23 Februari 2022

MULAKAN HARI-HARI ANDA DENGAN ZIKIR/RATIB

 




KHASIAT MEMBACA RATIB AL HADDAD.

Wirid Ratib Al-Haddad adalah kumpulan dzikir harian yang disusun oleh Habib Abdullah Al-Haddad. Beliau adalah salah satu ulama besar di abad 12 H.
Beliau dilahirkan di salah sebuah kampung di kota Tarim, Yaman pada malam ke-5 bulan Safar, tahun 1044 Hijrah.

Tidak ada wali Allah yang meninggalkan dunia ini tanpa mewarisi sesuatu yang bermanfaat bagi umat Rasulullah Saw. Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad telah mewarisi sebuah wirid yang dinamakan Ratib Al-Haddad.

Beliau telah meninggalkan sebuah senjata dan perisai ampuh untuk melawan kerusakan-kerusakan yang disebabkan gangguan jin dan manusia. Ratib Al-Haddad yang dibaca selepas sholat maghrib mampu mengamankan diri, keluarga, dan harta-benda orang yang membacanya.

Segala macam jenis sihir, teluh, dan gangguan setan akan dilumpuhkan dan berbalik mengenai orang yang mengirimnya dengan izin Allah. Ratib Al-Haddad berisi potongan surat-surat Al-Qur'an dan doa-doa yang diajarkan Rasulullah Saw di dalam Hadist Shahihnya. Semakin hari semakin banyak saja kisah dan cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut tentang khasiat dari ratin ini bila dibaca. Ada yang selamat dari rompakan, kemungkaran, kekacauan sosial, bahkan sampai ancaman dari kehancuran berbagai jenis bencana alam.


Tetapi isinya, para pendukung atau pelantun ratib ini umumnya meyakini bahwa ratib ini dibaca demi untuk menolak bahaya atau bencana.

************************************************************************************************************************

*Baca selepas Solat Magrib, di selang esoknya pulak membaca Ratib Al Attas .Orang yang sudah mengamalkannya akan rasa keberkesanannya dengan izin Allah. Insya Allah *






20 Februari 2022

MARKING TIME




Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....hallu...................

Pening,pusing, busan......................hahahaha.











 




18 Februari 2022

SALAM SAYYIDUL AYYAM 16 REJAB 1443



Assalammualaikum wbt

Tak nak cakap banyak,jangan lupa amalkan Surah al Kahfi...Banyak kelebihan yang di catatkan


3 KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI


1. TERSELAMAT DARI FITNAH DAJJAL

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

Hadith riwayat Muslim: 1342

2. TURUNNYA KETENANGAN DAN RAHMAT YANG DISERTAI DENGAN PARA MALAIKAT

Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya,

“Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”,

Baginda pun bersabda,

“Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI UJIAN & FITNAH AKHIR ZAMAN

Secara ringkasnya, terdapat 4 kisah yang dsebutkan melalui surah Al-Kahfi iaitu:

i) Kisah penghuni gua – Mengisahkan tentang sekumpulan pemuda (Ashabul Kahfi) yang diuji keimanan sehingga berlindung dalam gua. Kisah ini menuntut kita agar bersahabat dengan orang soleh dan saling membimbing antara satu sama lain dalam memelihara akidah serta iman kepada Allah.

ii) Kisah 2 pemilik kebun – Mengisahkan tentang ujian dan fitnah harta benda yang menimpa mereka. Ia mengingatkan kita kepada kehidupan dunia yang akan musnah dan hari akhirat yang kekal selamanya.

iii) Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir – Mengisahkan tentang ujian serta fitnah ilmu. Ia mengingatkan kita agar sentiasa mengamalkan sikap tawaduk dan rendah diri walaupun dikurniakan ilmu yang tinggi.

iv) Kisah Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj – Mengisahkan tentang Zulqarnain yang berhadapan ujian dan fitnah berkaitan kuasa. Ia mengingatkan kita kepentingan sikap tawaduk dan mengakui kekuasaan hanyalah daripada Allah.

Setiap kisah ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.

 

*Kelebihan yang lain,boleh cari lagi.*




17 Februari 2022

KHAMIS 15 REJAB1443

 Assalammualaikum wbt.....


Lama tak bercerita tentang apa yang berlaku selama "Plandemik Cobid " melanda seluruh negara hampir 2 tahun (2020-2022).Selama tu jugalah kami para pendidik,banyak menghabiskan masa depan pc/laptop menghadiri kelas online  dan meeting online walaupun sekarang ni ada setengah kursus yang terpaksa buat kelas bersemuka terutama yang memerlukan kehadiran di makmal untuk amali.Alhamdulillah,kelas Liza banyak online..

Dan sekarang musim exam yang hampir ke penghujung.Pelajar mula bercuti start esok.Dn yang paling tak best bila paper exam pada hujung-hujung (kena struggle untuk siapkan menanda sebabnya 5 hari lagi dah nak tutup sistem).Wajib sengkang mata nanti....😁😁😁😁

Jom lihat gelagat pelajar-pelajar Liza exam online.
Sepanjang 3 jam kena on camera sebab Liza jadi cctv memerhati diorang..Kalau camera tak on,kena sound setepek ...Depa pelajar kena siap data internet yang banyak dan tahan sebab polisi kena on GM selama  3 jam...


Tapi kadang-kadang,Liza biar je kalau camera diorang ter off...Tak terpantau nak ngadap laptop hampir 3 jam...Ada jugalah, gi baring-baring kat sofa bila dah kebas montot dok kat kerusi tu.Siap sempatlah makan2,masak2 dan makan.....😆😆😆










Dan menu yang paling sempoi.Janji kenyang...Nasi sebab tok laki yang masak,nampak keras sebab kurang air..

v
v
v
v
v
v







Sotong kicap + Kobis fish ball= alhamdulillah,kenyang..



Ok....bye..Jumpa esok 

Esok mula menanda....💖💖💖📑📑📑


NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails