Hampir setahun meninggalkan sawang berhabuk di blog sweet ni..
Pandemic COVID melanda seluruh dunia termasuk blog ni kerana ownernya pun diuji Allah dengan sakit yang melibatkan saluran pernafasan sehingga di masukkan ke hospital sebanyak 2 kali pada bulan Januari 2020 dan juga Julai 2020..Tempoh sebelum PKP dan semasa PKP.....Allahukbar,Subhanallah,Masya Allah...hanya mampu mengucapkan itu sahaja kerana apa yang berlaku DIA lebih mengetahui keranan DIA maha mengadakan dan maha mengurus.Kita sebagai hambaNya ,terima qadak dan qadar Allah ini dengan rasa bersyukur ,redha dan yakin...ada hikmah di sebalik semuanya yg berlaku.
Tahun 2020 ni,tahun Allah menguji pada semua orang .
Yang penting...Alhamdulillah kerana Allah masih sayang kita semua kerana akan hadirnya 2021 nanti.
Insya allah,2021 nanti blog ini akan kembali bersiaran seperti sebelum-belumnya.Moga Allah mudahkan segala urusanku.Kerana Liza ingin jadikan blog ni sebagai medium untuk mencoretkan kembali kisah-kisah peribadi,suka duka sebelum menutup mata.Apa-apa pun,mohon doakan Liza kembali sihat dan ceria seperti sediakala,dapat beribadah dan bertaubat padanya.Moga sinar 2021 memancarkan sinar baru pada kehidupan Liza semula.Kerana blog ini pun sudah hampir 11 tahun di wujudkan,alhamdulillah..ini sesuatu yang menjadi nostalgia pada diri Liza kerana di sini Liza mengenali semua rakan2 di alam blogger hingga sampai mengenal mereka semula di FB...alhamdulillah.