31 Oktober 2010

PUDING ROTI KISMIS &KURMA

Petang semalam Liza wat gak puding nie sebab ada roti gardenia tinggal 8 keping yang due date dia semalam.Rasa sayang sebab tak nak dan tak suke membazir.Jadi,pikir punya pikir baik buat puding roti jer dr di buang roti,at least bole gak di makan.Masukan apa yg ada.Dalam esbok ada kismis dan kurma masa bulan pose ada lagi,so buat jelah apa yg patut.Dan sememangnya,puding roti ni gak jadi menu bekpes pagi nie...hahahaha.Tak lah membazir,lagipun "PEMBAZIRAN ITU AMALAN SYAITAN....hehehe".Jom layan resepi yg adoo dan sempoi nie....





Masa baru kuar dari oven.............masa masak tu,bau dia semerbak satu umah..



Bahan-bahan 

  • 1 tin  susu sejat
  • 8 keping Roti - dicarik2 kecil
  • 4 sudu besar Gula halus *
  • 2 sudu besar Butter*
  • 1 biji Telur*
  • 1 sudu besar Tepung Jagung*
  • 3 sudu besar Kismis*- tinggal sedikit untuk dihias atas adunan
  • 7 biji kurma dibuang biji dan dipotong kecil2*

Cara-cara 

  1. Roti yg telah icarik2 kecil tu direndam dengan susu sejat dalam loyang  selama 30 minit.
  2. Masukan bahan-bahan bertanda * ke dalam loyang dan gaul rata.
  3. Taburkan kismis diatas adunan tadi.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.




Makan masa panas2..memang sedap.Lawankan plak dengan teh tarik.......perrrghhhh.Tak ingat org kat sebelah...hahahahaa



PhotobucketPhotobucket

TEMPURA IKAN MAYONIS

Ermmm...

Resipi nie plak,Liza ikut dari Raidah, cuma Liza letak mayonis dalam bahan2 ikan tu.Time kasih pada Raidah sebab kongsi resepi.Saya amik resepinya yer dan tepek kat sini.




Bahan-bahan:

Isi ikan (fillet)~ dipotong kecil
Tepung gandum untuk menyalut ikan sebelum dicelup dlm bancuhan tepung
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
2 sb mayonisMinyak untuk menggoreng.



Bahan untuk bancuhan tepung:

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Sedikit serbuk cili (kalau suka)
Sedikit garam serta sedikit serbuk pati ayam (kalau suka)
Air secukupnya.

Cara penyediaan:


  1. Fillet ikan yang telah dibersihkan ditoskan sehingga kering. Kemudian digaul bersama dengan serbuk lada hitam,mayonis dan garam. Perap selama 10-15 minit.Bentukkan bulat2 atau ikut suka.
  2. Sediakan bahan bancuhan tepung, gaul semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Bancuhan tepung  jangan terlalu cair. Bila celup ikan ia boleh menyalut fillet ikan tersebut.
  3. Gaulkan fillet ikan yg telah diperap tadi dgn tepung gandum terlebih dahulu.
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Biarkan minyak betul-betul panas dan kemudian celup fillet ikan dalam bancuhan tepung dan goreng.
  5. Goreng sehingga tepung garing dan kuning keemasan.
  6. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang...



Photobucket


KARI IKAN MAKEREL & PUCUK PAKU

Salam pagi Ahad.....

Hari nie Liza baru sempat nak update menu masakan semalam.Dah dekat2 nak gi bercuti ke Aussie ni , rasa malas plak nak masak dan update blog.Takpelah,sementara hayat masih ada nie...hehehe,Liza kuatkan semangat gak tuk tepek apa yg ada kat blog nie.Jom layan gambar dan resepi yg paling sempoi  nie....


Resepi paling sempoi yg semua orang pandai masak.Jadi,Liza tak letak resepi yer........hehehe



Pastu lawankan dengan







PhotobucketPhotobucket

30 Oktober 2010

PENGAT LABU MANIS

Semalam pun Liza wat pengat labu sebab tengok labu yang dah beli dekat seminggu lebih,tergolek kat tepi dapur...tak tau nak wat apa,tetiba teringat kalo masak pengat labu pun sodap ,lebih2 lagi lawankan dengan roti macam kerak bumi tu....bertambah2 lagi sodap........hahahaha.Jom layan resepi yang adooo tu dan gambar yer.....






Bahan-bahannya:


1/2 biji labu- labu yg Liza beli nie memang manis
1 kotak santan1 keping gula melaka-dipotong2 kecil
1 helai daun pandan - disimpul
garam secubit rasa-bagi rasa lemak
gula - bila perlu shj


Cara-caranya:


  1. Labu dibuang kulitnya dan dan bijinya ,pastu dipotong kecil2.
  2. Masukkan labu yg telah dicuci dan dipotong ke dlm periuk yg berisi santan.
  3. Masukkan gula melaka dan daun pandan.
  4. Masak diatas api yg perlahan.Kacau seketika agar santan tidak pecah.
  5. Jika kurang manis bolehlah ditambahkan gula.Dan letak garam secubit rasa bagi melemakkan kuah pengat tu.
  6. Apabila telah masak bolehlah dipadamkan api.
  7. Pastu,makan panas2 dan lawan dengan teh o...........memang power.hehehe

 


ROTI MANIS

Salam dan selamat pagi Sabtu.............
Lama da Liza tak buat roti,tetiba tu semalam tu konon2nya nak tunjuk rajinlah ...nak buat roti yang gebus dan nampak smooth jer...tapi tulah,menjadi tapi ala2 kerak bumi permukaan dia...hahahhaa.Menggerutu habis....................ngee..ngeee,ngeeee.Tapi takpe,praktis make perfect kan...lama2 jadilah tu dgn rupa yang gebus....(ayat nak sedapkan hatilah tu..hahaha).Jom tengok resipi yang Liza ikut dr majalah MW 2007.(Liza suke gunting dan kumpul resipi,pastu masuk fail...Kalo nak masak,kena bukak fail)


Walaupun rupamu buruk wahai roti....tapi rasanya tak seburuk rupamu itu.Dua ketui masuk perutku dan 3 ketui lagi masuk perut H..hahaha.Habis gak...


Sebenarnya Liza suka kalo atas dan bawah garing2 cam kerak bumi nie,makan roti,benda yang garing tu tibai dulu......pastu yg lembut kat dalam tu,makan last.Kalo dah kenyang mkn yng garing tu,yg lembut tu pi buang...Ada plak style macam tu ek.......


Bahan-bahan :



225 gm tepung roti
50 gm gula kastor
1 biji telur
15 gm yis kering (segera)
1/2 sudu teh garam
50 gm mentega/majerin
2 sudu besar susu pekat manis
125ml susu cair
sedikit air, jika perlu


Cara Membuatnya :


  1. Satukan semua bahan kecuali susu, ke dalam sebuah mangkuk .
  2. Uli adunan sehingga sebati.(Takde mesin pengadun,jadi Liza uli dan adun doh dengan tangan je...hehehe.Jadi mesin jap)
  3. Masukkan susu sedikit-sedikit sambil uli.
  4. Uli adunan sampai lembut dan tak lekat kat tangan.
  5. Bahagikan doh kecil-kecil ikut suka. Tutup doh dengan plastik dan biarkan ia naik 2 kali ganda. Gelek doh kepada bentuk bulat.Rehatkan doh supaya ia naik lagi.
  6. Sapukan marjerin atasnya dan tabur gula di sekelilingnya.
  7. Panaskan oven ke suhu 180 darjah celcius. Sapukan dulang pembakar dengan majerin. Susun roti dan bakar selama 20 minit hingga masak.






27 Oktober 2010

KERUTUP DAGING ADABI

Assalammualaikum.....
Hari nie baru berkesempatan untuk update blog setelah bercuti balik Johor selama 5 hari ...Selama nie jugak bercuti memasak sebab balik umah mak,mak yang masak...hahaha.Teruk kan......biaselah,time balik umah mak kat Johor jer dapat merasa masakan mak,selalunya kalo diri ini tak masak,kedai jelah jawapnya...hehehe.Oleh kerana dalam esbok ada daging yang dah dibeli seminggu sebelum bercuti,so,Liza buat jelah apa yg ada berdasarkan bahan2 kat dapur nie....meh layan resepi yang Liza ikut kat belakang rempah "KERUTUP ADABI"  tu punye.Sempoi jer bahan2 yang digunakan,so memang mudah.................


KERUTUP DAGING ADABI





Bahan

400g daging
1 kotak santan1 peket kerisek- beli yg dah siap,senang (byk jual kat supermarkat)
1 peket rempah kerutup ADABI yg kecil
2 s/b gula merah
1 inci kulit kayu manis
3 s/b minyak
1 s/b asam jawa dibancuh dengan air
garam


Bahan kisar

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 s/b cili kisar/cili boh
air secukupnya untuk dikisar


Cara


  1. Daging dipotong jangan terlau kecil atau besar. Basuh dan toskan.
  2. Bancuhkan bahan kisar dengan rempah kerutup.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis. Masukkan bahan   kisar yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga naik bau dan wangi.
  4. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam.Perlahankan api.
  5. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato. (Tapi liza makan dgn nasi putih jer dan lawan dgn sambal goreng kentang)





Pastu lauk yang lain plak :



 


SAMBAL GORENG KENTANG




Bahan
8 biji kentang di kupas dan dipotong dadu- digoreng
5 ekor udang saiz sederhana
1 peket soo hon + tauhu pucuk
2 s/b cili kisar
1 biji bawang besar -dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
udang kering ditumbuk -ikut suka sebagai perencah dan perasa
garam dan gula secukup rasa

Cara
Tumiskan bawang besar,bawang putih ,cili kisar dan udang kering tumbuk hingga naik bau.Masukkan udang.Kacau sebati dan masukkan soo hoon dan tauhu pucuk.Akhir sekali baru masukkan kentang goreng .Perasakn dengan garam dan gula.






21 Oktober 2010

MEE UDANG BERAPI

Salam pagi Khamis.....

Hari nie baru nak tepek menu makan malam semalam.Tak makan nasi,tapi Liza wat Mee Udang Berapi...Pedas giler le tu namanya...hehehhe.Menu paling sempoi ikut bahan2 yang ada dalam esbok.Kat area Perak dan Penang nie,kalo makan kat gerai2 mesti ada menu mee udang,so,apalagi,Liza cuba lah wat dengan pengubahsuaian ikut citarasa sendiri....Jom layan gambar dan resepi campak2 Liza yg simple nie.....





Masa makan mee udang lepas tutup api dan panas2,memang berapi ....Peluh menitik2 ,memang power dan berapi kat molot nie....hahaha.Itu memang kesukaan Liza,suke yg pedas2,baru ada urmmmph.


Bahan-Bahan: (utk 2-3 org makan)
250g mi kuning
150g udang basah(dlm 10 ekor udang saiz sederhana)
3 ketul fishcat- dipotong nipis2
4 sudu besar cili giling/cili boh
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
50g taugeh
2 biji tomato belah 4
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak-sbg hiasan
Bawang goreng sbg hiasan
Limau kasturi


Cara:


  1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti cili kering , bawang  merah/putih/belacan.
  3. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.Masukkan udang fish cat tadi.Masak sampai air didih.
  4. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
  5. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.








20 Oktober 2010

KEK ASAM MANIS

Salam.....
Semalam petang wat kek nie(br ada masa nak update) sebab tetiba teringin nak makan....sebelum tu,cari dulu kat kedai2 cake dan bakeri,mana tau ada jual,bole beli,tak yah sibuk2 nak kelenting kelentang kat dapur membuat.Tapi yg sedihnya,akak kat kedai tu ckp,kalo nak bole ode...dlm 2-3 hari lagi bole dapat.Mak aiii,nak makan hari nie ,nak kena tunggu esok lusa.Tak kuasa nak tunggu,kang mati kempunan kang...hahaha.So,belilah bahan2 kat pasaraya,sib baik ada lah asam "duit-duit" tu...hehehe.(Sejak dari kecik dah kenal asam hawfleks nie sbg asam duit-duit,so senang nak sebut dan ingat).So,Liza ikut resipi yang senang je dari dlm majalah MW 2008 punya yg Liza telah ubahsuai sikit resepinya dengan sukatan separuh dr resepi asal ,tapi kalo nak yg lagi power dan cantek, bole tgok kat sini yer...CMG.
Tapi tulah,Liza punya kek nie tak sehebat kek2 yg dibuat oleh2 pakar memasak spt CMG dll,tapi takpe....alhamdulillah sedap.Walaupun rupanya buruk,rasanya sedap...hahahaha (perasan sungguh,tp H  puji sedap,mungkin nak sedapkan hati kot, tapi takpe...trimalah kenyataan...hahaha)




Sebelum di potong nampak cantik jer dalam loyang....hehehe





TAPI...BILA DAH DIPOTONG




....

.....
.......

........


SEBELUM ORG LAIN KATA,BIAR LIZA KATA...

BURUK.........huhuhu




Walaupun rupamu buruk,lapis yg diharapkan tak menjadi,tapi dah banyak ketui masuk kat molot......hahaha




Bahan-Bahan:

4 biji telur saiz besar, asingkan kuning dan putih
150 gm gula halus
225 gm butter
5-6 sudu besar susu pekat-Liza tak suka nak manis2,kira sedang elok rasanya
1 camca teh esen vanila
250 gm biskut cream craker, dikisar halus
1 camca teh serbuk penaik
Sedikit pewarna hijau, kuning dan coklat
Kepingan asam manis(hee haw flakes) secukupnya


Cara:
  1. Pukul putih telur hingga putih. Masukkan gula. Masukkan kuning telur dan putar sebati. Ketepikan.
  2. Di dalam bekas lain kacau mentega bersama susu pekat hingga rata dengan menggunakan sudip kayu. Masukkan esen vanila dan bancuhan mentega ke dalam adunan telur. Putar rata.
  3. Satukan serbuk biskut bersama serbuk penaik. Gaul rata. Kemudian masukkan serbuk biskut ke dalam adunan telur. Putar sebati.
  4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian warnakan hijau ,satu bahagian warna kuning dan  satu lagi warna coklat.
  5. Lapiskan bahagian warna hijau di dalam tin pembakar. Bakar hingga masak. Apabila lapisan kek masak, tekan supaya rata. Susun kepingan asam manis pada permukaan kek. Kemudian ratakan bahagian berwarna biasa. Bakar hingga masak. Ulangi hingga habis adunan.

p/s note : Nak tnya pendapat kengkawan yg lain,camne nak buat lapisan tu jadi lapisan yg cantek dan teratur je kedudukan dia?....hehehe.Sape nak tolong jawab..............




19 Oktober 2010

PUFF TUNA

Ermmm...
Yang nie pun menu buke pose semalam,tapi ada lebih dalam 3 ketui,so wat tuk bekpes pagi nie....huhuhu.Jom tengok resepi dan layan gambo yer...Resipi yang mudah dan senang tuk buat,janji kena ada pastry jenama "kawan" yang memang sentiasa ada dlm esbok Liza.





Bahan-bahan



Bahan pastry:
Liza beli yg jenama KAWAN

Bahan Inti Tuna:
1 tin tuna-Liza guna ayam brand yg dah siap hancur dgn mayonis
1 biji bawang besar-potong dadu
2 biji kentang dipotong kecil-wat cam inti karipap
2 ulas bawang putih-cincang halus
2 sudu besar cili kisar- Liza suka pedas
1 biji limau kasturi-amik jus utk dimasukkan dlm tuna
1/2 camca besar mentega-utk menumis
Secubit garam dan gula
Mozarella keju utk hiasan atas tuna

Cara-cara:
Untuk inti :
  1. Panaskan mentega dalam kuali,tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum.Masukkan kentang.Masak ampai kentang kelihatan kuning keperangan.
  2. Masukkan cili kisar dan tambah ikan tuna, garam dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air dan perahan jus limau tadi.
  3. Kacau dan masak hingga kering dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.

Untuk pastry :Lihat gambar di bawah yer...hehehe(sebenarnya malas,main letak je dlm acuan mufin,jadilah bentuk cam mangkuk)



Sebelum di letak inti....





Errrmmm....siap dibakar dan baru kuar oven







MEEHOON GORENG TAUCU

Salam pagi Selasa.....

Ermmm....wat kengkawan sume,dah bekfes ke blom......Pepun,selamat bekfes yer.Oklah,baru pagi nie berkesempatan nak tepek menu buke semalam.Ketinggalan sikit Liza nie,org lain dah tepek dah menu bekpes pagi nie,Liza baru nak tepek menu semalam punya...Hahahaha.Takpe kan,sendiri punya blog sendiri punya letaklah kan...kekekeke.Oklah,malas nak tulis panjang2,jom kite layan gambar dan menu yang sempoi dan mudah sebab bahan2 yang ada pun ikut apa yg ada dlm esbok.......hehehe





Bahan:

250g mee hoon direndam hingga lembut
2 ulas bawang putih-ditumbuk
2 biji bawang besar-ditumbuk
50 g ikan bilis direndam dan ditumbuk
2 sudu besar taucu
5 sudu besar cili kisar
100g daginga ayam kisar
100 g mix vege
garam (kalau perlu) & gula secukupnya
1 btg carrot di potong sebesar btg mancis



2 btg cili merah-sebagai hiasan
bawang goreng-sebagai hiasan


Cara:
  1. Tumis bawang putih & bawang besar yang ditumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan ikan bilis tumbuk, daging ayam kisar dan kacau rata.
  3. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu. 
  4. Masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan mix vege  dan  gaul hingga rata.
  5. Siap untuk dihidang.




NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails