22 April 2010

PAI EPAL

 Salam petang Khamis.....heheheh.

Tadi pagi wat apple pie....Sebab masa jln2 tgok blog Kak Yati, cam teringin je nak wat apple pie.Suka makan Apple Pie nie bila makan kat McD. So,bile dah tau resipinya,cubalah buat. Thanks Kak Yatie(yatiememories.blogspot.com), saya CnP resipi tu yer,tapi saya buat ikut acuan kecik2 jer.....nampak cantik dan comel jer...Cam yg jual kat kedai bakery...hehehe.Apa2 hal,tak sangka...first time buat.Menjadi gak.......Inti Apple pie tu dah wat tadi malam.Pastu simpan dalam esbok.Adunan doh tu pun wat malam tadi...tapi sebab cam malas jer nak membakar malam2,so sambung pagi tadi.....Bakar pagi tadi,sempatlah makan 3 biji....hehehehe.Balik petang nie...nak sambung makan lagi....kena panaskan balik dalam oven, then makan panas2....pergghhhh.Lawan dgn air teh 'o' lagilah mengancam hahahaha......Meh kita layan gambar2 Apple pie dan resipi dari Kak Yati....cuma saya ikut bentuk sendiri.



 Apple pie.....nampak mcm pakar jer yg membuatnya...hahaha.Walaupun first time wat,tapi syukur...jd gak..



 Nie yang dibuat konon2 ikut stail kat McD,tapi jadi stail Liza....hahahaha.Sampai intinya pun melimpah kuar...byk sangatku letak intinya.....



Bahan-bahan ( 3-6 orang makan)

UNTUK INTI PIE:-

• 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
• 200 g gula perang
• 50 g kismis
• 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air



 UNTUK DOH PIE :-
• 500 g tepung gandum
• 200 g mentega 
• 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
• 200 g gula halus(saya kurangkan sukatan gula sbb inti pie tu dah kira
    manis)



Cara-cara



1. Dalam periuk masak gula  hingga cair . Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.



2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.



3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.



4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.



5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.



6. Sejukkan pie sebelum dimakan.Nanti melecur lidah tu sebab filling tu panas.  Selamat mencuba..


Inti pai dari epal dan kismis....


Pai Epal yang tengah menunggu masa untuk membakar diri....huahuahua....


Yang dah siap bakar....


Tengok filling dia kat dalam tu.........


2 ulasan:

  1. waaah enaaak...salam ukhuwah sahabatku yang cantik....dan sebagai sarana silaturahim saya sudah pasang link blog ini diblogroll "sahabat-sahabat ku dimalaysia" disidebar kanan dibawah follower...tukaran link ya sebagai sarana persahabatan sesama blogger..banyak silaturahim banyak rejeki dan peluang..bener gak? terima kasih sahabat

    BalasPadam
  2. cedap nyerrrrr.....bak mai sepiring

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails