Salam.............
Apa khabar rakan2 blog semua.............mesti ramai yang dah buat kuih raya kan.Liza tgok kat blog kawan2,byk gak menu2 berbuka dan kuih raya yang memang menyelerakan............hehehe.Baru hari nie Liza rajin nak update blog,tu pun menderhaka jap sebab hari tu kata nak cuti sebulan dari berblog nie.....hahaha.Tapi memandangkan rakan2 lain dah teradvance, so rasa terpanggil plak nak enterprem kat blog ni.....................
Mula2 tu memang malas nak update sbb banyak menu berbuka yang tunjuk2 jer kat bazar ramadhan..hehehe.Tapi ada satu hari tu,punyalah excited beli sambal petai udang kat satu gerai tu sebab nampak sedap dan menarik,punyalah pulun giler makan masa buka tu....ha kau,esoknya 4-5 kali pegi toilet............sakit perut.Tobat dah tak nak beli lagi kat bazar dah...Dah la penuh sesak ,nak jalan terpaksa berhimpit-himpit sampai tersepit,sekarang masak jer lauk pauk kat umah.Walaupun tak glamer dan sodap,tapi kerana hasil masakan sendiri yang memang lagi bersih,terjamin kebersihannya,Liza puas hati.Cuma malas nak tepek kat sini sebab menu2nya adalah menu yg pernah di masak dan dah di tepek disini.Blog ni,Liza hanya akan tepek menu2 yang tak pernah lagi Liza tepek dan buat...so,sebab tu malas nak update.
Kacang dal yang telah dikisar kasar2 dan dicampur dengan bawang dan cili yg dihiris halus..
Magelek@ vadai yang dah siap digoreng.........menu sampingan untuk berbuka .
MAGELEK @VADAI
Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 tangkai cili merah, dihiris halus
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Kacang dal direndam selama sejam.(untuk senang blendernya nanti).Pastu dikisar halus.(Liza suka kasar2 sebab nanti masa makan terasa kacang dalnya yg kasar2 tu...hehehe)
- Gaulkan kacang dal yg dah dikisar bersama dengan bawang ,cili,daun kari yang telah dihiris halus.Letak garam secukup rasa dan jintan manis.
- Bila dah sebati,kepal2kan menjadi bulat dan leper.
- Panaskan kuali dan goreng magelek tersebut yg telah siap dikepal.
- Masa makan tu,Liza suke makan dgn cili padi...gigit cili padi dan makan magelek............sedappp..ikut stail org India makan...hehehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: