18 April 2010

ROTI JOHN

Salam hari Ahad....Hari minggu yang memang hari untuk dok relaks2 kat umah.Nanti kalo boring2,petang sikit baru kuar.....huhuhu.Pagi tadi sempatlah buat Roti John bersama Mee Goreng Mamak Style....hehehe.Saje  nak menghabiskan bahan yang ada dalam esbok.Roti plak tarikh luputnya esok,sebelum tamat tempoh baik gunakan untuk menjamu tekak untuk sarapan pagi Ahad nie....hehehe.Mee goreng mamak style pulak...memang simple.takde bahan2 mcm udang ,sotong...cuma goreng simple dan letak sayur2 yg ada dalam esbok...sebab tu tak letak resipi sbb rata2 semua org tau nak goreng mee camne kan....hehehhe


Roti John paling simple...


Bahan-bahan

4 ketul roti hotdog
2 biji telur
3 sudu besar daging@ ayam cincang (ikut suka)
1 labu bawang besar cincang halus
garam & black pepper secukup rasa
sedikit rempah kari


Cara-cara

  1.  Pukul telur dgn garam, & black pepper (mcm kita buat telur dadar biasa) ketepikan.
  2. Dlm kuali, panaskan sedikit minyak tumis bawang, daging cincang,  & serbuk kari hingga masak. masukkan adunan (2) ke dalam adunan telur (1). Aduk rata
  3. Dlm kuali lain, panaskan minyak kemudian tuang adunan (1+2) td, kemudian letakkan sekeping roti diatas adunan tersebut. tutup kuali dgn penutup utk memasakkan telur. Masak utk 2-3 minit (x perlu d balikkan)
  4. Sedia utk d mkn.....sedap mkn ngan sos cili / mayonis (tapi saya tak suke mayonis)...selamat mencuba.....

Roti john yang dilawankan bersama........

Mee Goreng Mamak style...hehehe


Roti john dan mee goreng mamak style....Menu sarapan pagi tadi...hehehehe

2 ulasan:

  1. salam liza...

    Pagi minggu makan roti john enak sangat!!!! ada mee goreng mamak lagi..seriously tempting :)

    BalasPadam
  2. wsalam...
    tq yat sudi singgah.....hehehhee.

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails