Hari nie menu sarapan pagiku yang merangkap ke tengahari adalah Spagheti Pedas Bebola Ayam. Ntahlah,tetiba jer tekak nie teringin nak makan.Macam orang mengidam lah plak...heheheh. Apa2 pun sebelum memulakan pelajaran hari nie,perut mesti diisi dulu,barulah ilmu yang dituntut tu masuk dan meresap dalam otak dan jiwa....hehehe,barulah berkat.Kat bawah nie ada resepinya.
BAHAN-BAHAN( 2 orang makan)
1/2 bungkus spaghetti.
15 ketul bebola ayam(Saudi)
3 biji tomato merah - cincang halus
2 batang celery - cincang halus
2 camca kecil Italian Herbs (terdapat di semua supermarket)
1/2 peket mix vegetables
1/2 tin sederhana tomato puri
2 tin (guna tin tomato puri) air.
3 sudu besar cili giling/cili boh
2 camca besar parutan cheddar cheese.
1 kiub Maggi Chicken.
Gula dan garam secukup rasa.
3 sudu besar minyak zaitun (kalo takde,minyak masak biasa pun boleh)
CARA
1.Rebus spaghetti dengan 1 camca besar minyak zaitun hingga lembut.
Selepas tu tapis ,basuh spaghetti dengan air sejuk.
Untuk kuah:
1. Panaskan 3 camca besar minyak zaitun. Tumis bawang merah yang di
cincang dan biarkan sehingga bawang berwarna lutsinar.Lepas itu
masukkan celery dan biarkan hingga lembut.
2. Masukkan tomato cincang , cili giling ,dan sayur campur.
3. Selepas itu masukkan 2 camca kecil italian herbs.
4. Masukkan tomato puri dan air.
5. Masukkan bebola ayam dan kiub ayam maggi.
6. Bila kuah dah mendidih , masukkan keju
7. Masak kuah ini selama 30 minit dgn api perlahan.
8. Hidang spagheti dan hias dengan daun parsley dan daun bawang yang dihiris halus.
Spagheti yang telah direbus dan ditos..............
Kuah spagheti yang masih dalam kuali.........huhuhu
Pandangan sisi....hehehehe
Pandangan dari atas....hahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: