12 Februari 2018

MINGGU NI MINGGU MALAS SAYA....................

tq mr/mrs google...



Assalammualaikum wbt...

Walaupun saya malas nak update blog sebab minggu ni adalah 'Minggu Malas Saya ' tapi takpe...saya update gak sikit dengan gambar malas tu dari google..👀

MOOD CUTI-CUTI OVERSEA dah melanda diri.Lagi 1 bulan nak torobang ke luar negeri...

So,selama ni jugak blog ni akan bercuti.Liza akan update bila nak gi bercuti2 tu yer...

Daaaaa...sekian dulu..
selamat bercuti bloggers sekalian...




4 Februari 2018

LEMPENG KIMCHI ...bento lagi


Assalammualaikum wbt...

Hari ni saya berbento lagi ke pejabat..

Menu simple ala2 korea dan jepun yang telah di melayukan.
Yang penting,saya masak dengan penuh kasih sayang untuk suami makan dan jugak saya.Tiada msg,kurang garam dan gula..

Menu #sihatdankurusbermuladaridapur
#cabaran365hari

Kimchijeon (Lempeng Kimchi )



Bahan-bahan :
Kimchi (perahkan sikit jus dia supaya tak basah sangat, potong kecik-kecik)
Daun bawang dan daun kucai -ikut suka nak letak banyak mana
Cili merah / cili hijau -hiris halus
2 sudu besar tuna in olive oil
Tepung wholemeal- 2 senduk
Lada sulah @ Lada hitam
Garam
1 biji telur
1 bj bwg merah-hiris halus



Cara-caranya :
1. Perah kimchi tu sampai agak-agak kering
2. Potong kimchi supaya halus .
3. Masukkan semua bahan dan adunkan semua bahan-bahan sehingga sebati...jangan terlalu cair, pastikan sedang elok macam nak buat cekodok atau lempeng biasa tu.
4. Campurkan bahan-bahan (adunan + basah)
5. Dalam pan non stik yang leper, panaskan sedikit minyak zaitun dan goreng adunan tadi.. (guna kaedah goreng telur dadar)
6. Pastikan adunan yang kita masak tu tak terlalu tebal melainkan kalau anda suka makan yang tak garing la.



Siap dan dah boleh makan.Boleh cicah dengan sos cili..




######################################################



3 Februari 2018

KACANG POOL WITH EGG IN D'HOUSE


Assalammualaikum wbt.....

Baru sempat nak update blog setelah beberapa hari pi outstaion/bercuti...Dan baru berkesempatan nak upload menu diet #cabarankurus365  dan #misikurusbermuladaridapur...

Ok...menu breakfast tadi.Menu paling simple setelah abis workout dengan berzumba.

Foul With Egg in d'house
1 tin kacang pool -buang airnya,ambil kacang sahaja dan hancurkan
1 tin chick peas(kacang kuda)-buang airnya,ambil kacang sahaja dan hancurkan
2 sudu besar rempah kari daging adabi
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam, ditumbuk halus
2 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula perang/stevia secukup rasa
Minyak zaitun 1 sb untuk menumis
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :
Sebarang jenis roti(Liza guna roti multigrain wholemeal-GARDENIA)
Bawang besar, didadu kecil
Cili hijau/cili merah, dipotong
Limau kasturi, dibelah 2
Telur mata lembu

Cara-cara : Tumis bahan yg dikisar dengan minyak zaitun.Masukkan serbuk kari,ketumbar,jintan manis.Kacau sebati dan masukkan.Perasakan garam gula.Liza tak guna daging pun sebab nak makan kacang pool tanpa daging.Hidangkan kacang pool dengan telur mata lembu dan ditabur bawang merah,cili merah dan limau kasturi.


Inilah kacang yang digunakan untuk buat kacang pool simple....



NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails