10 Oktober 2010

ACAR IKAN MERAH

Salam .....

Hari ni baru sempat nak tepek menu tuk makan tengahari.Menu yg sempoi dan mudah mengikut bahan2 yang ada dalam esbok dan dapur Liza...hehehe.Resipi Acar Ikan Merah, Kacang Bendi Goreng Pedas dan Sambal Bilis Tumbuk.Semua nie resipi dr mak Liza.....so simple dan paling penting memang kenyang dan bertambah 2 pinggan...hahaha.Jom layan gambar dan resipi yg ada yer.....

ACAR IKAN MERAH


ACAR IKAN MERAH

Bahan
3 ketul  ekor ikan merah  - digoreng dulu
3 sudu besar perahan limau nipis(boleh juga guna cuka)
1 s/b serbuk kari ikan
1 biji tomato dibelah 4

minyak

garam
gula
daun bawang utk hiasan


Bahan hiris
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau
2biji cili merah
1 labu bawang besar



Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dimayangkan.Masukkan serbuk kari. 
  2. Bila dah nampak layu dan naik bau, masukkan air perahan limau tu, tomato buah.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Bila dah mendidih masukkan ikan dan tutupkan api.
  5. Hiaskan dengan daun bawang dan boleh dihidangkan dengan nasi putih.

Pastu lawannya :


Kacang Bendi Goreng Pedas...resipinya semua sedia mklumkan,takyah Liza tepek kat sini...hehehe


DAN


Sambal Bilis Tumbuk...Ala-ala sambal belacan gitu,tapi belacan dah kehabisan kat rumah,Liza guna ikan bilis jer...hehehe.So,resepinya cam buat sambal belacan yer...bawang merah,4 biji lada merah dan ikan bilis digoreng.Pastu tumbuk.Rasakan dgn gula dan garam...Siap..........


Inilah set lengkap tuk menu tengahari yg simple,mudah dan kenyang...






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails