Salam hari Isnin...
Esok dah hari merdeka yg ke 53...MERDEKA...!MERDEKA....!mesti ramai yg dah mencongak-congak tuk membeli belah esok...hehehe.Selamat membeli belah bagi melengkapkan keperluan yang takde lagi tu.Menu berbuka semalam nie,baru sempat Liza nak tepek .Ntahlah,kekadang tu macam malas je nak masukkan n3,lebih suke blogwalking tgok menu dan resepi kengkawan...tapi takpelah....kena rajinkan juga dari biar blog nie bersawang.Oklah,menu nie just sampingan saje masa berbuke semalam.Simple je...SANDWICH TUNA BAKAR.Sandwich nie,Liza bakar dalam oven,sebab tu nampak rotinya garing...Dan ranggup bile di makan...
Sandwich Tuna Bakar
BAHAN-BAHAN(Sumber resepi : AFC-rancangan Icip-icip)
6 keping roti
1 tin tuna
1 biji bawang besar dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji lada merah dihiris halus
1 sudu besar marjerin -dicampurkan dgn seulas bawang putih yg dicincang halus
1 biji tomato di potong dadu
1/2 biji timun dipotong dadu
Garam secukup rasa
CARA-CARA
Tuna di masak atas api sederhana-bawang merah,bawang putih dan cili merah di campurkan sekali.Letak garam secukup rasa.Bila dah panas dan sebati,angkat letak tepi.
Masukkan tomato dan timun dalam kuali tanpa minyak.Panaskan sampai sedikit layu.Angkat dan ketepikan.
Roti di sapu dengan marjerin yang dicampur dengan bawang puting.(Ala-ala sapuan garlic bread tu)
Letak tuna , tomato dan timun.
Lapiskan dengan sekeping roti.Lapisan atas roti disapu dengan marjerin-bawang putih.
Bakar roti sandwich tersebut dalam oven dengan api atas-bawah selama 10 minit.
Dah nampak kuning dan garing,angkat.
Sedap di makan begitu saje...hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: