berasap.....hahaha.Sebenarnya,selama 3 hari aku bercuti ke Kelantan sambil menghadiri hari perkahwinan kawanku di sana.Balik dari sana,kena demam dan sakit2 sendi tulang plak...huhuhu.Penat berjalan dan dok lama dlm kete kot...walaupun just jadi co- pilot....Oklah,hari nie sempatlah wat Tomyam Steambot untuk menu makan malam.So,malas nak bebel panjang2,mari kite layan gambar dan resipinya yer.......


Menu set untuk tomyam steambot




Bahan- bahan (B) yang perlu ada......hehehe


Kuah tomyam steambot yang telah diletak bahan2 untuk dimakan


Nielah hasilnya...pastu letaklah dalam mangkuk bila nak makan......


Bahan-bahan ( 4 - 5 org )



A. BAHAN2 UNTUK SUP :
Air - 4 liter
1 biji bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih dipotong halus
1 halia besar ibu jari di racik halus
2 kiub tomyam maggi
Garam secukup rasa
1 btg serai
1 sudu minyak masak utk menumis


B. BAHAN2 UNTUK ISI :
Bebola ikan/sotong/ketam
8 ekor udang
Putik jagung

Brokoli
Tauhu-2 keping
200 g kew tiew


C. BAHAN2 UNTUK SOS PENCICAH :

(paling mudah dan senang,saya cuma guna sos cili yg ditambah bwg putih dan dimasak atas api yg kecil.


CARA-CARA
  1. Tumis Bahan A -bwg merah,bwg putih dan halia.Masukkan air ,kiub tomyam dan reneh selama 15 minit. Masukkan garam dan serai.
  2. Didalam bekas steamboat,  masukkan satu persatu bahan B
  3. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bolehlan dimakan dengan sos pencicah



22 April 2010

PAI EPAL

 Salam petang Khamis.....heheheh.

Tadi pagi wat apple pie....Sebab masa jln2 tgok blog Kak Yati, cam teringin je nak wat apple pie.Suka makan Apple Pie nie bila makan kat McD. So,bile dah tau resipinya,cubalah buat. Thanks Kak Yatie(yatiememories.blogspot.com), saya CnP resipi tu yer,tapi saya buat ikut acuan kecik2 jer.....nampak cantik dan comel jer...Cam yg jual kat kedai bakery...hehehe.Apa2 hal,tak sangka...first time buat.Menjadi gak.......Inti Apple pie tu dah wat tadi malam.Pastu simpan dalam esbok.Adunan doh tu pun wat malam tadi...tapi sebab cam malas jer nak membakar malam2,so sambung pagi tadi.....Bakar pagi tadi,sempatlah makan 3 biji....hehehehe.Balik petang nie...nak sambung makan lagi....kena panaskan balik dalam oven, then makan panas2....pergghhhh.Lawan dgn air teh 'o' lagilah mengancam hahahaha......Meh kita layan gambar2 Apple pie dan resipi dari Kak Yati....cuma saya ikut bentuk sendiri.



 Apple pie.....nampak mcm pakar jer yg membuatnya...hahaha.Walaupun first time wat,tapi syukur...jd gak..



 Nie yang dibuat konon2 ikut stail kat McD,tapi jadi stail Liza....hahahaha.Sampai intinya pun melimpah kuar...byk sangatku letak intinya.....



Bahan-bahan ( 3-6 orang makan)

UNTUK INTI PIE:-

• 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
• 200 g gula perang
• 50 g kismis
• 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air



 UNTUK DOH PIE :-
• 500 g tepung gandum
• 200 g mentega 
• 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
• 200 g gula halus(saya kurangkan sukatan gula sbb inti pie tu dah kira
    manis)



Cara-cara



1. Dalam periuk masak gula  hingga cair . Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.



2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.



3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.



4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.



5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.



6. Sejukkan pie sebelum dimakan.Nanti melecur lidah tu sebab filling tu panas.  Selamat mencuba..


Inti pai dari epal dan kismis....


Pai Epal yang tengah menunggu masa untuk membakar diri....huahuahua....


Yang dah siap bakar....


Tengok filling dia kat dalam tu.........


AWARD DARI E-NA



Salam pagi Khamis nie....heheheh.

Apa-apahal, sebelum terlambat Liza nak wat ucapan khas lah pada  sahabat blogger E-Na yang sudi bagi award special ni pada saya...hehehe.. Liza ucapkan semoga E-Na dan yang tersayang sentiasa berbahagia selamanya. Tak pernah dengar orang sambut dan mengingati ulangtahun pertunangannya,kabar dari E-Na barulah ku tahu...hehehe.Anyway,tahniahlah sebab sentiasa mengingati tarikh2 istimewa...hehehehe

21 April 2010

PUDING AGAR-AGAR KOKTEL

Salam sejahtera di pagi Rabu ini.Sempatlah update menu semalam yang dibuat untuk menyedapkan tekak.Lebih2 lagi cuaca yang memang terik dan bahang nie....Segarkan badan dan tekak sekali....hahahaha.Tapi jangan makan selalu sebab nanti kencing manis....hehehe.Yang penting kurangkan gula dalam masakan dan lebihkan manis dalam senyuman....hahahaha.Oklah,mari kita layan gambar dan resipi my mom untuk tatapan korang semua......Best kalo balik dari keje dan menuntut ilmu,pastu buka esbok ada makanan yang sejuk camnie.....perggggh.....sendiri mau ingatlah.Tak sempat nak amik mangkuk lain,jam tu gak hirup tepi esbok....hahahahaha.(Buruk perangai kan......)





Puding agar-agar yang telah keras.Loyang tu diterbalikkan,so nampaklah buah2an koktel dalam puding agar-agar tu...hehehe


Puding agar-agar yang telah dipotong sebelum dituang kuah koktel.....




Puding yang telah dituang kuah koktel........



Puding agar-agar dalam mangkuk besar punya....Sedap kalo makan masa sejuk...Perggghhhh.Segar tekak nie...


BAHAN2 UNTUK PUDING:

1 paket agar-agar
4 cawan air
2-3 sudu besar tepung kastard
1/2 tin susu cair
5 sudu besar gula (jika suka manis, boleh ditambah lebih gula)
Daun pandan


BAHAN2 UNTUK KUAH KOKTEL:
1/2 tin susu cair
1 tin koktel
½ tin air
2-3 sudu besar tepung kastard
Gula (Anggaran manis)
sedikit garam
Daun pandan


CARA MEMBUAT PUDING:


  1. Masak agar2 dengan air hingga larut.
  2. Masukkan gula & daun pandan.Bancuhkan tepung kastard dengan susu cair hingga larut & masukan kedalam agar2 tadi. Kacau perlahan2 supaya tidak berkerak & biarkan mendidih. Angkat & tuangkan kedalam acuan kecil2(Saya guna loyang besar jer...senang,nanti potong2 kecil jer...hahaha)Lagi satau,dalam loyang tu letakan buahan koktel ikut suka banyak mana.Bagi nampak cantik puding agar-agar tu.....heheheh. Biarkan sejuk & masukan kedalam peti sejuk.


CARA MEMBUAT KUAH KOKTEL:


Masukan susu cair,air,gula,garam & daun pandan.Masak hingga gula larut. Masukan tepung kastard yang telah dibancuh dengan susu cair & kacau rata. Setelah mendidih masukan koktel bersama sirapnya kedalam kuah tadi. Masak hingga agak pekat. Biarkan sejuk.


Cadangan Hidangan:
Hidangkan puding didalam mangkuk & tuangkan kuah koktel

19 April 2010

MEE HOON SUP "SEMPOI"

As'laikum dam salam sejahtera. Hari ni, syukur alhamdulillah, hujan turun dengan lebatnya petang tadi,tapi taklah lama,setengah jam jer, maka segarlah rumput2, pokok2 bunga dan sejuk lah sikit udara...Tapi cuaca malam nie terasa bahang panas...Maybe nak hujan lagi kot. Menu makan malam untuk hari nie, saya buat mee sup paling sempoi  , main campak2 je, ikut apa yang ada dalam esbok tu...huhuhuhu. Maklumlah,kalo waktu hari bekerja nie,balik umah dah dekat kul 6.30 pm, so menu yang paling simple...nie jelah yang dapat di buat bagi mengenyangkan perut dan menyedapkan tekak...hahaha.Jom kite layan gambar mee hoon sup sempoi dan resipinya....huhuhu.



Mee hoon sup paling sempoi untuk makan malam nie....huuhuhu


Dari pandangan sudut yang berbeza......hahahaaa.

BAHAN-BAHAN
1 inci halia,racik halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
3 biji bawang merah - hiris halus
1/2 batang lobak merah- hiris bulat
1 biji tomato, belah 4
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuib ayam "Maggi"
1 pokok daun sup
1 camca besar bawang goreng
1 camca teh lada hitam
2 liter air (atau secukunya)
Garam secukup rasa


BAHAN LAIN
Mee Hoon, dicelur hingga lembut, toskan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Sawi pak choy, dicelur sekejap dan toskan
10 ketul bebola ayam AYAMAS


CARA MEMBUATNYA


UNTUK SUP :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis halia, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, tuang air. Masukkan kuib ayam, dan biar mendidih. Tambah bebola ayam , lobak merah, lada hitam , daun sup dan bawang goreng .Tambah garam secukup rasa dan renih 20 - 25 minit, masukkan tomato. Masak hingga tomato lembut, rasa dan jika ok boleh mati kan api.


UNTUK MEE SUP SEMPOI :- Ambil mee hoon dalam kuantiti yang diperlukan dan masuk dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama isi2nya sekali, hias dengan pak choy celur, hirisan daun sup/daun bawang,  bawang goreng dan hidangkan bersama sambal kicap(kalo ada).Saya tak sempat buat...almaklumlah,mee hoon sup sempaoilah katakan....hehehe. Hidangkan segera...dan makan masa panas...memang meletopz..

18 April 2010

AYAM MASAK MERAH

Menu tengahari Ahad tadi,buatlah ayam masak merah.Saje nak menghaniskan stok ayam yang dah dibeli 5 hari lalu...huuhu.Tapi hari nie takdelah masak menu spesel.Sebab ayam masak merah nie dilawankan dengan nasi putih biasa dan lauk sayur jer.Simple dan mudah.....Janji mengenyangkan perut...huhuhu.


Ayam Masak Merah



Dari sudut pandangan atas...hehehe



Pandangan tepi plak.......saje bagi nampak sudut pandangan yang berbeza.....hehehehe


Bahan-bahan ( 2-4 orang )

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit


## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair


## Bahan Hias ##
bawang goreng dan daun ketumbar



Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak .Angkat dan letak tepi.
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam yang dah di goreng tadi. Campurkan susu cair.Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat , padamkan api.
  5. Hias dengan bawang goreng dan daun ketumbar.

ROTI JOHN

Salam hari Ahad....Hari minggu yang memang hari untuk dok relaks2 kat umah.Nanti kalo boring2,petang sikit baru kuar.....huhuhu.Pagi tadi sempatlah buat Roti John bersama Mee Goreng Mamak Style....hehehe.Saje  nak menghabiskan bahan yang ada dalam esbok.Roti plak tarikh luputnya esok,sebelum tamat tempoh baik gunakan untuk menjamu tekak untuk sarapan pagi Ahad nie....hehehe.Mee goreng mamak style pulak...memang simple.takde bahan2 mcm udang ,sotong...cuma goreng simple dan letak sayur2 yg ada dalam esbok...sebab tu tak letak resipi sbb rata2 semua org tau nak goreng mee camne kan....hehehhe


Roti John paling simple...


Bahan-bahan

4 ketul roti hotdog
2 biji telur
3 sudu besar daging@ ayam cincang (ikut suka)
1 labu bawang besar cincang halus
garam & black pepper secukup rasa
sedikit rempah kari


Cara-cara

  1.  Pukul telur dgn garam, & black pepper (mcm kita buat telur dadar biasa) ketepikan.
  2. Dlm kuali, panaskan sedikit minyak tumis bawang, daging cincang,  & serbuk kari hingga masak. masukkan adunan (2) ke dalam adunan telur (1). Aduk rata
  3. Dlm kuali lain, panaskan minyak kemudian tuang adunan (1+2) td, kemudian letakkan sekeping roti diatas adunan tersebut. tutup kuali dgn penutup utk memasakkan telur. Masak utk 2-3 minit (x perlu d balikkan)
  4. Sedia utk d mkn.....sedap mkn ngan sos cili / mayonis (tapi saya tak suke mayonis)...selamat mencuba.....

Roti john yang dilawankan bersama........

Mee Goreng Mamak style...hehehe


Roti john dan mee goreng mamak style....Menu sarapan pagi tadi...hehehehe

17 April 2010

JALAN2 CARI MAKAN

Salam di hari Sabtu...

Hari nie dapurku cuti sehari dari berasap.Bagi can kat tuan empunya dapur nie relakskan minda dan senangkan hati berjalan2  sambil  bersantai berdua...hehehe.Awal2 dah cakap kat dia,hari nie malas nak masak,jom kite jalan2 cuci mata sambil makan2...hehehehehe.Lagipun dok kat umah berdua jer,busan...dia pandang mukaku dan aku pandang muke dia jer....huhuhu.At least,kuar jalan2 dapatlah gak cuci mata dan luaskan pandangan dan besarkan penglihatan.....hahahahaha.Oklah tempat yng dituju bukan best sangat pun...janji dapat sejukkan badan sambil berdating berdua...hahahaha.Kat shopping compleks  jer.Ingatkan nak tengok wayang...tapi takde lagi  ditayangkan The Shutter Island, so kitorang just ronda2 satu compleks tu .Bile lapar gi makan kat Kenny Rogers.....huhuhu.


Tempat makan yang sempat singgah untuk mengalas perut kami berdua....



Quarter Meal Black Pepper Chicken



Set Jacket Potato Meal



Muffin Black & White antara KAU & AKU.....hehehehe


Pas dah penat pusing2 keliling shopping compleks tu,rasa busan plak.So amik keputusan gi jejalan ke Padang Kota Lama plak sebab tekak nie teringin nak pekena air kelapa muda dan pasembor...huhuhu.


Air kelapa muda n teh ais limau...Memang sedap time2 tengah haus dan waktu panas cam nie.....


Pelbagai pilihan menu untuk pasembor...Pilih jer yang mana satu pilihan tekak....hahaha


Pasembor Padang Kota Lama,PENANG


Char Keau Teaw Kerang


Lepas kenyang menjamu selera time petang2,apalagi,sempat gaklah snap gambar yang ada di sekeliling Padang Kota Lama nie...


Tempat kanak2 bermain.....


16 April 2010

MASAK-MASAK DAN MAKAN-MAKAN

Salam sejahtera di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini.Hari nie,aktiviti masak-masak dan makan-makan untuk menjamu rakan-rakan di 'cube postgrad student'nie....Hehehe,ntahlah mood untuk studi bila tiba Jumaat nie memang takde.Malas dan nak ingat gi bercuti dan bersukaria jer....Ha,so apalagi,dengan hati yang terbuka dan niat ikhlas untuk menjamu rakan-rakan di cube,apalagi..sesudah subuh start kul 6.30,aku menyibukkan diri buat persiapan untuk menjamu mereka dengan PIZZA,MUSHROOM SOUP,GARLIC BREAD n FRENCH FRIES..( cewah..kiranya tahap WESTERNFOOD la nie...)..Sib baiklah bahan-bahannya dah sempat sediakan malam tadi dan prepare masukkan dalam esbok.Pagi tu dah tak payah nak potong-potong bahannya,just masak. Senang sebab dah prepare awal.Habis masak dan kemas2 nak bawa ke opis, dekat kul 10 am gak...Huhu,lega.Walaupun penat,tapi berbaloi,semuanya habis. Sebenarnya,diri ini memang ada masa2nya rajin nak masak dan ada masanya yang malas......huhuhu.Tapi bila bab rajin datang dan niat ikhlas nak jamu kengkawan...semangat nak buat tu memang ada walaupun kena buat persiapan dengan sendirinya tanpa ada bantuan sesiapa.....hehehe.Kira oklah tu.Mari kite layan gambar-gambar yang sempatku ambil ketika kengkawan sedang menjamu selera...



Sebahagian gambar makanan yang ku buat dan dibawa ke "cube" untuk dijamu pada kengkawan.



Safwan sedang bertungkus lumus memotong pizza........nampak bersungguh-sungguh tul...hehehe.Yang lain sedang menunggu.Tak sabo nak makan,termasuk  tukang masaknya nie yang tak sempat nak makan lagi .....huhuhu




Masing-masing sibuk nak amik makanan....lagipun dah hamipr waktu tengahari .Memang patut pun perut dah mintak diisi.




Pizza empat segi...hehehehe.Rasa2 nya kalo kat kedai nie berapa yerk harganya?????Harganya paling kurang pun dekat 30 hinggit gak kalo saiz besar tu kat kedai......hehehehe.







Wajah-wajah ceria kengkawan yang sudi menjamu selera hasil air tanganku....hehehehe.Alhamdulillah,seronok sebenarnya kalo kite dah penat2 masak,pastu makanan yang dimasak tu plak habis...lagilah suka.Dan yang paling syahdu bila kena puji yang masakanku best dan sodappp...Lagilah bertambah kembang kena puji...hehehhee.Apa-apa pun thanks alot buat kengkawan "cube" yang sudi meriahkan majlis "masak2 dan makan2 " ini.....Lain hari dan lain waktu,akak akan masak menu yang lain plak yer....Tungggu !!!!

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails