31 Ogos 2010

NASI TOMATO

Assalammualaikum.........
Petang nie baru sempat nak masukkan N3 semalam punya menu buka pose.Menunya Nasi Tomato , Ayam Masak Merah,Pajeri Nenas dan Cucur Jagung.Nanti bole tengok resepi dan gambo2 di bawah yer.....JOM LAYANZZZZZZZZZZZ.....




Nasi Tomato

Bahan-bahan:
(sumber resipi:SAJIONLINE)


1 kg beras Basmati - cuci dan tuskan
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 cm halia - dimayang
2 helai daun pandan
1 1/4 sudu besar tomato puri
1 1/4 sudu besar sos tomato
2 biji tomato - dibelah enam
Air secukupnya - sama banyak dengan sukatan beras
1/2 cawan susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Rempah kering:
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga


Bahan-bahan hiasan:
Kacang tanah
Bawang goreng
Kismis hitam


Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia,
    daun pandan dan rempah kering. Kacau hingga naik aromanya.
2. Masukkan tomato puri, sos tomato dan buah tomato. Kacau hingga rata
    dan masukkan air, santan, garam dan gula. Biarkan mendidih.
3. Masukkan beras dan perlahankan api kemudian kacau hingga rata.
4. Bila air kering, kacau sekali lagi dan tutup periuk. Kemudian biarkan nasi
    masak.
5. Taburkan badam dan bawang goreng sewaktu menghidang


Dan lawankan dengan..........



PhotobucketPhotobucket
 

AYAM MASAK MERAH & ACAR NENAS

Nie plak lauk yg dimasak tuk dimakan dengan Nasi Tomato.Ayam Masak Merah dan Pajeri Nanas yang memang Liza masak untuk dilawankan dengan Nasi Tomato.Menu berbuke pose semalam memang menu berat2....so jom layan gambor dan resepinya yer.....


Ayam masak merah







Bahan-bahan:(Sumber resepi : Majalah Wanita 2009-Edisi Raya)



1 cawan cili kisar
3 ketul ayam bhgn dada 
Sedikit halia
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai - dikisar
1/4 cawan tomato puri
Minyak masak secukupnya
Garam dan kunyit secukupnya
Gula secukup rasa
Kacang peas,daun bawang dan daun ketumbar sbg hiasan




Cara Menyediakan:


1. Ayam digaul garam kunyit dan digoreng hingga masak. Ketepikan
2. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan secukupnya untuk menumis.  
    Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan tomato puri dan kacau
     hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam, garam dan gula, kacau rata dan angkat.Hiaskan dengan bahan hiasan yg telah disediakan.


Pastu lawannya plak..............




Pajeri Nenas


BAHAN ACAR NENAS :
(Sumber resipi: CMG...izinkan Liza copy paste yer Cik  Mat....TQ share.)

1 biji nenas, kupas dan hiris kecil
150 ml cuka makan
60 ml minyak masak
2 camca besar gula makan
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji bawang besar, belah 8
10 biji bawang merah, belah 2
2 ulas bawang putih, belah 2
5 biji buah keras*
3 cm halia*
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
Sedikit belacan*(*dikisar halus)


CARA MEMBUATNYA
  • Panaskan minyak dan goreng bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga harum.
  • Angkat, tos dan ketepikan. Panaskan semula minyak dan tumis bahan kisar halus hingga harum.
  • Masukkan gula pasir, garam secukup rasa dan cuka makan. Masak hingga mendidih menggunakan api perlahan. Rasa dan jika ok matikan api.
  • Dalam satu bekas, masukkan nenas hiris tadi, bawang2 yang telah ditoskan dan belahan cili merah/hijau. Tuang bahan yang dimasak tadi dan gaul rata. Biarkan ianya 3 jam sebelum dihidangkan.
  • Hiaskan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.


PhotobucketPhotobucket

CUCUR JAGUNG

Cucur jagung nie tuk buka pose semalam.Baru ptg nie sempat nak update...Jom layan gambar dan resipi...Malas nak tulis panjang2..............hehehe.Liza lupa nak bgtau tuan punaya resipi nie,saya copy paste yer and tepek kat sini.Tq Kak Nor.




Cucur jagung yang tak bentuk bolat.....bentuk lonjong dan jagungnya cam nak terkeluar sebab org yg masak cucur nie malas,nak cepat jer...main masuk je dlm kuali.Dan hasilnya.......hahahaha


Bahan-bahan (Sumber :MR dr Kak Nor67)

1 cawan isi jagung
1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1 bj telur
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak untuk menggoreng


Cara-cara

  • Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  • Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
  • Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
  • Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..

PhotobucketPhotobucket


30 Ogos 2010

NASI IMPIT GORENG SEAFOOD

Nie lagi menu tuk buke semalam....Memang saje nak perabiskan stok yg ada dalam esbok sebelum dimuatkan dengan stok baru,apalagi buat jer resipi sendiri.Nasi Impit Goreng Seafood.Lagipun ketupat segera yg tak habis masa wat soto tu,dimasukkan dalam esbok dan rebus balik...Bila dah di goreng,pergghhh memang maveless.....

        Resepi mudah sebab kalo masa-masa raya,yg ketupat2 yg tak habis tu,sayang nak dibuang,jadi untuk menu sarapan pagi Raya kedua,Lontong gorenglah jawabnya....hahahaha. Bak orang kata,jangan membazir.Rezeki jangan dibuang dan membazir...Kita ingat je pada penduduk2 dunia ketiga yang kekurangan makanan,...Kiranya kite kat Malaysia , mati disebabkan banyak makan, bukan kurang makan...hahaha.Apa taknya, makanan2 yg sodap2 nie semuanya byk kalori dan kolestrol...so,sendiri mau ingat yer........(peringatan tuk diri sendiri gak nie)...hehehe.
Jomz layan gambar dan resepi cuba sendiri Liza...hehehe.




Nasi Impit Goreng Seafood

BAHAN-BAHAN

7 ketul nasi himpit mini dipotong kecil
2 biji bawang merah
4 ulas bawang puting
segenggam ikan bilis
6 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
6 ketul fish ball
6 ketul jejari ketam
2 ekor sotong
gram,kicap dangula-secukup rasa
daun bawang-ikut suke
daun sup-ikut suke
daun sawi-ikut  suke
1 biji telur

CARA-CARA

  1. Bawang merah,bawang putih,cili merah ,cili padi  dan ikan bilis dikisar halus.

  2. Tumiskan bahan kisar tersebut hingga naik bau.

  3. Masukkan fish ball,jejari ketam dan sotong.

  4. Perasakan dengan garam,gula dan kicap ikut sesedap rasa.

  5. Masukan nasi himpit tadi dang masukkan daun bawang,daun sup dan sawi.

  6. Akhir sekali masukkan telur.

  7. Siap dan bole dihiaskan dengan bawang goreng.
Note: Oleh kerana air yg dimasuk dalam bahan kisar terlebih sudah,maka nasi impit goreng nie kelihatan basah...huhuhu.Tapi,alhamdulillah....
sodappp...(hahaha...puji diri sendiri)


PhotobucketPhotobucket


SANDWICH TUNA BAKAR

Salam hari Isnin...
Esok dah hari merdeka yg ke 53...MERDEKA...!MERDEKA....!mesti ramai yg dah mencongak-congak tuk membeli belah esok...hehehe.Selamat membeli belah bagi melengkapkan keperluan yang takde lagi tu.Menu berbuka semalam nie,baru sempat Liza nak tepek .Ntahlah,kekadang tu macam malas je nak masukkan n3,lebih suke blogwalking tgok  menu dan resepi kengkawan...tapi takpelah....kena rajinkan juga dari biar blog nie bersawang.Oklah,menu nie just sampingan saje masa berbuke semalam.Simple je...SANDWICH TUNA BAKAR.Sandwich nie,Liza bakar dalam oven,sebab tu nampak rotinya garing...Dan ranggup bile di makan...



Sandwich Tuna Bakar


BAHAN-BAHAN(Sumber resepi : AFC-rancangan Icip-icip)

6 keping roti
1 tin tuna
1 biji bawang besar dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji lada merah dihiris halus
1 sudu besar marjerin -dicampurkan dgn seulas bawang putih yg dicincang halus
1 biji tomato di potong dadu
1/2 biji timun dipotong dadu
Garam secukup rasa

CARA-CARA

  1. Tuna di masak atas api sederhana-bawang merah,bawang putih dan cili merah di campurkan sekali.Letak garam secukup rasa.Bila dah panas dan sebati,angkat letak tepi.

  2. Masukkan tomato dan timun dalam kuali tanpa minyak.Panaskan sampai sedikit layu.Angkat dan ketepikan.

  3. Roti di sapu dengan marjerin yang dicampur dengan bawang puting.(Ala-ala sapuan garlic bread tu)

  4. Letak tuna , tomato dan timun.

  5. Lapiskan dengan sekeping roti.Lapisan atas roti disapu dengan marjerin-bawang putih.

  6. Bakar roti sandwich tersebut dalam oven dengan api atas-bawah selama 10 minit.

  7. Dah nampak kuning dan garing,angkat.

  8. Sedap di makan begitu saje...hehehe

PhotobucketPhotobucket



29 Ogos 2010

BISKUT BADAM COKLAT

notHari nie Liza mengukis lagi...hehehe.Semangat tengah rajin,so apalagi buat jelah...Lagipun bahan2 dah beli.... Buat biskut yg simple jer,lagipun biskut nie memang faveret.Setiap kali raya mesti ada.Cuma hari nie,malas nak guna2 acuan...just buat guna sudu dan tepek kat loyang dan tekan...memanglah tak nampak cantek kukis tu..tapi takpelah janji bole makan....hehehhe


BISKUT BADAM COKLAT

Bahan-bahan (Sumber resipi:Majalah Jelita 2009)

250 g mentega
50 g gula halus
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
200 g tepung kek
30 g tepung jagung
300 g badam kasar
100 g nestum
250 g coklat masakan-dicairkan




Cara-cara

Putar mentega, gula halus dan kuning telur hingga kembang. Masukkan esen vanila. Masukkan tepung kek dan tepung jagung. Kacau rata. Campur badam kasar bersama nestum dan diuli sebati. Tuang coklat masakan yang di cairkan.Simpan di dalam peti sejuk, 20 minit bagi adunan keras untuk mudah di canai dan rangup.Canai dan terap adunan mengikut bentuk kesukaan. Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.




Tunggu turn tuk masuk oven...............


Sebelum masuk dlm bilik kedap udara...kena posing maut dulu....hahahaha






PhotobucketPhotobucket

28 Ogos 2010

SOTO DAGING

Salam....

Menu buke pose semalam tak sempat nak letak dah letak menu hari nie.Takpelah,janji Liza letak...hehehe.Hari nie wat soto daging je dengan begedil daging salut oat.Selalunya kalo makan soto dan dilawankan dengan begedil,memang itulah yang wat ngam di molot.........Itu jelah yang sempat Liza wat..Kekadang tu,mood tuk masak dah semakin MALAS melanda diri ini, lebih-lebih lagi mood nak raya dah muncul.........
Oklah,kite layan gambar dan resepi yang ado je lah yer......


Soto daging



Inilah bahan2nya yg ado........simple dan sonang disediakan


Dimakan bersama begedil


SOTO DAGING



Bahan-bahan :
Setengah kilo daging-ipotong sederhana besarAir secukupnya untuk merebus daging dan buat sup
8 biji bawang merah, dihiris halus
4 biji bawang putih, dihiris halus
3cm halia, dihiris halus
7cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 biji lada hitam
1 camca teh lada putih


Bahan kisar kering :
1 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan putih


Bahan tabur:


Taugeh, dicelur sedikit
Suhun, digoreng
Daun sup & daun bawang, dihiris halus
Bawang goreng


Nasi impit -Liza rebus je ketupat segera
Sambal kicap (*Tumbuk atau kisar cilipadi, tuangkan kicap manis secukupnya, perahkan jus limau kasturi)


Cara-cara:


  1. Tuang air ke dalam periuk besar secukupnya untuk merebus daging. Biarkan air mendidih. Masukkan daging  dan semua bahan-bahan kecuali bahan tabur, nasi impit dan sambal kicap.
  2. Setelah daging masak, keluarkan dan sejukkan. Siat-siat daging dan ketepikan.
  3. Perasakan sup dengan garam dan gula.
  4. Hidangkan bersama nasi impit, begedil daging oat , taugeh, suhun goreng, bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap.

Begedil daging salut oat yg dimakan dengan soto.....






PhotobucketPhotobucket

27 Ogos 2010

BISKUT TART BUNGA TERATAI

Salam.........
Cuti hari nuzul quran nie,Liza ada projek baik punya.......hehehe.Sempat buat  BISKUT TART BUNGA TERATAI walaupun buat sorang2.....huhuhu.Start kul 11pg tadi dan siap membakarnya kul 3 tadi...Pastu terus upload masuk blog nie.Jom layan resepi turun termurun dari mak Liza dan gambo yer.......


Tart Bunga Teratai


Bahan-bahan ( 150 biji )



325g mentega
1 cwn icing sugar
2 biji kuning telor
4 sudu besar kastard
3 sudu besar tepung jagung
1 cwn susu tepung
250gm tepung gandum - boleh di tambah jika adunan lembik
1 biji nanas di parut  atau kisar dan 300g gula dimasak bersama bersama nenas untuk membuat jem
Cawan kertas kecil


Cara-cara

  1. Mula - mula pukul mentega dan gula sehingga gebu kemudian masukkan telor satu persatu dan di pukul lagi.
  2. Setelah itu masukkan tepung kastrad di kacau lagi kemudian susu tepung di kacau sehingga semua sebati baru la di masukkan tepung gandum.
  3. Uli sehingga menjadi doh jangan terlampau lembut dohnya
  4. Canai doh ikut ketebalan yang dikehendaki.Jangan terlalu tebal dan terlalu nipis.
  5. Cetak dengan acuan bungai teratai.Letak jem dan masukkan dalam cawan kertas.
  6. Setelah siap semuanya, bakar selama 20 atau 25 minit
  7. Selamat mencuba


Adunan doh yg siap diuli......


Inilah dia rupanya masa menekan doh dengan acuan bunga teratai


Dapatlah beberapa loyang...dlam 150 biji



Siap dibakar....
Tunggu masa untuk makan masa buka nanti...hahahaha








PhotobucketPhotobucket
  
 

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails